Friday, December 20, 2013

Little thing to say! :)

He He Hello Guys!
Waaaa, lama, lama, lama and lama giler tak update blog.
I miss to blogging actually but I really had no time to update anything even i've millions of things to tell.
Hmm, nevermind la. 
Soon, if i am really free, I'll update something ok?
Will catch up later! Wait ya! Heheheeee.
Adios! :)



I Am The Actor Of My Life! (^_^)

Tuesday, August 13, 2013

Nostalgia Raya.

Salam Adidilfitri u'olls.
Seronok tak raya? Harusslah seronok + meriah vom vom kevavom kan? hoho.
So, sempena mood raya tengah ada ni, aku nak update pasal Nostalgia Raya.
Bukan ape, tadi dok dengar ceramah Ustaz Kazim, die dok bercerita pasal kenangan raya masa zaman kecik-kecik. So, terus timbul idea aku nak update pasal Nostalgia Raya ni.
Emm, sebenarnya aku nak update jugak pasal Rentetan Aidilfitri 2013, tapi aku hold on dulu la entri tu. TUNGGUUUUUUUU. hehehe.
Ha, panjang bebenor celoteh aku kan? kikikiki.
So, korang! Ape Nostalgia Raya yang korang ade?
Ha, meh baca Nostalgia Raya aku masak aku bebudak dulu. :)

1. Bunga Api.
Ha, kalau dulu, kalau dah nak dekat-dekat raya, konfirm dalam kepala otak asyik ingat nak main mercun and bunga api jek kan? Ha, kalau bab bunga api, aku selalu main bunga api yang biasa ajela. Ala, yang bunga api halus belang2 merah/biru tu. Sape yang suka main bunga api, konfirm tau punye la! Kalau bunga api yang kucing, yang besi tu aku tak berapa gemar sangat. Kalau dulu, Opi (abang no 2 aku) la taiko yang tukang belikan bunga api untuk aku, Ela and Ninah (kakak n adik aku). Kadang tu, die belikan seratus batang bunga api, lepas tu, kitaorang akan bahagi 3. Dapat ler sorang 33 batang sorang. 33x3=99 batang. So, yang lebih satu tu, kami akan bakar sama2. Boleh bayangkan tak bunga api yang kecik halus tu dipegang oleh 3 orang? Punyer la nak tanam sifat keadilan dalam diri, sampai sebatang bunga api di-share 3 org. hahaha. Yang lagi best, jimat-jimat time nak main bunga api tu. Sayang bebenor ke bunga api tu kau! Satu hari main 2,3 batang jek. Takut habis awal konon. Pastu, sanggup sorok bunga api tu kat tempat rahsia takut Ela atau Ninah curi and bila malam lepas berbuka, laju-laju cari lilin and bakar bunga api. Yeayyy! Rasa teruja betul tengok bunga api memancar-mancar masa tu. Tapi, itu semua citer dulu. Last aku main bunga api darjah 6 kot x silap. Dah tua-tua bangka ni, malu pulak rasa nak main bunga api. kikikiki. :P

2. Mercun.
 Selain bunga api, mercun la antara kegilaan bebudak time raya. Tapi aku tak main ler mercun bola ke, mancis ke, mercun papan ke ape ke. Well, aku kan perempuan, so kureng berani sikit la nak main mercun-mercun yang "advance" cenggitu. Satu-satunye mercun yang aku main, mercun bawang/pop-pop. Ha? korang tau tak mercun bawang/pop-pop tu ape? Kalau taktau, p search kat google, konfirm bersepah keluar. Seringgit jek sekotak. Lepas tu, suka sangat baling mercun tu kat kaki orang ke, kat kucing ke, bagi depa terkejut. hahaha. Tapi, yang seronoknya dulu, kurang ade kes orang cedera terkena mercun macam skang ni. Mungkin bebudak skang ni melampau-lampau kreatifnya. So, pengajarannya disini, tak salah nak main mercun/bunga api tapi main jek apa yang dibeli kat kedai, and tak perlu nak diubahsuai benda yang dah sedia elok tu. Okey?

3. Baju + Kasut Raya.
Ok, satu lagi benda yang penting time-time hari raya, konfirm baju + kasut raya kan? Well, biasa lah! Semua orang nak nampak cantik kan time raya. Kalau dulu masa kecik-kecik, konfirm mak limitkan berapa pasang baju raya untuk kitaorang. Maklumla, adik beradik ramai and kecik-kecik time tu, so, kene la bajet. Kalau untuk Opi ngan Apul, mak selalu belikan baju melayu sepasang, jeans sepasang and t-shirt dua,tiga helai and kasut sepasang sorang. Kalau untuk aku, Ela and Ninah pulak, dua pasang baju kurung, satu seluar and dua, tiga t-shirt and kasut sorang sepasang.*Masa ni Wan kecik lagi*. Fuh, kalo time nak shopping raya, punyer la seronok tak ingat habaq hang. Terkinja-kinja seronok nak p supermarket. Kalau baju kurung aku, Ela n Ninah, selalunye, corak mesti sama tapi kaler jek lain-lain. Tapi, sejak 3,4 tahun lepas, kami suka beli baju raya sedondon, ikut tema warna baju melayu Abah. Kalau bab kasut raya pulak, time kecik dulu, sokmo nak yang bertumit bertali-tali. Hahaha. Rasa lawak pulak kalo dikenang keterujaan shopping raya time kecik-kecik dulu. haha. Tapi, kalau sekarang ni, dah besar-besar and Apul, Opi and Ela dah kawin, baju raya dah takdek limit dah. Abah bagi jek duit, so ikut suka nak beli ape pun. And skang ni, dah besar-besar ni, takdek la pulak teruja sangat time beli baju raya. Selalu buat muka cool-cool jek kalau time shopping raya. :P

4. Kuih Raya.
Ha, kalau bab kuih raya pun sama. Konfirm teruja nak tolong mak buat kuih raya. And kuih yang jadi all-time-favourite ialah kuih Almond London and kuih Sarang Semut. Terbaik lah dua kuih tu. Sedap sangat! Selalu, seminggu sebelum raya, mesti berkampung kat dapur, comot-comot dengan tepung buat kuih raya. Kadang-kadang tu, berkerjasama denga jiran-jiran, buat kuih sekali pastu bahagi-bahagi. Best sangat time tu. Rasa rapat jek dengan jiran-jiran. Tapi skang ni, takdek sangat dah tradisi-tradisi buat kuih raya sendiri ni and kurang dah tolong menolong antara jiran. Kuih semua main tunjuk-tunjuk jek kat kedai sampai bila ada orang tanya "buat kuih ape?". Jawabnye "kuih tunjuk aje". hahaha. Mak pun dah malas dah nak buat sebab bila anak-anak dah besar ni, sibuk, takdek masa nak tolong buat kuih and kami semua dah tak berapa gemar nak makan kuih dah. So, mak cakap, kuih tunjuk ajela yg senang. hehehe.

