Saturday, July 13, 2013

Ramadhan.

Salam Ramadhan semua!
Alhamdulillah, dah 4 hari dah kite umat Islam berpuasa kan?
Semoga kita semua diberi kesempatan untuk menyambut Ramadhan sehingga ke akhirnya.*26 hari lagi. INSYAALLAH. :)

Hmm, Ramadhan kali ni agak menguji sikit.
Sebabnya, kali ni aku ber-Ramadhan kat Kota Kinabalu. 
Jauh daripada keluarga. Hanya kawan menjadi teman setia. 
Hari pertama Ramadhan, berbuka juadah tomyam + telur dada dengan kengkawan.
Kalau kat rumah, mak mesti sediakan masakan special macam Nasi ayam ke, Nasi tomato ke. Tapi kali ni, tak dapat rasa semua tu. Emm, takpelah! pengorbanan semua ni kan? So aku kene kuat!

Ramadhan ke-4 ni bertambah menguji apabila tiga kawan aku, Haje, Kiah, Shaz dah balik kampung masing-masing, tinggalkan aku berdua jek dengan Fatin. Sedih taktau nak habaq! Lebih kurang 3 minggu kami tinggal satu rumah, bergelak ketawa, riuh-rendah, tapi bila bangun pagi ni, tengok diaorang dah takdek, aku betul-betul rasa kehilangan. Sedih aku bertambah bila tengok gambar yang Haje edit. Aku terharu sangat and terus air mata aku mengalir laju! Tu belum tengok video-video daripada Kiah lagi, mesti akan bertambah sedih. So, buat masa skang ni, better aku takyah tengok video tu lagi. Nak cool down dulu.
YA ALLAH, SAYUNYE HATI NI...!!!!!
Anyway, I miss you all Amigos (Haje and Kiah)!

Ramadhan ke-4 ni bertambah sayu bila pagi tadi aku dapat tau Bapak angkat aku dari Bongawan pergi menghadap Ilahi. Innalillahi Wainnailaihi Rojiun. Sedihnya hati bila ingat yang lepas ni aku tak dapat lagi jumpa Bapak. Lepas ni, tak dapat lagi dengar Bapak bercerita atau bagi nasihat, tak dapat lagi dengar Bapak menyanyi. Kalau pegi Bongawan lepas ni, mesti sunyi sebab Bapak dah takdek.
YA ALLAH, SAYUNYE HATI NI...!!!!!
Semoga Bapak ditempatkan dikalangan orang beriman. Al-fatihah untuk Bapak. :'(


HATI SAYU DITINGGAL PERGI. :'(



I Am The Actor Of My Life! (^_^)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.