Showing posts with label Bulan. Show all posts
Showing posts with label Bulan. Show all posts

Friday, May 01, 2015

#MayWish.

Assalamualaikum!
It's a 1st of May bebeh!

AND THIS IS MY WISH;


EVERYDAY!
I'll try harder to become a better person from who I am now.
INSYAALLAH.

Doakan saya jadi Wanita yang baik untuk semua orang ye! Hiks! :)

Oh ye, 
SELAMAT HARI BURUH!



I Am The Actor Of My Life! (^_^)

Tuesday, August 13, 2013

Nostalgia Raya.

Salam Adidilfitri u'olls.
Seronok tak raya? Harusslah seronok + meriah vom vom kevavom kan? hoho.
So, sempena mood raya tengah ada ni, aku nak update pasal Nostalgia Raya.
Bukan ape, tadi dok dengar ceramah Ustaz Kazim, die dok bercerita pasal kenangan raya masa zaman kecik-kecik. So, terus timbul idea aku nak update pasal Nostalgia Raya ni.
Emm, sebenarnya aku nak update jugak pasal Rentetan Aidilfitri 2013, tapi aku hold on dulu la entri tu. TUNGGUUUUUUUU. hehehe.
Ha, panjang bebenor celoteh aku kan? kikikiki.
So, korang! Ape Nostalgia Raya yang korang ade?
Ha, meh baca Nostalgia Raya aku masak aku bebudak dulu. :)

1. Bunga Api.
Ha, kalau dulu, kalau dah nak dekat-dekat raya, konfirm dalam kepala otak asyik ingat nak main mercun and bunga api jek kan? Ha, kalau bab bunga api, aku selalu main bunga api yang biasa ajela. Ala, yang bunga api halus belang2 merah/biru tu. Sape yang suka main bunga api, konfirm tau punye la! Kalau bunga api yang kucing, yang besi tu aku tak berapa gemar sangat. Kalau dulu, Opi (abang no 2 aku) la taiko yang tukang belikan bunga api untuk aku, Ela and Ninah (kakak n adik aku). Kadang tu, die belikan seratus batang bunga api, lepas tu, kitaorang akan bahagi 3. Dapat ler sorang 33 batang sorang. 33x3=99 batang. So, yang lebih satu tu, kami akan bakar sama2. Boleh bayangkan tak bunga api yang kecik halus tu dipegang oleh 3 orang? Punyer la nak tanam sifat keadilan dalam diri, sampai sebatang bunga api di-share 3 org. hahaha. Yang lagi best, jimat-jimat time nak main bunga api tu. Sayang bebenor ke bunga api tu kau! Satu hari main 2,3 batang jek. Takut habis awal konon. Pastu, sanggup sorok bunga api tu kat tempat rahsia takut Ela atau Ninah curi and bila malam lepas berbuka, laju-laju cari lilin and bakar bunga api. Yeayyy! Rasa teruja betul tengok bunga api memancar-mancar masa tu. Tapi, itu semua citer dulu. Last aku main bunga api darjah 6 kot x silap. Dah tua-tua bangka ni, malu pulak rasa nak main bunga api. kikikiki. :P

2. Mercun.
 Selain bunga api, mercun la antara kegilaan bebudak time raya. Tapi aku tak main ler mercun bola ke, mancis ke, mercun papan ke ape ke. Well, aku kan perempuan, so kureng berani sikit la nak main mercun-mercun yang "advance" cenggitu. Satu-satunye mercun yang aku main, mercun bawang/pop-pop. Ha? korang tau tak mercun bawang/pop-pop tu ape? Kalau taktau, p search kat google, konfirm bersepah keluar. Seringgit jek sekotak. Lepas tu, suka sangat baling mercun tu kat kaki orang ke, kat kucing ke, bagi depa terkejut. hahaha. Tapi, yang seronoknya dulu, kurang ade kes orang cedera terkena mercun macam skang ni. Mungkin bebudak skang ni melampau-lampau kreatifnya. So, pengajarannya disini, tak salah nak main mercun/bunga api tapi main jek apa yang dibeli kat kedai, and tak perlu nak diubahsuai benda yang dah sedia elok tu. Okey?

3. Baju + Kasut Raya.
Ok, satu lagi benda yang penting time-time hari raya, konfirm baju + kasut raya kan? Well, biasa lah! Semua orang nak nampak cantik kan time raya. Kalau dulu masa kecik-kecik, konfirm mak limitkan berapa pasang baju raya untuk kitaorang. Maklumla, adik beradik ramai and kecik-kecik time tu, so, kene la bajet. Kalau untuk Opi ngan Apul, mak selalu belikan baju melayu sepasang, jeans sepasang and t-shirt dua,tiga helai and kasut sepasang sorang. Kalau untuk aku, Ela and Ninah pulak, dua pasang baju kurung, satu seluar and dua, tiga t-shirt and kasut sorang sepasang.*Masa ni Wan kecik lagi*. Fuh, kalo time nak shopping raya, punyer la seronok tak ingat habaq hang. Terkinja-kinja seronok nak p supermarket. Kalau baju kurung aku, Ela n Ninah, selalunye, corak mesti sama tapi kaler jek lain-lain. Tapi, sejak 3,4 tahun lepas, kami suka beli baju raya sedondon, ikut tema warna baju melayu Abah. Kalau bab kasut raya pulak, time kecik dulu, sokmo nak yang bertumit bertali-tali. Hahaha. Rasa lawak pulak kalo dikenang keterujaan shopping raya time kecik-kecik dulu. haha. Tapi, kalau sekarang ni, dah besar-besar and Apul, Opi and Ela dah kawin, baju raya dah takdek limit dah. Abah bagi jek duit, so ikut suka nak beli ape pun. And skang ni, dah besar-besar ni, takdek la pulak teruja sangat time beli baju raya. Selalu buat muka cool-cool jek kalau time shopping raya. :P