5. Balik Kampung.
Ha, lagi satu hal yang paling best bila tiba raya ialah balik kampung. Balik kampung time hari biasa takkan sama macam balik kampung time raya. Kalau dulu, feeling nak baling kampung time raya memang excited tak ingat and awal-awal dah kemas beg dah. Lagi satu, kalau balik kampung, konfirm penuh satu bonet kereta. Maklumler, adik beradik ramai, 6 orang, kereta satu aje time tu. hehe. Lagipun, time raya ni la dapat berkumpul ngan sedara-mara kat kampung. Tu yang best tu. And lagi best sebab masa tu Mak Ngah memang duduk kat kampung, so memang meriah sangat. Tapi sekarang, Mak Ngah dah pindah, so kurang meriah sgt. Tapi ape-ape pun, walaupun dah besar, feeling nak balik kampung tu tetap sama excited macam dulu. Cumanya kadang-kadang rasa tak best sebab tak dapat berkumpul sekali serentak sebab abang-abang and kakak aku dah kawin, so kene ikut turn la. Tapi x kesah, la yang penting dapat jugak beraya bersama samada cepat atau lambat. :)

6. Duit Raya.
Ok, last but not least, duit raya la yang paling ditunggu-tungg time raya kan? Bukan masa kecik-kecik jek, masa dah besar ni pun, masih berharap dapat duit raya. Well, manusia memang suka duit kan? Termasuk aku. hahaha. Kalau dulu, masa kecik-kecik, sanggup beraya dengan Shira (sepupu aku) ke kampung sebelah, semata-mata nak kutip duit raya. Buat muka tak malu jek pegiberaya  rumah orang yang tak kenal, janji dapat duit raya. hahaha. Masuk rumah orang, minum sikit, ambik kuih sebiji, terus salam and tunggu duit raya. Lawak, lawak. hahaha. Tapi dah tua-tua ni, xdek dah pegi beraya kutip duit raya. Kalo dapat duit raya pun, semua daripada family terdekat aje. Tapi sekarang ni tak best macam raya-raya dulu. Sebabnye bebudak sekarang, dah jarang sangat dah nak konvoi pegi beraya sebab diaorang lagi suka layan kartun kat rumah kan? Lagipun sekarang, kes culik banyak sangat, so bahaya nak pegi beraya tanpa mak bapak kan?

FUHHHH!
Panjang bebenor aku bercerita kan u'olls? hahaha
Ok, la. Rasanya sampai sini jek dulu kot aku bercerita.
Nantikan next entry aku : Rentetan Syawal 2013 okey? hehe.

Selamat Hari Raya Semua!

"Semua hari adalah kenangan: kemarin, hari ini, besok atau lusa. 
Maka jadikan harimu indah untuk dikenang."



I Am The Actor Of My Life! (^_^)

Saturday, August 03, 2013

#AugustWishes

Salam Ramadhan u'olls.
Ha, kurang dari seminggu lagi nak raya kan? Tentu seronok kan?
Untonglah sape yang berkesempatan untuk beraya disamping family tercinta.
Aku? Emm, raya di perantauan jek la kali ni. Ape pon tak boleh. :'(
Sedih memang sedih, tapi dalam sedih tu aku redha jek. Nak buat lagu mana kan?
Takpe, tak lama lagi jek aku akan tinggalkan Sabah ni.

Ok la, disebabkan dah 3 hari dah kita menempuh bulan August, so I come with this entry : #AugustWishes.
Kalau tengok post aku pasal #JulyWishes (KLIK SINI) sebelum ni, korang akan tengok betapa aku rasa sayang nak tinggalkan bumi di bawah bayu ni sebab banyak tempat tak pi lagi. Tapi, semakin masa berjalan, semakin berubah harapan aku tu and aku rasa aku patut kuburkan jek harapan tu.  *harapan terkubur layu. kehkehkeh.

So, on this August, I come with this wishes :


Yup!
Memang aku harap sangat masa berjalan pantas.
Bila tengok kengkawan lain dah angkut beg balik kampung, post pasal rumah la, makan itu ini la kat pesbuk, tweet pasal pegi sana-sini dengan family, perasaan aku berkobar-kobar nak balik. Tak sanggup dah nak duduk jauh dengan family. huhu.
As u all know, aku sekarang kan tengah praktikal kat MKN and tinggal dua minggu lagi tempoh praktikal aku. Memang rasa sayang nak tinggalkan MKN dengan staf-stafnya yang baik hati, peramah, kelakar semuanya tapi perasaan nak balik tu melebihi segala-galanya. Kalo dulu, awal-awal praktikal, memang ada niat nak sambung pratikal kat sini untuk dapatkan lebih pengalaman + nak berjalan, tapi disebabkan atas faktor tertentu (kos dan sebagainya) + rasa nak balik rumah cepat, so aku cancel jelah hasrat aku tu. hehuhehu.
And, Insyaallah, hujung Ogos ni aku akan balik ke pangkuan keluarga.
Ok la, that's all for now. ADIOS.

Oh time! Please run faster darling! :)



I Am The Actor Of My Life! (^_^)

Wednesday, July 31, 2013

Wordless WED #10

Syawal gifts from MKN! Tenkiu. :)



I Am The Actor Of My Life! (^_^)

Friday, July 26, 2013

Sebak :'(

Dengar lagu raya,
Sebak :'(

Tengok iklan raya,
Sebak :'(

Tengok orang post pasal raya,
Sebak :'(

Tengok drama-drama raya,
Sebak :'(

Tengok orang jual kuih raya,
Sebak :'(

Tengok orang beli baju raya,
Sebak :'(

Tengok orang nak cuti raya,
Sebak :'(


Ya Allah!
Kuatkanlah hati aku. AMIN.





I Am The Actor Of My Life! (^_^)

Sunday, July 21, 2013

Syawal untuk Aku?

He He Hello Guys! Salam Ramadhan.
Alhamdulillah, dah 12 hari kita berpuasa kan?
Emm, makin banyak hari yang dah kita tempuh dalam Ramadhan ni, maknanya, makin dekat la Syawal dengan kita kan? 
Have you guys make a preparation for the upcoming Syawal?
Me? Not yet! Or I can say nothing to be prepared. hoho
Disebabkan Syawal mula menampakkan bayang, timbul idea nak buat entri ni : 
Syawal untuk Aku?

Cakap pasal Syawal, mula la rasa nak sebak jek. Sebabnya, tahun ni, aku mungkin tak dapat balik beraya kat kampung sebabkan takdek cuti untuk budak-budak praktikal. huhu.
Selalunya tiap-tiap tahun, mesti beraya kat Gerik dengan family. Tapi tahun ni, mungkin tak dapat buat macam tu lagi atas dasar tuntutan hidup. Chewah!
Bila teringat yang aku tak dapat balik raya, mesti aku akan cakap dalam hati :
 " takpe, takpe, pengorbanan ni, pengorbanan. sikit jek lagi masa."
I keep reminding myself that I must be strong on this Syawal and I'm not alone here! 
Fatin kan ade?

Aku tau :
Sebanyak mana aku bersedih tak dapat raya dengan keluarga aku, sebanyak tu jugak keluarga aku bersedih tanpa aku raya ni. 
Kalau aku mampu menghadapi Ramadhan tanpa keluarga disisi, aku jugak mampu menghadapi Syawal tanpa keluarga disisi. Insyaallah.

So, tahun ni macam  mana ye Syawal untuk Aku?
Just wait and see! :)




p/s : Insyaallah akan beraya di rumah keluarga angkat kat Bongawan.



