Tuesday, June 11, 2013

#JuneWishes + Untuk 3 Hari

He He Hello Guys!
Disebabkan kesibukan memuncak-muncak, so aku jarang dah sangat-sangat update belog. But still, belog ni kekal putih bersih, tak berhabuk ok. hoho.
And disebabkan punyer lama aku tak update belog, so aku akan update double story in one entry. Kira macam bonus la. hikhikhik.
Hmmm!
Alooooohai, punyer la busy dengan Exam ( "busy" SANGAT), sampai tak sempat nak update pasal #JuneWishes. hoho. Tapi still tak terlambat kan nak update? Selagi tak masuk Julai tu, selagi tula boleh ye dak? hoho. So, ape #JuneWishes aku ek?

Ha! Ni diaaaaaa.....


Yup! Ni lah #JuneWishes aku.
Memandangkan aku skang berada di penghujung-penghujung zaman belajar, so aku ade sikit nervous.
Dalam hati sibuk dok pikir : "Lulus ke Exam kali ni? Boleh konvo ke tahun ni?" hoho.
Bukan ape, takut jugak la kot kecundang di penghujung jalan.
Waaaa, taknak! Nak konvo, nak konvo, nak konvo. *ok, stop pikir bukan-bukan.
So, I hope All is Well.
Exam will be ok. Internship at SUHAKAM will be ok.
INSHAALLAH.

Ok, jom gerak ke next entry pulak! Tajuk entry kedua ni Untuk 3 Hari.
Ha, ingat Afdlin Shauki jek yang boleh buat cerita tajuk Untuk 3 Hari ? Aku pon boleh tau. Kelas kan aku? haha.
Sebenarnya aku nak update entry ni lama dah, cumanya takdek kesempatan.
Entri Untuk 3 Hari ni sebenarnya aku nak cerita pasal pengalaman aku kat Sabah ni yang bagi aku sangat best. Another fond memories that will be added in my life diary! :)

So, let's start with Hari Pertama (1 Jun 2013).
Hari Pertama, Aku, Huda and Zeera bertolak ke Lok Nunuk (perkampungan nelayan di Tuaran) sebab esoknya nak attend wedding abang angkat Huda. Aku memang super duper excited tak ingat sebab first time nak pegi kampung yang agak pedalaman kat Sabah ni ha. Emm, memang jauh kedalam, dari KK ke Tuaran jek pun dah sejam lebih + 40 minit masuk kampung tu dari jalan besar. *hah, kira la sendiri. Seriously, memang letih drive + takut sebab hujan lebat tak nampak jalan. Tapi bila dah sampai kampung tu, lega tak terkata. Alhamdulillah, hilang segala penat. Sampai-sampai jek kat kampung tu, rehat-rehat sekejap, terus pergi rumah kenduri, tolong apa-apa yang patut. Kami tolong kupas bawang jek. Itu jek yang mampu. Nak tolong masak, silap-silap ada yang keracunan makanan esok. haha. Lepas kupas bawang, tuan rumah jamu makan and hidangan special die ketam. Tapi, aku kurang excited la tengok ketam sebab aku tak gemar ke ketam langsung! Selesai makan, bermulalah sesi karaoke anjuran tuan rumah. Tengok orang-orang kampung menyanyi memang syiokkk sangat. Yang jadi tak syiokkk bila kami yang digelar "orang jauh" dipaksa menyanyi. Waaaaaa, taknak! Kalau dalam Kbox, takpe jugak, takdek orang dengar. Ni satu kampung kot nak dengar. Ade jugak muncul guruh kilat dilangit kang. Tapi disebabkan dipanggil berkali-kali, so terpaksa lah kami menyanyi jugak. Aduyai, malunya taktau nak habaq bila tengah menyanyi, semua orang kampung pandang-pandang. Siap lah makcik-makcik kat depan tu buat muka "boleh jadi menantu aku ke tak ni? ". Maluuuu. Tapi, gasak lah. Bukan nak jumpa lagi lepas ni. haha. Lepas menyanyi, kami layan tengok orang kampung menari pulak. Macam-macam tarian Sabah yang diaorang menari. Cute sangat. Mujur kami tak dipaksa menari malam tu, kalau tak, konfirm tutup muka ngan tudung periuk lepas tu. kikiki.