4. Kuih Raya.
Ha, kalau bab kuih raya pun sama. Konfirm teruja nak tolong mak buat kuih raya. And kuih yang jadi all-time-favourite ialah kuih Almond London and kuih Sarang Semut. Terbaik lah dua kuih tu. Sedap sangat! Selalu, seminggu sebelum raya, mesti berkampung kat dapur, comot-comot dengan tepung buat kuih raya. Kadang-kadang tu, berkerjasama denga jiran-jiran, buat kuih sekali pastu bahagi-bahagi. Best sangat time tu. Rasa rapat jek dengan jiran-jiran. Tapi skang ni, takdek sangat dah tradisi-tradisi buat kuih raya sendiri ni and kurang dah tolong menolong antara jiran. Kuih semua main tunjuk-tunjuk jek kat kedai sampai bila ada orang tanya "buat kuih ape?". Jawabnye "kuih tunjuk aje". hahaha. Mak pun dah malas dah nak buat sebab bila anak-anak dah besar ni, sibuk, takdek masa nak tolong buat kuih and kami semua dah tak berapa gemar nak makan kuih dah. So, mak cakap, kuih tunjuk ajela yg senang. hehehe.

5. Balik Kampung.
Ha, lagi satu hal yang paling best bila tiba raya ialah balik kampung. Balik kampung time hari biasa takkan sama macam balik kampung time raya. Kalau dulu, feeling nak baling kampung time raya memang excited tak ingat and awal-awal dah kemas beg dah. Lagi satu, kalau balik kampung, konfirm penuh satu bonet kereta. Maklumler, adik beradik ramai, 6 orang, kereta satu aje time tu. hehe. Lagipun, time raya ni la dapat berkumpul ngan sedara-mara kat kampung. Tu yang best tu. And lagi best sebab masa tu Mak Ngah memang duduk kat kampung, so memang meriah sangat. Tapi sekarang, Mak Ngah dah pindah, so kurang meriah sgt. Tapi ape-ape pun, walaupun dah besar, feeling nak balik kampung tu tetap sama excited macam dulu. Cumanya kadang-kadang rasa tak best sebab tak dapat berkumpul sekali serentak sebab abang-abang and kakak aku dah kawin, so kene ikut turn la. Tapi x kesah, la yang penting dapat jugak beraya bersama samada cepat atau lambat. :)

6. Duit Raya.
Ok, last but not least, duit raya la yang paling ditunggu-tungg time raya kan? Bukan masa kecik-kecik jek, masa dah besar ni pun, masih berharap dapat duit raya. Well, manusia memang suka duit kan? Termasuk aku. hahaha. Kalau dulu, masa kecik-kecik, sanggup beraya dengan Shira (sepupu aku) ke kampung sebelah, semata-mata nak kutip duit raya. Buat muka tak malu jek pegiberaya  rumah orang yang tak kenal, janji dapat duit raya. hahaha. Masuk rumah orang, minum sikit, ambik kuih sebiji, terus salam and tunggu duit raya. Lawak, lawak. hahaha. Tapi dah tua-tua ni, xdek dah pegi beraya kutip duit raya. Kalo dapat duit raya pun, semua daripada family terdekat aje. Tapi sekarang ni tak best macam raya-raya dulu. Sebabnye bebudak sekarang, dah jarang sangat dah nak konvoi pegi beraya sebab diaorang lagi suka layan kartun kat rumah kan? Lagipun sekarang, kes culik banyak sangat, so bahaya nak pegi beraya tanpa mak bapak kan?

FUHHHH!
Panjang bebenor aku bercerita kan u'olls? hahaha
Ok, la. Rasanya sampai sini jek dulu kot aku bercerita.
Nantikan next entry aku : Rentetan Syawal 2013 okey? hehe.

Selamat Hari Raya Semua!

"Semua hari adalah kenangan: kemarin, hari ini, besok atau lusa. 
Maka jadikan harimu indah untuk dikenang."



I Am The Actor Of My Life! (^_^)

Saturday, August 03, 2013

#AugustWishes

Salam Ramadhan u'olls.
Ha, kurang dari seminggu lagi nak raya kan? Tentu seronok kan?
Untonglah sape yang berkesempatan untuk beraya disamping family tercinta.
Aku? Emm, raya di perantauan jek la kali ni. Ape pon tak boleh. :'(
Sedih memang sedih, tapi dalam sedih tu aku redha jek. Nak buat lagu mana kan?
Takpe, tak lama lagi jek aku akan tinggalkan Sabah ni.

Ok la, disebabkan dah 3 hari dah kita menempuh bulan August, so I come with this entry : #AugustWishes.
Kalau tengok post aku pasal #JulyWishes (KLIK SINI) sebelum ni, korang akan tengok betapa aku rasa sayang nak tinggalkan bumi di bawah bayu ni sebab banyak tempat tak pi lagi. Tapi, semakin masa berjalan, semakin berubah harapan aku tu and aku rasa aku patut kuburkan jek harapan tu.  *harapan terkubur layu. kehkehkeh.