I Am The Actor Of My Life! (^_^)

Wednesday, July 17, 2013

Wordless WED #9

How I wish I can hug them. :'(



I Am The Actor Of My Life! (^_^)

Saturday, July 13, 2013

Ramadhan.

Salam Ramadhan semua!
Alhamdulillah, dah 4 hari dah kite umat Islam berpuasa kan?
Semoga kita semua diberi kesempatan untuk menyambut Ramadhan sehingga ke akhirnya.*26 hari lagi. INSYAALLAH. :)

Hmm, Ramadhan kali ni agak menguji sikit.
Sebabnya, kali ni aku ber-Ramadhan kat Kota Kinabalu. 
Jauh daripada keluarga. Hanya kawan menjadi teman setia. 
Hari pertama Ramadhan, berbuka juadah tomyam + telur dada dengan kengkawan.
Kalau kat rumah, mak mesti sediakan masakan special macam Nasi ayam ke, Nasi tomato ke. Tapi kali ni, tak dapat rasa semua tu. Emm, takpelah! pengorbanan semua ni kan? So aku kene kuat!

Ramadhan ke-4 ni bertambah menguji apabila tiga kawan aku, Haje, Kiah, Shaz dah balik kampung masing-masing, tinggalkan aku berdua jek dengan Fatin. Sedih taktau nak habaq! Lebih kurang 3 minggu kami tinggal satu rumah, bergelak ketawa, riuh-rendah, tapi bila bangun pagi ni, tengok diaorang dah takdek, aku betul-betul rasa kehilangan. Sedih aku bertambah bila tengok gambar yang Haje edit. Aku terharu sangat and terus air mata aku mengalir laju! Tu belum tengok video-video daripada Kiah lagi, mesti akan bertambah sedih. So, buat masa skang ni, better aku takyah tengok video tu lagi. Nak cool down dulu.
YA ALLAH, SAYUNYE HATI NI...!!!!!
Anyway, I miss you all Amigos (Haje and Kiah)!

Ramadhan ke-4 ni bertambah sayu bila pagi tadi aku dapat tau Bapak angkat aku dari Bongawan pergi menghadap Ilahi. Innalillahi Wainnailaihi Rojiun. Sedihnya hati bila ingat yang lepas ni aku tak dapat lagi jumpa Bapak. Lepas ni, tak dapat lagi dengar Bapak bercerita atau bagi nasihat, tak dapat lagi dengar Bapak menyanyi. Kalau pegi Bongawan lepas ni, mesti sunyi sebab Bapak dah takdek.
YA ALLAH, SAYUNYE HATI NI...!!!!!
Semoga Bapak ditempatkan dikalangan orang beriman. Al-fatihah untuk Bapak. :'(


HATI SAYU DITINGGAL PERGI. :'(



I Am The Actor Of My Life! (^_^)

Sunday, July 07, 2013

#JulyWishes

He He Hello Guys!
It's 7th of July already, so here I am to updating about my #JulyWishes.
*Better late than never kan? Heheheee
So, this is my #JulyWishes!


Yes! This is my wish for this month! Hmm, why I come with this wish? 
Am I don't like to stay in Ipoh? Am i don't like to stay with my family?
NO, NO, NO! It's not like that. *jangan pikir negatif. hoho
Well, everyone loves their family kan? Including me! And the one who loves their family will not willing to stay apart far their family. Including me!

The reason why i would like to stay longer in Sabah is just that, I feel not yet ready to leave this place. It's been 3 years (tak termasuk cuti balik Ipoh) I've been here. I do admit that I'm a homesick person, but now, I feel that I wanna stay here longer. *Until December maybe! Bukan nak tinggal terus hokey! Sebabnye, aku rasa tak puas lagi tinggal kat sini. Banyak lagi yang nak dicapai kat sini. 
There's :
* A lot of place that I wish to travel.
* A lot of beautiful scenery that I wish to enjoy.
* A lot of memories that I wish to collect.
* A lot of friends that I wish to make.
* A lot of experience that I wish to gain.

Plus:
I know this place can teach me a lot about life!
I know this place can teach me how to be strong and independence!
And the most important this is, this place can teach me to be more matured in managing life!

Well, i do hope that my #JulyWishes came true! Hopefully dapat sambung praktikal / kerja kat sini until Disember! Dapat pengalaman kerja + pocket money! hehe.
Tapi, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Lagi baik negeri sendiri kan?
So, walaupun aku wish nak stay lama kat sini, aku still rasa "terkinja-kinja" nak balik Ipoh!
Sebab kat Ipoh, ade family yang aku sayang and sayangkan aku! :)

p/s : cant't wait to see the new "flower" in the family! Puteri Nur Jannah! :)





I Am The Actor Of My Life! (^_^)

Saturday, June 29, 2013

Working LIFE : What It Feels Like?

He He Hello Guys!
It's been awhile since I've updated my blog. *almost 2 weeks.
Thank God that I don't have so much (or I can say any) blog-fans who keep waiting about my next update! Well, aku mana ade peminat kan? Tapi, ada aku kesah? haha. 
Its not because I don't have any story to be wrote in this lovely blog of mine. It's just that I have no time to update about anything that happened + my brain seems don't have enough energy to think what should I write to make my entry looks catchy + creative enough for others to read. *Well, nak jadi blogger kena la kreatif kan? Hehe.
AND, today, as I have a little time + energy to update about something, so I came up with an idea to update about this! Working LIFE : What It Feels Like?

OK! To those whose working or has worked, what it feels like working? Happy? Enjoy? 
Well, i wouldn't know what's your respond to this question but if people ask me Working LIFE : What It Feels Like?, my answer would be this!
|
|
|
|
|
\/
WORKING LIFE IS REALLY REALLY TIRED!

Yes, seriously, working life is really really tired! It's been a week I've done my internship and only God knows how tired I am! And this is the reason why I dont have time to update my blog. Although not so much work was given to us in this one whole week, but I still feel damn tired.
I feel like no life at all! Feel like my life are out of the rails! hoho.
Woke up in the morning, going to work, sitting at the office from 8 am to 5 pm, go home and sleep at 9.30 pm (the earliest sleeping time since I was a student).
*seriously, jadi student lagi best daripada bekerja. hoho
I'm not complaining actually, but I just want to express my self how it feels like working. 