Ok, sambung dengan Hari Kedua (2 Jun 2013) pulak.
Hari Kedua, kami bangun awal untuk tolong apa yang patut kat kenduri tu. kami tolong masukkan kuih-kuih dalam bekas and hidang lauk kat meja buffet. So, lepas dah buat kerja, kami makan. And sekali lagi, ketam menjadi hidangan utama. Punyer la Huda ngan Zeera hentam ketam tu, tapi aku, makan kaki ketam jek. Just nak rasa jek, but still, aku tak tergoda pun dengan rasa ketam tu sebab akulah manusia yang tidak gemarkan ketam. hoho. Agak-agak puas duduk kat rumah kenduri tu, dalam pukul 1, kami pun mintak diri nak balik KK. Taknak balik lewat sangat sebab takut hujan, nanti tak nampak jalan. Tapi, kami tak terus balik KK, tapi singgah Kota Belud dulu memandangkan jarak Kampung Lok Nunuk dengan Kota Belud dekat aje. Lagipun, aku saja nak melawat kota Belud tu memandangkan aku tak pernah sampai sana. So, bila dah ada peluang, apa lagi tunggu kan? Lepas pusing-pusing Kota Belud sekejap, kami pun bertolak balik ke KK. tapi sebelum balik KK, kami singgah dulu Tuaran dengan Tamparuli (tengok jambatan gantung Tamoaruli dengan pergi Sungai Kiulu). Eh, banyak pulak persinggahannya kan? Biasalah, dah namanya pun jenjalan, mestilah merayap ke semua tempat kan? kehkehkeh. Habis meronda, kami balik KK. Tapi, rondaan kami tak berhenti kat situ jek sebab last minute kami buat cadangan nak pergi ke Bongawan melawat Mak Bapak angkat aku. Rindu pulak rasa hati ni. So, malam tu kami bertolak ke Bongawan dan Alhamdulillah, sampai jugak kami kat rumah Mama and Bapak and hajat aku dulu nak bawak Huda bermalam kat sana tercapai!

Ok,nak citer pasal Hari Ketiga (3 Jun 2013) pulak.
Hari Ketiga pulak, kami bangun pagi-pagi sebab nak cari air terjun kat Bongawan tu. *maklumlar, kami ni gilakan air terjun. hoho. Tanya Mama, Bapak and Kak Yan, semua taktau mana ada air terjun. Last-last tanya Ika tanya lokasi air terjun tu sebab dia pernah pergi. Nama air terjun tu Sirung Sumandak, katanya, air terjun ni 7 tingkat tapi kami hanya mampu mandi kat tingkat bawah jek, tak sampai atas pun. hoho. Dah puas mandi, kami pun bersiap nak balik KK. tapi tanpa dirancang, kami singgah Kimanis (bersebelahan Bongawan) kejap untuk melawat Mak angkat Zeera pulak. Bagi chance la kat Zeera pulak lepaskan rindu kat Mak angkat dia memandangkan aku ngan Huda dah lepaskan rindu ngan Mak Bapak angkat masing-masing. hehe. Lepas singgah rumah Mak angkat Zeera, mak dia ajak kami makan kat Papar pulak, Alhamdulillah, murah rezki kami. Makan Free sepanjang 3 hari. kikiki. :) Lepas makan, terus balik KK and singgah Zoo Lok Kawi sekejap sebab alang-alang dah lalu. Hehe. Lepas tangkap-tangkap gambar, terus bergerak balik UMS. Sampai UMS< terus minyak kereta habis (disebabkan meter minyak rosak) tanpa sedar. Mujur ade Shadrach yang baik hati tolong belikan minyak. Thanx Rach. :) Balik hostel, semua tido gara-gara kepenatan yang amat sangat. Ape-ape pun, perjalanan kami Untuk 3 hari ni memang sangat best and takkan dilupakan sampai bila-bila. :)

Meh tengok gambar!
Eksyen jek, tapi tak makan pun. haha.
Hantu ketam. kikiki.
Dengan Refkha, kawan Refkha and Izzati.
KAMI. :) 
Cantik kan kampung ni?
Air Terjun Suring Sumandak. :)
 p/s : lupa nak snap pic setiap papan tanda tempat kami pergi. hoho.


Fuhhhh, punya panjang entri kali ni kan? Hahaha.
Anyway, enjoy reading ok! ADIOS :)



I Am The Actor Of My Life! (^_^)

No comments:

Post a Comment