So, on this August, I come with this wishes :


Yup!
Memang aku harap sangat masa berjalan pantas.
Bila tengok kengkawan lain dah angkut beg balik kampung, post pasal rumah la, makan itu ini la kat pesbuk, tweet pasal pegi sana-sini dengan family, perasaan aku berkobar-kobar nak balik. Tak sanggup dah nak duduk jauh dengan family. huhu.
As u all know, aku sekarang kan tengah praktikal kat MKN and tinggal dua minggu lagi tempoh praktikal aku. Memang rasa sayang nak tinggalkan MKN dengan staf-stafnya yang baik hati, peramah, kelakar semuanya tapi perasaan nak balik tu melebihi segala-galanya. Kalo dulu, awal-awal praktikal, memang ada niat nak sambung pratikal kat sini untuk dapatkan lebih pengalaman + nak berjalan, tapi disebabkan atas faktor tertentu (kos dan sebagainya) + rasa nak balik rumah cepat, so aku cancel jelah hasrat aku tu. hehuhehu.
And, Insyaallah, hujung Ogos ni aku akan balik ke pangkuan keluarga.
Ok la, that's all for now. ADIOS.

Oh time! Please run faster darling! :)



I Am The Actor Of My Life! (^_^)

Saturday, July 13, 2013

Ramadhan.

Salam Ramadhan semua!
Alhamdulillah, dah 4 hari dah kite umat Islam berpuasa kan?
Semoga kita semua diberi kesempatan untuk menyambut Ramadhan sehingga ke akhirnya.*26 hari lagi. INSYAALLAH. :)

Hmm, Ramadhan kali ni agak menguji sikit.
Sebabnya, kali ni aku ber-Ramadhan kat Kota Kinabalu. 
Jauh daripada keluarga. Hanya kawan menjadi teman setia. 
Hari pertama Ramadhan, berbuka juadah tomyam + telur dada dengan kengkawan.
Kalau kat rumah, mak mesti sediakan masakan special macam Nasi ayam ke, Nasi tomato ke. Tapi kali ni, tak dapat rasa semua tu. Emm, takpelah! pengorbanan semua ni kan? So aku kene kuat!

Ramadhan ke-4 ni bertambah menguji apabila tiga kawan aku, Haje, Kiah, Shaz dah balik kampung masing-masing, tinggalkan aku berdua jek dengan Fatin. Sedih taktau nak habaq! Lebih kurang 3 minggu kami tinggal satu rumah, bergelak ketawa, riuh-rendah, tapi bila bangun pagi ni, tengok diaorang dah takdek, aku betul-betul rasa kehilangan. Sedih aku bertambah bila tengok gambar yang Haje edit. Aku terharu sangat and terus air mata aku mengalir laju! Tu belum tengok video-video daripada Kiah lagi, mesti akan bertambah sedih. So, buat masa skang ni, better aku takyah tengok video tu lagi. Nak cool down dulu.
YA ALLAH, SAYUNYE HATI NI...!!!!!
Anyway, I miss you all Amigos (Haje and Kiah)!

Ramadhan ke-4 ni bertambah sayu bila pagi tadi aku dapat tau Bapak angkat aku dari Bongawan pergi menghadap Ilahi. Innalillahi Wainnailaihi Rojiun. Sedihnya hati bila ingat yang lepas ni aku tak dapat lagi jumpa Bapak. Lepas ni, tak dapat lagi dengar Bapak bercerita atau bagi nasihat, tak dapat lagi dengar Bapak menyanyi. Kalau pegi Bongawan lepas ni, mesti sunyi sebab Bapak dah takdek.
YA ALLAH, SAYUNYE HATI NI...!!!!!
Semoga Bapak ditempatkan dikalangan orang beriman. Al-fatihah untuk Bapak. :'(


HATI SAYU DITINGGAL PERGI. :'(



I Am The Actor Of My Life! (^_^)

Tuesday, June 11, 2013

#JuneWishes + Untuk 3 Hari

He He Hello Guys!
Disebabkan kesibukan memuncak-muncak, so aku jarang dah sangat-sangat update belog. But still, belog ni kekal putih bersih, tak berhabuk ok. hoho.
And disebabkan punyer lama aku tak update belog, so aku akan update double story in one entry. Kira macam bonus la. hikhikhik.
Hmmm!
Alooooohai, punyer la busy dengan Exam ( "busy" SANGAT), sampai tak sempat nak update pasal #JuneWishes. hoho. Tapi still tak terlambat kan nak update? Selagi tak masuk Julai tu, selagi tula boleh ye dak? hoho. So, ape #JuneWishes aku ek?

Ha! Ni diaaaaaa.....


Yup! Ni lah #JuneWishes aku.
Memandangkan aku skang berada di penghujung-penghujung zaman belajar, so aku ade sikit nervous.
Dalam hati sibuk dok pikir : "Lulus ke Exam kali ni? Boleh konvo ke tahun ni?" hoho.
Bukan ape, takut jugak la kot kecundang di penghujung jalan.
Waaaa, taknak! Nak konvo, nak konvo, nak konvo. *ok, stop pikir bukan-bukan.
So, I hope All is Well.
Exam will be ok. Internship at SUHAKAM will be ok.
INSHAALLAH.

Ok, jom gerak ke next entry pulak! Tajuk entry kedua ni Untuk 3 Hari.
Ha, ingat Afdlin Shauki jek yang boleh buat cerita tajuk Untuk 3 Hari ? Aku pon boleh tau. Kelas kan aku? haha.
Sebenarnya aku nak update entry ni lama dah, cumanya takdek kesempatan.
Entri Untuk 3 Hari ni sebenarnya aku nak cerita pasal pengalaman aku kat Sabah ni yang bagi aku sangat best. Another fond memories that will be added in my life diary! :)