But, FEELING TIRED is the negative part of working. Still, there's a positive part of working.
Working makes me appreciate my family more!
I appreciate Abah + Mak's hardwork in raising 6 of us!
* Terima kasih Mak Abah! Ana tak mungkin dapat balas jasa Mak Abah tu. :'(
I Salute Mak coz still can cook for lunch after going back from work!
* Lepas ni, ana akan rajin-rajin masak. :)
I respect Apul and Kak Azira still can give a lot attention of to Yaya even they're tired working!
I respect Opi and Kak Mona/Kak Lia who work hard in raising Sarah and Akma!
I respect Ella (who's preggy) who still working until her due date and respect Ijam too coz still paying attention to Ella even he's tired working!
*btw, tadi Ela dah selamat melahirkan Baby Girl! :)
And, I do respect to those who working who still can manage their family well, especially women! Mana nak jaga makan suami, anak, kemas rumah. Yeayyy! Go Go Go Women! :)

Yes, working comes with an appreciation that can make me (us) to be more matured!
It comes with an experience too and it's worth it!
SO, ENJOY WORKING PEOPLE EVEN IT IS TIRED! :)

Me, in the 1st day of intern! :)



I Am The Actor Of My Life! (^_^)

Thursday, June 13, 2013

Farewell. :'(

He He Hello Guys!
Emm, malam ni nak update pasal something yang emosional sikit. 
Nak update pasal Farewell :'( .
Emm, as usual, Exam datang dan pergi. Ada start, ada la habis nya kan? 
Ape, ingat Exam tu hari-hari sepanjang tahun ke? Haruslah tak kan? hoho.
So, bila Exam dah habis, time tu semua orang sibuk mengendong beg masing-masing nak balik kampung (termasuk aku, tapi turn aku tak sampai lagi).
Bila masing-masing balik kampung, maksudnya berpisah la kan?
Mana yang baru tahun 1, tahun 2 tu, ada la kesempatan nak jumpa lagi sem depan.
Tapi, bagi aku and kengkawan yang dah last year, last sem ni, dah sah-sah la berpisah untuk tempoh masa yang lama. Entah bila la dapat jumpanye lagi. Masing-masing tinggal jauh. Lain-lain negeri. SobSobSob. :'(

And kawan aku yang paling awal yang akan tinggalkan Sabah ialah Jamas, housemate aku. Esok dia nak fly balik Kuching dah. Sedihnya. :'(
Ai, macam tak pecaya lepas ni tak dapat jumpa and lepak-lepak and stay sama-sama lagi dengan Jamas.Tapi nak buat macam mana, nak taknak, kena percaya jugak. We have to accept the fact kan? hoho

To Jamas, take care and don't you ever-ever forget me ok! Farewell. :'(

This is Jamas.

 So, sebelum berpisah, we exchanged gift sebagai tanda kenang-kenangan.

She gave me this cute little fish. :)
I gave her this. A notebook with my message inside. :)

Btw,  this is Catherine, Jamas's fren. Dia jadi penghuni sementara kat bilik kami.
Cat, Kita kenal tak lama, tapi kita dah mesra. Farewell :'(



" Bertemu, berpisah, rindu-merindu tu adat kehidupan.
Yang indahnya, bila satu hari nanti kita akan tersenyum bila teringat akan memori-memori yang dah lama kita tinggalkan. Farewell :'( "
*Ayat ni rekaan sendiri ye, no ciplak-ciplak. hoho.




I Am The Actor Of My Life! (^_^)

Tuesday, June 11, 2013

#JuneWishes + Untuk 3 Hari

He He Hello Guys!
Disebabkan kesibukan memuncak-muncak, so aku jarang dah sangat-sangat update belog. But still, belog ni kekal putih bersih, tak berhabuk ok. hoho.
And disebabkan punyer lama aku tak update belog, so aku akan update double story in one entry. Kira macam bonus la. hikhikhik.
Hmmm!
Alooooohai, punyer la busy dengan Exam ( "busy" SANGAT), sampai tak sempat nak update pasal #JuneWishes. hoho. Tapi still tak terlambat kan nak update? Selagi tak masuk Julai tu, selagi tula boleh ye dak? hoho. So, ape #JuneWishes aku ek?

Ha! Ni diaaaaaa.....


Yup! Ni lah #JuneWishes aku.
Memandangkan aku skang berada di penghujung-penghujung zaman belajar, so aku ade sikit nervous.
Dalam hati sibuk dok pikir : "Lulus ke Exam kali ni? Boleh konvo ke tahun ni?" hoho.
Bukan ape, takut jugak la kot kecundang di penghujung jalan.
Waaaa, taknak! Nak konvo, nak konvo, nak konvo. *ok, stop pikir bukan-bukan.
So, I hope All is Well.
Exam will be ok. Internship at SUHAKAM will be ok.
INSHAALLAH.

Ok, jom gerak ke next entry pulak! Tajuk entry kedua ni Untuk 3 Hari.
Ha, ingat Afdlin Shauki jek yang boleh buat cerita tajuk Untuk 3 Hari ? Aku pon boleh tau. Kelas kan aku? haha.
Sebenarnya aku nak update entry ni lama dah, cumanya takdek kesempatan.
Entri Untuk 3 Hari ni sebenarnya aku nak cerita pasal pengalaman aku kat Sabah ni yang bagi aku sangat best. Another fond memories that will be added in my life diary! :)

So, let's start with Hari Pertama (1 Jun 2013).
Hari Pertama, Aku, Huda and Zeera bertolak ke Lok Nunuk (perkampungan nelayan di Tuaran) sebab esoknya nak attend wedding abang angkat Huda. Aku memang super duper excited tak ingat sebab first time nak pegi kampung yang agak pedalaman kat Sabah ni ha. Emm, memang jauh kedalam, dari KK ke Tuaran jek pun dah sejam lebih + 40 minit masuk kampung tu dari jalan besar. *hah, kira la sendiri. Seriously, memang letih drive + takut sebab hujan lebat tak nampak jalan. Tapi bila dah sampai kampung tu, lega tak terkata. Alhamdulillah, hilang segala penat. Sampai-sampai jek kat kampung tu, rehat-rehat sekejap, terus pergi rumah kenduri, tolong apa-apa yang patut. Kami tolong kupas bawang jek. Itu jek yang mampu. Nak tolong masak, silap-silap ada yang keracunan makanan esok. haha. Lepas kupas bawang, tuan rumah jamu makan and hidangan special die ketam. Tapi, aku kurang excited la tengok ketam sebab aku tak gemar ke ketam langsung! Selesai makan, bermulalah sesi karaoke anjuran tuan rumah. Tengok orang-orang kampung menyanyi memang syiokkk sangat. Yang jadi tak syiokkk bila kami yang digelar "orang jauh" dipaksa menyanyi. Waaaaaa, taknak! Kalau dalam Kbox, takpe jugak, takdek orang dengar. Ni satu kampung kot nak dengar. Ade jugak muncul guruh kilat dilangit kang. Tapi disebabkan dipanggil berkali-kali, so terpaksa lah kami menyanyi jugak. Aduyai, malunya taktau nak habaq bila tengah menyanyi, semua orang kampung pandang-pandang. Siap lah makcik-makcik kat depan tu buat muka "boleh jadi menantu aku ke tak ni? ". Maluuuu. Tapi, gasak lah. Bukan nak jumpa lagi lepas ni. haha. Lepas menyanyi, kami layan tengok orang kampung menari pulak. Macam-macam tarian Sabah yang diaorang menari. Cute sangat. Mujur kami tak dipaksa menari malam tu, kalau tak, konfirm tutup muka ngan tudung periuk lepas tu. kikiki.

