Saturday, August 03, 2013

#AugustWishes

Salam Ramadhan u'olls.
Ha, kurang dari seminggu lagi nak raya kan? Tentu seronok kan?
Untonglah sape yang berkesempatan untuk beraya disamping family tercinta.
Aku? Emm, raya di perantauan jek la kali ni. Ape pon tak boleh. :'(
Sedih memang sedih, tapi dalam sedih tu aku redha jek. Nak buat lagu mana kan?
Takpe, tak lama lagi jek aku akan tinggalkan Sabah ni.

Ok la, disebabkan dah 3 hari dah kita menempuh bulan August, so I come with this entry : #AugustWishes.
Kalau tengok post aku pasal #JulyWishes (KLIK SINI) sebelum ni, korang akan tengok betapa aku rasa sayang nak tinggalkan bumi di bawah bayu ni sebab banyak tempat tak pi lagi. Tapi, semakin masa berjalan, semakin berubah harapan aku tu and aku rasa aku patut kuburkan jek harapan tu.  *harapan terkubur layu. kehkehkeh.

So, on this August, I come with this wishes :


Yup!
Memang aku harap sangat masa berjalan pantas.
Bila tengok kengkawan lain dah angkut beg balik kampung, post pasal rumah la, makan itu ini la kat pesbuk, tweet pasal pegi sana-sini dengan family, perasaan aku berkobar-kobar nak balik. Tak sanggup dah nak duduk jauh dengan family. huhu.
As u all know, aku sekarang kan tengah praktikal kat MKN and tinggal dua minggu lagi tempoh praktikal aku. Memang rasa sayang nak tinggalkan MKN dengan staf-stafnya yang baik hati, peramah, kelakar semuanya tapi perasaan nak balik tu melebihi segala-galanya. Kalo dulu, awal-awal praktikal, memang ada niat nak sambung pratikal kat sini untuk dapatkan lebih pengalaman + nak berjalan, tapi disebabkan atas faktor tertentu (kos dan sebagainya) + rasa nak balik rumah cepat, so aku cancel jelah hasrat aku tu. hehuhehu.
And, Insyaallah, hujung Ogos ni aku akan balik ke pangkuan keluarga.
Ok la, that's all for now. ADIOS.

Oh time! Please run faster darling! :)



I Am The Actor Of My Life! (^_^)

No comments:

Post a Comment