So, let's start with Hari Pertama (1 Jun 2013).
Hari Pertama, Aku, Huda and Zeera bertolak ke Lok Nunuk (perkampungan nelayan di Tuaran) sebab esoknya nak attend wedding abang angkat Huda. Aku memang super duper excited tak ingat sebab first time nak pegi kampung yang agak pedalaman kat Sabah ni ha. Emm, memang jauh kedalam, dari KK ke Tuaran jek pun dah sejam lebih + 40 minit masuk kampung tu dari jalan besar. *hah, kira la sendiri. Seriously, memang letih drive + takut sebab hujan lebat tak nampak jalan. Tapi bila dah sampai kampung tu, lega tak terkata. Alhamdulillah, hilang segala penat. Sampai-sampai jek kat kampung tu, rehat-rehat sekejap, terus pergi rumah kenduri, tolong apa-apa yang patut. Kami tolong kupas bawang jek. Itu jek yang mampu. Nak tolong masak, silap-silap ada yang keracunan makanan esok. haha. Lepas kupas bawang, tuan rumah jamu makan and hidangan special die ketam. Tapi, aku kurang excited la tengok ketam sebab aku tak gemar ke ketam langsung! Selesai makan, bermulalah sesi karaoke anjuran tuan rumah. Tengok orang-orang kampung menyanyi memang syiokkk sangat. Yang jadi tak syiokkk bila kami yang digelar "orang jauh" dipaksa menyanyi. Waaaaaa, taknak! Kalau dalam Kbox, takpe jugak, takdek orang dengar. Ni satu kampung kot nak dengar. Ade jugak muncul guruh kilat dilangit kang. Tapi disebabkan dipanggil berkali-kali, so terpaksa lah kami menyanyi jugak. Aduyai, malunya taktau nak habaq bila tengah menyanyi, semua orang kampung pandang-pandang. Siap lah makcik-makcik kat depan tu buat muka "boleh jadi menantu aku ke tak ni? ". Maluuuu. Tapi, gasak lah. Bukan nak jumpa lagi lepas ni. haha. Lepas menyanyi, kami layan tengok orang kampung menari pulak. Macam-macam tarian Sabah yang diaorang menari. Cute sangat. Mujur kami tak dipaksa menari malam tu, kalau tak, konfirm tutup muka ngan tudung periuk lepas tu. kikiki.

Ok, sambung dengan Hari Kedua (2 Jun 2013) pulak.
Hari Kedua, kami bangun awal untuk tolong apa yang patut kat kenduri tu. kami tolong masukkan kuih-kuih dalam bekas and hidang lauk kat meja buffet. So, lepas dah buat kerja, kami makan. And sekali lagi, ketam menjadi hidangan utama. Punyer la Huda ngan Zeera hentam ketam tu, tapi aku, makan kaki ketam jek. Just nak rasa jek, but still, aku tak tergoda pun dengan rasa ketam tu sebab akulah manusia yang tidak gemarkan ketam. hoho. Agak-agak puas duduk kat rumah kenduri tu, dalam pukul 1, kami pun mintak diri nak balik KK. Taknak balik lewat sangat sebab takut hujan, nanti tak nampak jalan. Tapi, kami tak terus balik KK, tapi singgah Kota Belud dulu memandangkan jarak Kampung Lok Nunuk dengan Kota Belud dekat aje. Lagipun, aku saja nak melawat kota Belud tu memandangkan aku tak pernah sampai sana. So, bila dah ada peluang, apa lagi tunggu kan? Lepas pusing-pusing Kota Belud sekejap, kami pun bertolak balik ke KK. tapi sebelum balik KK, kami singgah dulu Tuaran dengan Tamparuli (tengok jambatan gantung Tamoaruli dengan pergi Sungai Kiulu). Eh, banyak pulak persinggahannya kan? Biasalah, dah namanya pun jenjalan, mestilah merayap ke semua tempat kan? kehkehkeh. Habis meronda, kami balik KK. Tapi, rondaan kami tak berhenti kat situ jek sebab last minute kami buat cadangan nak pergi ke Bongawan melawat Mak Bapak angkat aku. Rindu pulak rasa hati ni. So, malam tu kami bertolak ke Bongawan dan Alhamdulillah, sampai jugak kami kat rumah Mama and Bapak and hajat aku dulu nak bawak Huda bermalam kat sana tercapai!

Ok,nak citer pasal Hari Ketiga (3 Jun 2013) pulak.
Hari Ketiga pulak, kami bangun pagi-pagi sebab nak cari air terjun kat Bongawan tu. *maklumlar, kami ni gilakan air terjun. hoho. Tanya Mama, Bapak and Kak Yan, semua taktau mana ada air terjun. Last-last tanya Ika tanya lokasi air terjun tu sebab dia pernah pergi. Nama air terjun tu Sirung Sumandak, katanya, air terjun ni 7 tingkat tapi kami hanya mampu mandi kat tingkat bawah jek, tak sampai atas pun. hoho. Dah puas mandi, kami pun bersiap nak balik KK. tapi tanpa dirancang, kami singgah Kimanis (bersebelahan Bongawan) kejap untuk melawat Mak angkat Zeera pulak. Bagi chance la kat Zeera pulak lepaskan rindu kat Mak angkat dia memandangkan aku ngan Huda dah lepaskan rindu ngan Mak Bapak angkat masing-masing. hehe. Lepas singgah rumah Mak angkat Zeera, mak dia ajak kami makan kat Papar pulak, Alhamdulillah, murah rezki kami. Makan Free sepanjang 3 hari. kikiki. :) Lepas makan, terus balik KK and singgah Zoo Lok Kawi sekejap sebab alang-alang dah lalu. Hehe. Lepas tangkap-tangkap gambar, terus bergerak balik UMS. Sampai UMS< terus minyak kereta habis (disebabkan meter minyak rosak) tanpa sedar. Mujur ade Shadrach yang baik hati tolong belikan minyak. Thanx Rach. :) Balik hostel, semua tido gara-gara kepenatan yang amat sangat. Ape-ape pun, perjalanan kami Untuk 3 hari ni memang sangat best and takkan dilupakan sampai bila-bila. :)

Meh tengok gambar!
Eksyen jek, tapi tak makan pun. haha.
Hantu ketam. kikiki.
Dengan Refkha, kawan Refkha and Izzati.
KAMI. :) 
Cantik kan kampung ni?
Air Terjun Suring Sumandak. :)
 p/s : lupa nak snap pic setiap papan tanda tempat kami pergi. hoho.