Ok, sambung dengan Hari Kedua (2 Jun 2013) pulak.
Hari Kedua, kami bangun awal untuk tolong apa yang patut kat kenduri tu. kami tolong masukkan kuih-kuih dalam bekas and hidang lauk kat meja buffet. So, lepas dah buat kerja, kami makan. And sekali lagi, ketam menjadi hidangan utama. Punyer la Huda ngan Zeera hentam ketam tu, tapi aku, makan kaki ketam jek. Just nak rasa jek, but still, aku tak tergoda pun dengan rasa ketam tu sebab akulah manusia yang tidak gemarkan ketam. hoho. Agak-agak puas duduk kat rumah kenduri tu, dalam pukul 1, kami pun mintak diri nak balik KK. Taknak balik lewat sangat sebab takut hujan, nanti tak nampak jalan. Tapi, kami tak terus balik KK, tapi singgah Kota Belud dulu memandangkan jarak Kampung Lok Nunuk dengan Kota Belud dekat aje. Lagipun, aku saja nak melawat kota Belud tu memandangkan aku tak pernah sampai sana. So, bila dah ada peluang, apa lagi tunggu kan? Lepas pusing-pusing Kota Belud sekejap, kami pun bertolak balik ke KK. tapi sebelum balik KK, kami singgah dulu Tuaran dengan Tamparuli (tengok jambatan gantung Tamoaruli dengan pergi Sungai Kiulu). Eh, banyak pulak persinggahannya kan? Biasalah, dah namanya pun jenjalan, mestilah merayap ke semua tempat kan? kehkehkeh. Habis meronda, kami balik KK. Tapi, rondaan kami tak berhenti kat situ jek sebab last minute kami buat cadangan nak pergi ke Bongawan melawat Mak Bapak angkat aku. Rindu pulak rasa hati ni. So, malam tu kami bertolak ke Bongawan dan Alhamdulillah, sampai jugak kami kat rumah Mama and Bapak and hajat aku dulu nak bawak Huda bermalam kat sana tercapai!

Ok,nak citer pasal Hari Ketiga (3 Jun 2013) pulak.
Hari Ketiga pulak, kami bangun pagi-pagi sebab nak cari air terjun kat Bongawan tu. *maklumlar, kami ni gilakan air terjun. hoho. Tanya Mama, Bapak and Kak Yan, semua taktau mana ada air terjun. Last-last tanya Ika tanya lokasi air terjun tu sebab dia pernah pergi. Nama air terjun tu Sirung Sumandak, katanya, air terjun ni 7 tingkat tapi kami hanya mampu mandi kat tingkat bawah jek, tak sampai atas pun. hoho. Dah puas mandi, kami pun bersiap nak balik KK. tapi tanpa dirancang, kami singgah Kimanis (bersebelahan Bongawan) kejap untuk melawat Mak angkat Zeera pulak. Bagi chance la kat Zeera pulak lepaskan rindu kat Mak angkat dia memandangkan aku ngan Huda dah lepaskan rindu ngan Mak Bapak angkat masing-masing. hehe. Lepas singgah rumah Mak angkat Zeera, mak dia ajak kami makan kat Papar pulak, Alhamdulillah, murah rezki kami. Makan Free sepanjang 3 hari. kikiki. :) Lepas makan, terus balik KK and singgah Zoo Lok Kawi sekejap sebab alang-alang dah lalu. Hehe. Lepas tangkap-tangkap gambar, terus bergerak balik UMS. Sampai UMS< terus minyak kereta habis (disebabkan meter minyak rosak) tanpa sedar. Mujur ade Shadrach yang baik hati tolong belikan minyak. Thanx Rach. :) Balik hostel, semua tido gara-gara kepenatan yang amat sangat. Ape-ape pun, perjalanan kami Untuk 3 hari ni memang sangat best and takkan dilupakan sampai bila-bila. :)

Meh tengok gambar!
Eksyen jek, tapi tak makan pun. haha.
Hantu ketam. kikiki.
Dengan Refkha, kawan Refkha and Izzati.
KAMI. :) 
Cantik kan kampung ni?
Air Terjun Suring Sumandak. :)
 p/s : lupa nak snap pic setiap papan tanda tempat kami pergi. hoho.


Fuhhhh, punya panjang entri kali ni kan? Hahaha.
Anyway, enjoy reading ok! ADIOS :)



I Am The Actor Of My Life! (^_^)

Tuesday, May 28, 2013

Smile in Face, Tears in Heart.

He He Hello Guys!
Moody day in a cloudy day!
That's why i come with this entry, 
"Smile in Face, Tears in Heart".

Yes!
This is what happening to me.
Outside of me, I smile, I laugh, 

BUT

 Inside of me was full of tears.
Tears that i don't even know why.
Tears that only me, myself can feel.
Tears that other people can't see/feel.

Oh, it's hurt to have this feeling. It's hurt a lot. 
* bukan putus cinta, of course.
Entahlah.

Then, there's something that I just know today that makes me more sad, hurt me more.

My sister text me, she said :
"Mak masakkan anak menantu bihun sup sebab ingatkan diaorang nak balik Jumaat tu, tapi tak, diaorang tak balik. So, mak agihkan aje dekat jiran sebab takdek siapa nak makan."

Ya Allah. Sayunya hati ni. My tears drop like a waterfall.
Kesian Mak. Sakit-sakit kaki pun, boleh lagi nak masak. 
Mesti mak kecewa sangat, tapi mak tak suka nak tunjuk semua tu.
Mak like to pretend like "Oh, it's ok. It's fine."
But, inside Mak's heart, who knows kan?

Dear readers, if you were in my shoe, what would you feel?
Happy? Should I laugh? Of course not kan?
Haven't I have the right to feel sad? 
Haven't I have the right to get angry?
Entahlah.

"Smile in Face, Tears in Heart"





I Am The Actor Of My Life! (^_^)

Friday, May 24, 2013

#INTERELIANS!

He He Hello guys!
Memandangkan semester ni bakal sampai ke penghujungnya, so bertambah-tambah la busy aku..
Mana nak siapkan assignment, nak uruskan hal praktikal, nak buat mini tesis..
Haisyh, letih kalo nak ingat balik semua hal..
So, one way to release stress is to update my belog! Waduh, lama kot tak update..hoho

So,macam yang aku cakap tadi, memandangkan semester bakal sampai ke penghujungnya, maksudnye, perjalanan aku sebagai seorang pelajar juga bakal sampai ke penghujungnya..
*INSYAALLAH*
Dulu memang tergedik-gedik nak habis belajar tapi bila dah nak sampai ke penghujungnya ni, rasa macam sedih and sebak semacam..
Oh, aku akan merindui saat-saat manis, pahit, masam, kelat kat UMS ni.. :(


And the best part is to be one of the #INTERELIANS (International Relations Students)..

There's about 70 of us!
* Aku, Haje, Kiah, Fatin, Tirah, Huda, Zeera, Su, Za, Sarah, Faezah, Farah, Ramlah, Carolyn, Sarah, Emma, Santi, Ana, Arif, Nysa, Awin, Preschilla, Sazlina, Shazlin, Ray, Salbina, Eystar, Helmina, Hakimah, Syakira, Safiatul, Samsuria, Dina, Ain, Vik, Bibi, Nina, Yili, Wong, Raymond, Shadrach, Chandran, Dyra, Tikah, Faidhi, Bell, Azie, Rakhmi, Fitri, Iskmal, Ika, Wan, Izuan, Jamri, Edi, Felix, Zainus, Dayang, Shiqin, Waqin, Tasya, Sabri, Khairul, Adyviera, Roha, Hanisah, Syukri, Mazlan, Miselle..

Walaupun tak rapat dengan semua sekali, tapi still kami saling bertegur sapa..

Walaupun macam-macam hal yang jadi dalam kalangan coursemate, tapi still bagi aku, #INTERELIANS is the best and I'm proud to be one!

OH!
I will miss the class/tutorial session with them!

I will miss all the #INTERELIANS lecturers!
*Prof Md Noor, Dr.Asmady, En.Suzalie, En. Ramli, En.Wan, 
Puan Marja, Puan D, En. Rizal, En. Zaini..

And the most important thing is, I will miss the UNI life! :(

Ok la, malas nak bebel panjang-panjang..sebak rasa!

Some part of #INTERELIANS with En Suzalie..
#last class #last semester
Will miss you guys, alot! :(




Memories are present in everyone. It is hard to live without memories whether you are young or old- but older people in comparison hold more memories. No matter how far we travel, the memories will follow. Memories of friends should be always preserved like a fortune. Memories is the diary that we all carry about with us. But it is a very secret diary and no one else can read it.
Time spent, memories forged and experiences shared serve as bond that make friends sweeter and closer as years pass by.




I Am The Actor Of My Life! (^_^)

Saturday, May 11, 2013

First Experience!

He He Hello Guys!
Missing me? hahaha..*perangai perasaan still tak hilang! :P
Ok, malas nak celoteh panjang dalam mukadimah..
Entri kali ni tajuknye First Experience..

First Experience ape ek? Becinta? Berkawin? Beranak? hahaha..
None of this sayang-sayangku semua..
As we all know, Malaysia baru jek menjalani #PRU13 kan?
And, I am one of the voters! Emm, aku undi parti mana? R.A.H.S.I.A......kikiki..
It was my first time though..Jadi, nak cerita sikit la pasal First Experience aku jadi pengundi! 
*bangga tau boleh mengundi.. :P
First Experience mengundi, perasaan-nye memang lain macam! All-in-One!
Terpinga-pinga ade, nervous ade, teruja ade, bangga ade..WHY?

Terpinga-pinga sebab kan ni first time nak ngundi, so macam taktau la proses die..
Nak kene beratur kat mana, buat apa, tunjuk apa semua!
Mujur ade orang lain yang datang awal daripada aku, so boleh ikut rentak orang lain le dalam menjalani proses mengundi..Chewah ayat tak boleh belah! haha..

Nervous pulak sebab takut nama takdek dalam senarai daftar pemilih..tak ke mangkor? hoho
Nak masuk dalam dewan mengundi tu, lagi nervous!
Time nak pangkah tu takyah cakap la..menggeletaq tangan habaq hang!
Pangkah pun herot berot tapi still nampak macam pangkah la..hahaha..

Lepas tu, agak teruja la coz it was my first time having the right to choose who will govern this nation..
Teruja la nak rasa macam mana feel mengundi tu..Plus, tak semua dapat peluang kan? hehe..
And trust me, lain macam betul perasaan bia mengundi tu..taktau nak habaq lagu mana perasaan dia..
Bunyi macam bangang jek statement ni kan? Tapi pecayalah! Memang perasan lain mcm la..haha

And, rasa bangga tu ade jugak! Sebab ape? Sebab dah berjaya mengundi!
And yes! I did it! I did voting! Yay me!
Aku bangga dapat menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia! hehe..
Lagi bangga, bila tangan dah dicalit warna biru sedangkan orang lain masih menunggu giliran..
So, masa keluar bilk mengundi tu, sibuk nak show off tangan! Jahat kan?
Tapi, itu la yang aku buat..haha..

Ok la..That's all for now!
ADIOS..


p/s: Rumah dah siap, tapi pahat masih berbunyi..
Setengah orang masih sibuk post sana-sini pasal politik menujukkan ketidakpuasan hati..
Come on lah! MOVE ON! Wait for the next 5 years ok! :)



I Am The Actor Of My Life! (^_^)

Wednesday, May 01, 2013

#MayWishes!

He He Hello Guys!
Berminggu dah tak hupdate belog!
But still, blog aku putih bersih tak bersawang..haha 
Emm, lama tak hupdate sebab aku menghidapi satu penyakit kronik yang tak dapat diubati oleh mana-mana hospital iaitu penyakit M.A.L.A.S..
Jangankan nak update blog, assignment pun ke laut dah..
Wei, parah wei kalo ade penyakit gini..#ApePonTakBoleh..hohoho..

Memandangkan sekarang aku ade kat airport, takdek buat ape, so aku nak hupdate ler blog aku sikit..
Tapi sebelum tu nak bagitau yang aku akan balik Ipoh kejap lagi!
YES! YES! YES!
I'm Coming Home, I'm Coming Home, Tell Mak Abah, I'm coming Home..
Uiiii naaa, aku teruja, teruja, teruja! Ngeeee.. :)

Ok la! Let's start..
Biasanya, tiap awal bulan jek, mesti nak aku nak update pasal bulan-bulan punyer..
Tiap-tiap tahun cenggitu..OVER kan!? haha..
Emm, entry kali ni tajuknye #MayWishes!
Ha, celik pejam, celik pejam dah sampai bulan May dah kan?
InsyaAllah, tinggal sebulan lebih lagi sebelum abis belajar..Tak Sabar! hoho..
So, what's your #MayWishes? And what's mine?

Ha, disebabkan aku kebelakangan ni diserang penyakit M.A.L.A.S, so aku decide untuk takdek apa-apa wish la bulan ni!
Tu diaaa..Boleh nampak tak tahap KEMALASAN aku? Sampai nak ada wish pun M.A.L.A.S..hoho..
Patutnya nak buat wish untuk jadi semakin rajin bulan ni, tapi M.A.L.A.S lah!
Takut tak tertunai-tunai pulok! So, let it go with the flow jek la..hohoho..

Ok la, memandangkan takdek #MayWishes, so takyah la aku celoteh panjang-panjang..
That's all for now ye guys..
See you in the next entry! ADIOS.. :)




I Am The Actor Of My Life! (^_^)

Sunday, April 21, 2013

Total Recall : Dugaan..

He He Hello Guys!
Dah berhari tak update belog ni ha..Rindu pulok rase..hoho..
Emm, patutnye nak update belog semalam, tapi memandangkan malam semalam aku agak kepenatan sikit sebab bawak kakak Kiah (Kak Nisah) jenjalan kat KK, so, aku postpone la..And, arini, aku datang untuk update belog terchenta! Chewah! kikiki..

SO! Entri kali ni pasal Total Recall..
*Kelas kan tajuk entri ni? haha!
Actually, aku just nak Total Recall pasal ape yang jadi kat aku n kengkawan aku ari jumaat aritu..Bukan nak Total Recall pasal kehidupan aku berpuluh-puluh tahun macam #ArnoldSchwarzenegger dalam buku die tajuk Total Recall tu..
Ha! Ingat #ArnoldSchwarzenegger jek mampu buat buku pasal Total Recall? 
Aku pun mampu tau..Cumanya, Total Recall aku versi blog jek la..kikiki..
*dey, apekeheynye banyok benor aku sebut perkataan Total Recall ni?
Ok la..cukup-cukuplah intro-nye..Jom bersedia dengar citer aku yang panjang berjela ni..
Ate, dah namanya pun Total Recall kan? Konfirm ler panjang berjela ye dak? hehe..