Fuhhhh, punya panjang entri kali ni kan? Hahaha.
Anyway, enjoy reading ok! ADIOS :)



I Am The Actor Of My Life! (^_^)

Wednesday, May 01, 2013

#MayWishes!

He He Hello Guys!
Berminggu dah tak hupdate belog!
But still, blog aku putih bersih tak bersawang..haha 
Emm, lama tak hupdate sebab aku menghidapi satu penyakit kronik yang tak dapat diubati oleh mana-mana hospital iaitu penyakit M.A.L.A.S..
Jangankan nak update blog, assignment pun ke laut dah..
Wei, parah wei kalo ade penyakit gini..#ApePonTakBoleh..hohoho..

Memandangkan sekarang aku ade kat airport, takdek buat ape, so aku nak hupdate ler blog aku sikit..
Tapi sebelum tu nak bagitau yang aku akan balik Ipoh kejap lagi!
YES! YES! YES!
I'm Coming Home, I'm Coming Home, Tell Mak Abah, I'm coming Home..
Uiiii naaa, aku teruja, teruja, teruja! Ngeeee.. :)

Ok la! Let's start..
Biasanya, tiap awal bulan jek, mesti nak aku nak update pasal bulan-bulan punyer..
Tiap-tiap tahun cenggitu..OVER kan!? haha..
Emm, entry kali ni tajuknye #MayWishes!
Ha, celik pejam, celik pejam dah sampai bulan May dah kan?
InsyaAllah, tinggal sebulan lebih lagi sebelum abis belajar..Tak Sabar! hoho..
So, what's your #MayWishes? And what's mine?

Ha, disebabkan aku kebelakangan ni diserang penyakit M.A.L.A.S, so aku decide untuk takdek apa-apa wish la bulan ni!
Tu diaaa..Boleh nampak tak tahap KEMALASAN aku? Sampai nak ada wish pun M.A.L.A.S..hoho..
Patutnya nak buat wish untuk jadi semakin rajin bulan ni, tapi M.A.L.A.S lah!
Takut tak tertunai-tunai pulok! So, let it go with the flow jek la..hohoho..

Ok la, memandangkan takdek #MayWishes, so takyah la aku celoteh panjang-panjang..
That's all for now ye guys..
See you in the next entry! ADIOS.. :)




I Am The Actor Of My Life! (^_^)

Tuesday, April 02, 2013

#AprilWishes!

He He Hello Guys!
Tup tap tup tap, dah dua hari dah kita hidup dalam April ni ha!
And I will keep saying this "how time flies so fast"..

So,macam biasa, disebabkan #MonthWishes dah jadi trending kat Twitter, aku ni, salah seorang pengguna Twitter pun dah terikut-terikut dah..Setiap bulan konfirm nak buat wishes punyer! *gedik ke? Tapi, aku nak ade wishes jek tau, bukan azam..kan entry sebelum ni, aku cakap taknak ade azam untuk tahun 2013 kan? hohoho..

Tapi sebelum nak bagitau ape #AprilWishes aku, aku nak review balik #MarchWishes aku..
Aritu masa bulan March, aku wish nak be matured and be blessed kan?
Alhamdulillah, aku masih berada di landasan matang..*tak homesick,chewah!
And, aku still mengharap hidup aku direstui hari-hari..Amin.. :)

So, So, So!
What's my #AprilWishes ek? Jeng Jeng Jeng..
|
|
|
|
|
\/
Here!

Yes! This is my #AprilWishes..
T.R.A.V.E.L.L.I.N.G - A - L.O.T..

Yes, sebabkan aku suke + kuat jenjalan, jadi itu lah wishes aku!

Bukan niat nak ngabiskan duit PTPTN ye! Bukan, bukan dan bukan hokey! 
Kalo nak cakap pasal habiskan duit, duit tu memang akan habis otomatik pun kan? Kalau tak habis ke jenjalan, konfirm habis ke lain kan? kikikiki..
Aku bukannye ape, memandangkan aku dah last sem kat KK ni, so aku decide nak Travelling A Lot la..Kalo boleh, nak explore satu Sabah ni..*bajet jutawan! hoho..
So far,tak berapa nak banyak sangat tempat yang aku dah terjah kat Sabah ni..
Plus, kalo Travelling A Lot ni, banyak memori yang boleh dikumpul sebelum aku meninggalkan negeri dibawah bayu ni ha! Selain banyak memori, gambar pun boleh dikumpul dengan banyaknye! haha! *bajet model..
Lagipun, kalo tak Travelling A Lot sekarang, bile lagi kan? Entah bile lagi la aku nak jejakkan kaki kat Sabah ni dah..lain la kalo kawin ngan orang Sabah kan? *ececeh! haha..

Ha! boleh nampak tak betapa banyak hujah aku pasal Travelling A Lot ni?
Bernas lagi meyakinkan kan? Haha!

Ok la, that's all for now!
Hopefully my wish (Travelling A Lot) come true!
-ADIOS-


p/s : Terkena April Fool semalam..Am I a fool? hohoho..




I Am The Actor Of My Life! (^_^)

Saturday, March 02, 2013

#MarchWishes!

He He Hello Guys!
We're in March now meaning that, it's been a week I'm ni KK..
Ohhh, how time flies so fast!