Alkisah..
Petang Khamis aritu, Tirah call aku ajak pegi mandi sungai and barbeque-ing kat Sungai Kiulu, Tamparuli hari esoknye (Jumaat)..Then aku macam "Erk,blur jap"..
Yola, takdek angin takdek ribut, terus ajak pegi mandi sungai..Lagipun, bukan dekat Tamparuli tu..About 40kms from KK..Mana nak cari kereta lagi, nak ajak kengkawan lagi..Serious blur and takleh pikir..So, aku decide untuk tido dulu n suruh diaorang jek yang plan baik-baik punyer..ZzzzZZzz..
Bangun jek tido, dalam kul 9malam camtu, aku mesej Zeera tanya, macam mana plan esok? Dia kata okey, dah jumpe kereta..So, ok! Kereta dah jumpe, so plan jadik,set n go!

Keesokan harinya (Jumaat), bermulalah perjalanan kami yang agak banyak dugaan-nya..
Wanna know why? Ha, jom sambung citer!

 Dugaan pertama, bila tuan punyer kereta yang disewa tak la sampai-sampai..Janji pukul 12.30, tapi pukul 2.30 baru kami dapat kereta nya..haisyh! Sabor jelah..So, plan dah lari sikit dah..Lewat lah bertolak ke sungai..Tambah terkilan, bila cuaca hujan pulak..Bila hujan, bahaya sikit lah nak mandi sungai kan? Lagipun, kesian kat Tirah, Huda, Zeera, Pitsa n Farah yang nak naik motor tu..Dalam hati ni, "jadik ke jugak plan kami ni?" Tapi, nasib baik hujan kejap jek..So, boleh teruskan plan kami nak mandi sungai..

Dugaan kedua ni agak lucu lah..Sebabnye, kereta Kancil yang disewa akan dimuatkan 6 orang di dalam nye..Plus, badan kami semua comel2 tembam2 belaka..Can u imagine how??? hoho..Aku n Haje dah selamat dah duduk depan..Aku jadik driver sebab I am the only one who can drive manual..Yang lagi empat orang (Sarah, Kiah, Za, Su) kene la berhimpit2 kat belakang tu..Seriously, kesian sangat kat diaorang..Dah macam tin sardin dah..Kadang-kadang tu aku tanya jugak, korang ok tak, selesa tak? Then diaorang cakap ok,boleh..Walaupun diaorang cakap ok, tapi aku tau, sesak jugak lah rasanya..hoho..Tapi, asal kereta boleh tutup and boleh gerak, dah ok lah tu..So, kami pun teruskan perjalanan!

Alhamdulillah, kami selamat sampai kat Tamparuli..Tapi baru sampai kat roundabout Tamparuli jek, belum sampai lagi kat Sungai Kiulu (21km lagi)..hoho..Lagipun, kami tunggu Farah and Pitsa, tak sampai2 lagi..Tungu punyer tunggu, rupernyer motor diaorang rosak dekat jalan sebelum masuk Tamparuli! Dugaan Ketiga lah ni..So, kami patah balik ler kat bus stop tempat motor diaorang rosak tu..Kesian pulak nak biar kan? hoho..Memandangkan ari pun dah lewat and jauh lagi nak pegi Sungai Kiulu tu, kami decide untuk patah balik KK and cari port untuk barbeque-ing kat KK aje..

Dugaan keempat ni lagi lawak! Memandangkan motor Farah rosak, so terpaksa tinggalkan motor kat situ..Meaning that, Farah and Pitsa xdek transport..So, kami terpaksa pikir jalan terbaik untuk bawak semua orang ke KK! Guess what? Kami dapat idea, aku tumpang motor Tirah..So, Farah yang akan jadi driver, Haje duduk depan, and belakang kancil tu muatkan 5 orang (Kiah, Sarah, Su, Za and Pitsa)..Can u imagine how can 5 people sit at the back of the kancil? But, it is not IMPOSSIBLE bcoz we manage to do it! Like people said "Everything is Possible"..Kalo tadi, muatkan 4 orang kat belakang pun, aku kesian, kali ni aku plus-plus kesian..Kalo tadi dah macm tin sardin, kali ni aku rasa dah macam nasi impit dah..Tapi, alhamdulillah, semuanya berjalan lancar and kami sebelas orang selamat sampai kat KK..

But, wait! Citer ni tak habis lagi..Ade dugaan lain lagi..hoho..

So, bile sampai KK, kami decide untuk barbeque-ing kat Teluk Likas jek la..Mudah sebab dekat dengan UMS..Bila sampai kat Teluk Likas ni, datanglah pulak Dugaan kelima..Dugaan kali ni betoi-betoi mencabar kesabaran kami semua bila arang yang dibakar takmau jadi bara...Semua cara kami dah guna untuk bakar arang tu jadi bara..Guna kertas, daun pelepah, polesterine, semua tak boleh! Guna minyak petrol motor Tirah pun tak boleh..haisyh! Guaner ni..Kalo dah arang takmau jadi bara, guaner nak barbeque-ing kan? Cedek betul lah! Sampai Huda cakap "ini arang bukan sebarang arang, ini arang jadah namanye!" Ha! betul sangat lah tu apa yang Huda cakap tu..hoho..So last-last Pitsa cadangkan untuk guna getah tayar untuk bakar arang tu..So, Tirah volunteer-kan diri die untuk balik ambik tayar kat hostel die..

Kemudian, datanglah Dugaan keenam bila Tirah yang mengambik getah tayar tak muncul-muncul dekat sejam! Letih la nak tunggu..Sampai Sarah, Haje and Farah dah tertido -tido dah..Sementara tunggu Tirah datang, kami makan dulu nasi ngan gulai tempoyak..Tahap kebulur tak hingat dah dari pagi tak makan..Mujur ade gulai tempoyak tu..Haje and Kiah yang tak makan tempoyak tu, terpaksa la makan nasi berlaukkan kacang + ikan bilis goreng jek..Kesian diaorang..Habis makan pun, Tirah tak sampai-sampai..adeh! Nak, dekat pukul 8, baru ler Tirah sampai dengan getah tayarnya..and finally, kami berjaya jugak bakar arang jadi bara and berjaya barbeque-ing!

Hmm, banyak kan dugaan kami? hoho..
Tapi, kami tau semua dugaan ni ada hikmahnye..
Mungkin Allah S.W.T tak izinkan kami ke Sungai Kiulu tu..So, kami Redha ajelah! :)
Lagipun, semua yang jadi ni pun, kenangan buat kami jugak! Kenangan yang tak dapat dibeli and akan dikenangan sampai bile-bile..Kenangan yang memenatkan tapi manis untuk dikenang..:)

At Teluk Likas..
Ha! Panjang benor citer aku kan? Hehehe..Nama pun Total Recall, haruslah panjang! haha..
Sorry, takdek banyak gambar kami untuk ditatap sebab broadband dah mula nak selow..hoho..

Ok la..That's all for now! ADIOS.. :)



I Am The Actor Of My Life! (^_^)

Wednesday, April 17, 2013

Wordless WED #8

I'm a VOTERS! You?




I Am The Actor Of My Life! (^_^)

Monday, April 15, 2013

Suddenly Change!

He He Hello Guys!
Hmm, Alhamdulillah, aku dah kat KK ni..
Malam tadi, aku memang sedih tapi tak sampai tahap HOMESICK ok..
Kiranya, aku still boleh control diri aku la..
Kali ni, takdek buat projek sedih-sedih (menangis sampai lenjun) dalam bilik..
Tough + Strong enough la konon kan? hoho..