So, Welcome March!
I have waiting for you every year, dear March..
For me, March are such a meaningful month to me because in this month (22 years ago), Mak has fought with her life to give birth to me..
So, thank you Mak! Who am I without you, kan? Hehe..

So, what's my #MarchWishes ha?

THIS IS IT!



Yes, I hope that I'm blessed, not only in March, but till the end of my life..
As Muslims, the blessings of Allah S.W.T is important and as a child, the blessing of Mak Abah are important for harmoniuos + enjoyable = perfect life..
Kan kawan-kawan kan? hohoho..

AND

I hope that I'll be more mature when i turn 23 in this 22nd of March..
Oooo mak aiii, dah tua dah titew..hohoho..
*No more cengeng-cengeng..
*Not act recklessly..
*Always think rationally..

-INSYAALLAH-


*Hmm, one of my fren said "in your birthday, not you who should be celebrated but your mother"..
Ha, betul jugak kan? So, I think, I should celebrate Mak in my birthday and should celebrate tok (my opah) in my mother's birthday..hahahaha..



I Am The Actor Of My Life! (^_^)

Friday, February 01, 2013

#February Wishes!

He He Hello Guys!
Ha, jumpe lagi kite malam ni ye?
Semalam aku post, arini aku pun aku post..Boleh nampak tak betapa rajinnye aku nak berceghiter! hahaha..#IniSemuaPoyo..

Well Well Well..
Pejam celik pejam celik, siang berganti malam, malam berganti siang, dah sebulan dah kite melayari hidup dalam tahun 2013 ni kan? Cepat kan masa berlalu? hohoho..

So, people! 
Let say Hello, Hola, Hye or whatsoever to February,
AND
Let say Goodbye, Adios or whatsoever to January that has left us just now..

Ok, disebabkan kat Twitter tadi ada hashtag (#) pasal #FebruaryWishes, so aku pun gedik-gedik lah nak buat wish jugekkk dalam bulan February yang baru menjenguk kite ni ha..

Memandang February ni terkenal ngan Hari Cinta, selalu orang mesti wish :
*nak sambut Valentine's ngan Boypreng la..
*nak hadiah grand-grand la time Valentine's..
Hey, haram tau untuk orang muslim sambut Valentine's Day..
Maaflah, Kak CT bukan nak menyibuk, tapi Kak CT tak suka la tengok adik-adik buat macam tu..
*ha! Dah tiru gaya CT dalam iklan Radio Era ler pulok! haha

Tapi aku, ape #FebruaryWishes aku ek?
Hmm, tak banyak..satu jek yang aku wish iaitu : 

" Kualiti Masa Bersama Family and Kawan Tercinta! "

Memandangkan tinggal lagi 23 hari jek sebelum aku fly to KK, so, aku memang harap sangat-sangat dapat spending lebih banyak masa dengan family and kengkawan..Doing alot of activities together..Hangout, shopping, holiday, breakfast lunch and dinner together and many more..So far, banyak dah aktiviti aku jalankan ngan family and kengkawan aku January aritu..
Cumanya, I want more, more and more time with them, my family and friends! 
Tamak kan aku? hahaha..Tapi, biasalah..Manusia memang selalu bersifat tamak kan? Tapi tamak bab ni, xpe kan, kan, kan?
Plus, I'm a Loving Person..So, I like to being surrounded with people that I love!
*hah kau! Keluaq ayat omputeh! hohoho..


So, Peeps! That's all for now..

Caw Cin Cau.. :)





I Am The Actor Of My Life! (^_^)

Saturday, December 01, 2012

He He Hello December! :)


He He Hello December! Heheheeee..
Datang jugok awak ye..
Semakin cepat awok datang, semakin dekat la mase saye nak balik Ipoh..
Yayyyyy me! Heeheheeee..

Hmmmm..
Nothing much that i want in this December..
I just want Healthiness, Happiness and Greatness! *Nah! Ness Ness Ness gitu! heheeee..
I'll pray for this not only for myself, but for my family n frenz too..:) 

So, what's up with November???
Hmm, alot of things happen actually..
HAPPY things, SAD things happened..
Hmm,that's what we called the UNIQUE OF LIFE..Right Bebeh?? hohoho..

So, let's 'RECALL' back what are the happy and sad things..

Happy Things:
Going to Tawau..:)
Yes! After 2 and a half years in Sabah, I manage to went to Tawau..Tawau is one of my "need-to-go place" in my list.. What an enjoyable experiences I've get..Being in bus for 13hours, just imagine what happen with your pinggang and your kaki?? Not only that, we also has been giving a chance to get into the maritime ship..*hey,u know what?.the "maritimians" are handsome ok! ? boleh jadi calon suami..hahahaa..But,the happiest things to remember is when you're staying in one room with your close friend, laugh-ing like crazy, gossip-ing until midnight, photography-ing every time..that's what we call friensdship rite??All the things that you rarely do with your friends makes you feel like you want to stop the time..
  I hope all of us will be frenz till Jannah! Amin.. :)

Sad Things:
Laptop rosak..:(
Ha! Cakap melayu ler pulok! Terseliuh dah jari ambo ni menaip..hehehe..
Ni memang serius sedih..laptop yang dah hampir lima tahun berkhidmat utk tuan die yang baik ni ha, akhirnya dah pergi utk selama-lamanya..wa manyak sedih ooo..memang rase lost giler la bile benda yang kite sayang buat hal..kalau setakat rosak sikit-sikit takpe..ni tak mau hidup langsung! haisyyhh! kerja pun semua terbantut..nak repair, kedai tu mintak 5ratus kottt..nah! hambik hang! mahal nak mampus sampai rasa nak gigit jek jari kaki ni! huhuhuhu..
paling sedih,bile ingat pengorbanan Mak Abah yang sanggup bagi duit utk beli laptop baru..hai..betapa aku menyusahkan diaorang..Itu la namanye Mak Abah..mane nak tengok anak-anak dia susah kan..Insyaallah,satu hari nanti aku akan balas jasa diaorang..Ana sayang Mak Abah sangat-sangat..
 (*air mata mengalir dah ni).. :(


Ok la..that's all for tonight..chow chin chow..



I Am The Actor Of My Life! (^_^)

Thursday, November 01, 2012

Eh! Dah November???

Eh? Eh? Eh?
Dah November rupenyer..
Ate cepat bebenor ye mase skang ni ye??

November oh November..
Bulan kedua terakhir sebelum 2013..
Cepatnye masa berlalu..
Semakin masa berlalu,semakin tua lah aku! CHEWAH!
hahahaha..

So, Farhana! 

You have to be matured ok!

Dont play play ok!

Stay focus in life ok!

Stay being a good girl ok!

Dont naughty naughty ok!


*what else ha?? erkkk! - think later la..hehehehe..

- ADIOS -



I Am The Actor Of My Life! (^_^)

Wednesday, October 03, 2012

Bonjour October.. :)

Bonjour Octobre..
Hah! ni jela Bahasa Peghancis yang aku pandai pun..
Yang lain tak sempat belajaq lagi..
Alhamdulillah, aku masih diberi peluang untuk bernafas di bumi Allah ni.. :)

Well well well..
Aku dah lame sebenarnya tunggu bulan October ni datang..
Yehuuuu, pejam celik pejam celik, akhirnya,datang jugak dia ye..Saya sukaaa..Saya sukaa..
*Dia datang, jeng jeng jeng, dengan  lenggang-lenggoknya..
Tuuu diaaa..mula la nak keluaq lagu M.Daud Kilau dah..hohohoho..

Yes! The main reason why i wait for this October is because I'll going back to Ipoh in 22 days time from now! 
Hoyeahhhh..dapat sambut Aidiladha kat Ipoh dengan family..Hep Hep Hepppiiii..
Mak, ana nak lemang ngan rendang tau! (*macam mak baca blog aku ni..) :P
Hoh! I can't really wait for that time to come..
Oh October, please walk faster ok..Run if can! hahahaha..

Hmm, tapi ape-ape pun, hopefully apa yang berlaku dalam October ni baik-baik belaka and harap dijauhkan benda yang tak baik..AMIN.. :)

Ok la..itu jela untuk kali ni..bubbyeeee..heheeee..



I Am The Actor Of My Life! (^_^)

Tuesday, September 04, 2012

Precious September!

Hi September!
We meet again in 2012 ha..
phewittt!!!

Alhamdulillah..
I've been giving the chance to meet u again, my Precious September.. :)

Time is precious..As well as September..
I just have less than 2 weeks to be in Ipoh before i fly to KK (not Kuala Kangsar for sure..hohoho)..Why so soon???
Arghhhh!! wa banyak sedih ooo kakak,abang,adik..Its been 84 days i was in Ipoh but i feel like I just be in Ipoh for 8 days n 4 hours..melampau pulak kan?? But trust me, that's how i feel..
Times "run" so fast without i realize..
yela..salah satu tanda dunia nak kiamat kan? 
Times become short n short..
One year just like one month n one month just like one week..
wallahualam..

Hmm, nak tak nak,i know i still have, have n have to move in tandem with time..
.We can't neither stop the time nor to change the destiny kan..? 
Walaweiii..berfalsafah ler pulok awok ni..jangan tiru,jangan tiru (muka begayak)!!
kikikiki.. :p

So..
To do list in this Precious September..
* Eat all the feverets food  * Go shopping  *watching TV (sampai pagi buta)
* Travelling (dekat-dekat jek la) * Woke up late
hehehehehehe.. :)


* Salute to my younger sister for not crying like me before when she enter the uni life!
I Miss U Ninah! :)


I Am The Actor Of My Life! (^_^)

Tuesday, August 28, 2012

Rentetan Syawal #2

Rasanya belum terlambat lagi utk aku ucapkan
"Selamat Hari Raya"
Maaf Zahir dan Batin..
Heheheeee..

Sedar tak sedar, dah lebih seminggu kita menempuhi bulan Syawal kan? Haii, cepatnya masa berlalu kan? Tapi, walaupun dah lebih seminggu, kemeriahan Syawal tu tetap terasa sebab banyak jemputan ke open house sekarang ni..makan pree,sape taknak..kikikiki..Cek Suka! Cek Suka! hehehehe..lagipun radio-radio pun tak habis2 lagi dok putaq lagu-lagu raya..Emm,tahun ni seperti tahun-tahun kebiasaannya, aku akan balik Gerik, kampung halaman mak..yela,nak balik kampung abah,nun kat sabah tu..jauh kot..lagipun atuk n nenek belah sana dah tak ade lagi..huhuhu..

Raya Pertama, aktiviti dipagi raya sama jugak mcm tiap2 tahun..pagi2 dah bangun utk sarapan..eh! menyiapkan hidangan ler,bukan sarapan..hehehehehe..letak kuih dalam balang,potong lemak,cedok rendang n macam2 lagi la..busy bebenor ler..al-maklum ler,raya kan setahun sekali..lepas jek kaum2 adam dalam family aku balik sembahyang raya,kami pun mula la bermaaf-maafan..tak lupa jugak aktiviti beri n terima duit raya..itu penting ye dalam bulan Syawal ni..heheeee..aku yg muda ni,berperanan sebagai penerima Duit Raya jela..Cek Suka! Cek Suka! hehehehe..maklumler,student mane ade duit nak bagi kat org..huhuhu..lepas tu,kami pun berkunjung ke rumah saudara-mara terdekat..hampir 7 buah rumah jugak la yg kami pegi..macam nk pecah perut aku ni ha makan macam2..huhuhu..sabor jela..sape suruh makan banyak kan?? Rasakan..haha!