But, this morning, my mood suddenly change!
Now, I admit that, still, I'm a girl who cannot run from the word HOMESICK in her life!
Yes! Aku tau aku cengeng, moody gloomy, sensitif tak tentu hala..
But, that's me! I am who I am..And I'm not ashamed to admit it.. :O

Guess why my mood suddenly change?
Bcoz, this morning, Abah text me "Ana, abah sakit kaki"..
Ya Allah, I am so so so sad reading the message and I'm still crying until now.. :(
If you guys were me, you'll feel the same thing kan?
Ye..Kalo setakat kaki luka ke, terseliuh ke, memang la tak sedih sangat kan?
Tapi aku tau, sakit kaki Abah tu bukan sakit biasa..Kalo sakit biasa, Abah takkan mesej bagitau aku..Aku tau, sakitnya berbisa, berdenyut-denyut..Kadang tu, nak jalan pun susah..Boleh cakap macam gaut tapi taktau la Abah memang ade gaut ke tak..
Kesian Abah and I'm worried.. :(
Maybe Abah sakit kaki, sebab banyak drive semalam sebab hantar aku pegi airport..
Abah memang macam tu..Tak kira apa pun, tak kira letih penat, memang akan hantar jugak aku pegi airport and Mak sebagai peneman setia..Langsung tak tido sepanjang perjalanan, temankan Abah yang drive supaya Abah tak ngantok..Murninya pengorbanan Mak Abah..Bukan dekat Ipoh ke KLIA tu..Jauh!

Hmm, that's the reason why my mood suddenly change!
I'm writing this entry, just to express my feeling..*tula tujuan blog kan? 
And also, I'm writing this, just to remind my self how big Mak Abah sacrifies for me...

Tengok, betapa mulianya ayah-ayah, mak-mak kite yang sanggup berkorban sentiasa untuk anak-anaknye..Mak Bapak sape2 pun, akan berkorban untuk anak-anak die macam mana Mak Abah aku berkorban untuk aku adik-beradik..Mungkin, pengorbanan setiap Mak Bapak tu berbeza terhadap anaknya tapi still, mereka banyak berkorban kan?
Tapi, kita yang anak ni, belum tentu mampu balas jasa diaorang tu kan? Belum tentu mampu buat apa yang diaorang buat untuk kite kan?
So! Hargai pengorbanan Mak Bapak kite okey! :)


How lucky am I to have Abah as my father and Mak as my mother!
I hope one day, I can repay them back..
Love both of them..




I Am The Actor Of My Life! (^_^)

Saturday, April 13, 2013

Perpisahan Satu Percaturan

He He Hello Guys!
Hmm, dah seminggu aku bercuti..
Dah nak abis dah pun cutinye..Still rasa tak puas..#Hukalorhh!
Biasalah, time flies so fast when you're having fun kan? #Redhajelah!
Hmm, seminggu aku cuti, seminggu jugak lah aku tak update blog..
Maklumler, busy bebenor..Lagipun, aku sebagai anak mithali, kene la tolong mak kat dapur + buat keje rumah kan? kikiki..*perasan hah!
Ok la, cukup-cukup la mukadimahnye..Panjang benor..hoho..

Hmm, kalo entri aku sebelum ni "Penantian Satu Penyiksaan" yang dipetik daripada lagu Febian, tapi kali ni aku nak buat entri pasal "Perpisahan Satu Percaturan" pulak! Ha, ni pun ambik daripada lagu jugak! Lagu sapa and tajuk ape, lu orang pikir lah sendiri! :P
Ok lah! Kenapa aku buat entri pasal perpisahan ni?
Adakah sebab aku berpisah dengan boypreng ku? Adakah? Adakah? Adakah?
Jawapannye tentu sekali tidak, kerna aku tidak punya pacar dong! kikiki..
*serious, tak tipu hokey! kalo tak caya, tunggukan entri seterusnya..:P

Actually, entri ni semata-mata sebab aku dah nak balik KK esok! Warghhhhhh!!!
Ikutkan hati memang taknak balik, tapi sebabkan ramai sangat orang yang rindu aku kat KK tu, so, aku pun kene lah balik! *ayat mintak lempang kan? haha
So, esok boleh dikategorikan sebagai Perpisahan Satu Percaturan lah!
Perpisahan ngan sape? Opkos ler dgn family..kan dah bagitau xdek boypreng tadi..hoho..

Tapi, kenapa pulak Perpisahan Satu Percaturan? Kenapakah? Kenapakah?
Sebabnye, esok aku akan bercatur dengan hati and perasaan aku! 
Esoklah time-nye aku nak sebak, nak sedih, nak sayu bagai..
Esoklah time-nye aku akan nangis walaupun sikit..Selalunye time Mak peluk cium aku tu yang aku takleh control air mata tu..*this is the saddest part!
Esoklah time-nye aku akan termenung sorang-sorang kat dalam flight sambil tenung saat-saat kapal nak berlepas..*awan tu indah, tapi hati aku gundah!
Esoklah time-nye aku mungkin akan Homesick tengah-tengah malam..*mungkinlah!

Arghhhh! Semua tu Percaturan lah!
Sebab tu aku cakap esok adalah moment Perpisahan Satu Percaturan!
Wait n See.. :(



p/s: Nevermind! 2months left to finish study! Insyaallah..



I Am The Actor Of My Life! (^_^)

Saturday, April 06, 2013

Penantian Satu Penyiksaan

He He Hello Guys!
Now, I am at the airport waiting for my flight to KL (10.45am)..
Wo,wo,wo! Is this real, is this real, is this real? 
Jap, nak cubit lengan sendiri jap!
Eh, eh, memey real la! 
Ingat tadi tengah mimpi atas katil hostel tadi..haha

Walawei!
Lagi 3 jam nak naik flight nye pong!
Lambatnya masa, lambatnya masa, lambatnya masa! Seksa nak tunggu tauuuu..
Kalo time best nak balik, rasa masa tu cepat jek berlalu..
Ce, kalau time nak submit assgnment ke, time tengah travel ke, konfirm rasa cepat..
Biasa la manusia..Time tengah buat benda best, sokmo rasa tak cukup masa tapi kalo time tengah buat benda tak best, sokmo masa tu rasa lambat..
Lumrah ler tu, ye dak?

Ha!
Pernah dengar kumpulan Febians cakap "Penantian Satu Penyiksaan"?
Ha, betul sangat lah ape yang Febians cakap tu..Betul sangat, betul sangat! 100% betul..
Sesuai sangat ngan situasi aku skang ni!

Makkkk!
Seksanya la hai tertunggu-tertunggu tertonggok-tonggok kat airport ni..
Makan dalam jek tengok orang lain dah check in luggage masing-masing..
Lagi makan dalam bila tengok orang beratur nak masuk flight..
Turn aku ni tak la sampai-sampai lagi..Sedeyh!

Tapi takpelah!
Orang Muslim kan diajar untuk bersabar..
So, aku sabar dan redha jelah!
Turn aku akan sampai jugak tak lama lagi kan?
Ya, Ana! Sabar dan Redha ajelah! hohoho..


p/s: Dah sampai KLIA, kene tunggu Ninah pulak! Redha jela..hoho



I Am The Actor Of My Life! (^_^)