Raya Kedua, ingatkan nak ziarah saudara-mara kat Baling,Kedah..tapi niat tu tak kesampaian sebab pagi subuh, aku dapat panggilan bagitau yg Cik Napi,jiran lama kami kat Berek Polis Kg. Rapat dulu dah pulang ke rahmatullah n terpaksa pulang ke Ipoh..Al-fatihah untuk Arwah Cik Napi.. :(


Raya ketiga, disebabkan penat baru balik dari kampung,kami stay kat rumah aje n tunggu org datang beraya ke rumah..start Raya keempat, baru kami pergi beraya ke rumah-rumah jiran dekat rumah..pastu aku beraya kerumah keluarga angkat aku iaitu ke rumah along n cik dah..Raya kelima,open house kat umah aku tanpa dirancang sebab dari pagi sampai malam tak putus2 orang datang kerumah..kawan2 pun aku x sempat jemput sebab x expect pun nk buat open house..emm,maybe next time..heheee..Raya keenam, stop beraya n rehat2 kat rumah jek sebab Raya ketujuh tu,kami pergi beraya ke Kedah,kerumah bakal kakak ipar n balik dari Kedah,kami singgah kerumah mak ngah kat Kuala Kangsar..penat memang penat tapi seronok sebab dapat jumpa dengan family..Cek Suka! Cek Suka! hehehehe.. :)

Ok la..sampai sini jela entri Rentetan Syawal aku..kalau nak cerita semua,memang takkan habis..heheee..anyway, Syawal kali ni mendatangkan kenangan manis untuk aku n aku harap dapat berjumpa dengan Syawal lagi.. :)





I Am The Actor Of My Life! (^_^)

Thursday, August 02, 2012

Ramadhan #2

Best in Ramadhan!
Wajib ada hari-hari ooo...





I Am The Actor Of My Life! (^_^)

Friday, July 20, 2012

Ramadhan..

Marhaban Ya Ramadhan..


Sabda Rasulullah S.A.W,
"Apabila datangnya Ramadhan nescaya dibuka pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka dan diikat syaitan-syaitan”.

Alhamdulillah..

Aku masih diberi peluang untuk mengecapi Ramadhan..
Semoga Ramadhan kali ini aku jalani dengan penuh keimanan dan ketaqwaan dari awal hingga ke-akhirnya..


INSYAALLAH..



Ku mengharapkan Ramadhan 
Kali ini penuh makna 
Agar dapat kulalui 
Dengan sempurna.. 

Selangkah demi selangkah 
Setahun sudah pun berlalu 
Masa yang pantas berlalu 
Hingga tak terasa ku berada 
Di bulan Ramadhan semula.. 

Puasa satu amalan 
Sebagaimana yang diperintahNya 
Moga dapat ku lenturkan 
Nafsu yang selalu membelenggu diri 
Tiada henti-henti.. 

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja 
Tuhan pimpinlah daku yang lemah 
Mengharungi segalanya dengan sabar 
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan 
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan.. 

Selangkah demi selangkah 
Dengan rahmatMu oh Tuhanku
Ku tempuh jua.. 

I Am The Actor Of My Life! (^_^)

Wednesday, July 04, 2012

Hola July!



Hola July!
It's been 4 days since you're coming!

All the 4 days are amazing!
All the 4 days are fascinating!
All the 4 days are wonderful!

I'm sure all the upcoming days in you July,
will be always amazing, fascinating and wonderful..


* By the way, Adios June! :)

I Am The Actor Of My Life! (^_^)

Friday, June 01, 2012

LIFE in May and June..

Times Come and Go...

That is the reality of LIFE...
No one can deny...

Hey!
May has gone!
AND
June has come!

LIFE in May was sweet...
I hope it will remain sweet in June...

LIFE in May was awesome...
I hope it will remain awesome in June...

LIFE in May was wonderful...
I hope it will remain wonderful in June...

As usual...
Everyone expects a good side of LIFE!
No one wants the bad side of LIFE!

Hmm...That is what we called LIFE! :)




* Will spending a lot of time with family in two weeks time! :)


I Am The Actor Of My Life! (^_^)

Saturday, May 05, 2012

Goodbye April,Welcome May!

5 days has passed..

April has gone..
The sweetness in April still can be felt..
No bitter experience in it!

Every hour was a happy hour in YOU!

Goodbye April!

---------------------------------------------------------------------

May has come..
5 days in May was sweet..
I hope there'll be more sweet experience in YOU!

Welcome May!

---------------------------------------------------------------------

* TIME IS PRECIOUS.!
FACE IT WITH EXCITEMENT EVEN IT IS DIFFICULT.! :)




I Am The Actor Of My Life! (^_^)

Sunday, April 01, 2012

Datangnya April..

1 April 2011 2012..
April datang lagi..

Datangnya April..

Adakah akan membawa kegembiraan???
Adakah membawa kebahagiaan???
Mungkinkah akan membawa kedukaan???
Mungkinkah akan membawa kesayuan???

Datangnya April..

Apa pun yang datang,,,
Aku redha..
Aku pasrah..
Aku akan hadapi dengan cekal dan tabah..
Insyaallah..

Datangnya April..

Tidak mungkin melupakan aku pada Mac..
Mac yang penuh kenangan..
Mac yang penuh kebahagiaan..
Mac yang juga penuh rintangan..
Mac yang juga penuh tangisan..

Aku sayang MAC dan APRIL..
Kerana masa itu Emas!
Yang tak mungkin dapat berpatah balik!





I Am The Actor Of My Life! (^_^)