Tuesday, August 13, 2013

Nostalgia Raya.

Salam Adidilfitri u'olls.
Seronok tak raya? Harusslah seronok + meriah vom vom kevavom kan? hoho.
So, sempena mood raya tengah ada ni, aku nak update pasal Nostalgia Raya.
Bukan ape, tadi dok dengar ceramah Ustaz Kazim, die dok bercerita pasal kenangan raya masa zaman kecik-kecik. So, terus timbul idea aku nak update pasal Nostalgia Raya ni.
Emm, sebenarnya aku nak update jugak pasal Rentetan Aidilfitri 2013, tapi aku hold on dulu la entri tu. TUNGGUUUUUUUU. hehehe.
Ha, panjang bebenor celoteh aku kan? kikikiki.
So, korang! Ape Nostalgia Raya yang korang ade?
Ha, meh baca Nostalgia Raya aku masak aku bebudak dulu. :)

1. Bunga Api.
Ha, kalau dulu, kalau dah nak dekat-dekat raya, konfirm dalam kepala otak asyik ingat nak main mercun and bunga api jek kan? Ha, kalau bab bunga api, aku selalu main bunga api yang biasa ajela. Ala, yang bunga api halus belang2 merah/biru tu. Sape yang suka main bunga api, konfirm tau punye la! Kalau bunga api yang kucing, yang besi tu aku tak berapa gemar sangat. Kalau dulu, Opi (abang no 2 aku) la taiko yang tukang belikan bunga api untuk aku, Ela and Ninah (kakak n adik aku). Kadang tu, die belikan seratus batang bunga api, lepas tu, kitaorang akan bahagi 3. Dapat ler sorang 33 batang sorang. 33x3=99 batang. So, yang lebih satu tu, kami akan bakar sama2. Boleh bayangkan tak bunga api yang kecik halus tu dipegang oleh 3 orang? Punyer la nak tanam sifat keadilan dalam diri, sampai sebatang bunga api di-share 3 org. hahaha. Yang lagi best, jimat-jimat time nak main bunga api tu. Sayang bebenor ke bunga api tu kau! Satu hari main 2,3 batang jek. Takut habis awal konon. Pastu, sanggup sorok bunga api tu kat tempat rahsia takut Ela atau Ninah curi and bila malam lepas berbuka, laju-laju cari lilin and bakar bunga api. Yeayyy! Rasa teruja betul tengok bunga api memancar-mancar masa tu. Tapi, itu semua citer dulu. Last aku main bunga api darjah 6 kot x silap. Dah tua-tua bangka ni, malu pulak rasa nak main bunga api. kikikiki. :P

2. Mercun.
 Selain bunga api, mercun la antara kegilaan bebudak time raya. Tapi aku tak main ler mercun bola ke, mancis ke, mercun papan ke ape ke. Well, aku kan perempuan, so kureng berani sikit la nak main mercun-mercun yang "advance" cenggitu. Satu-satunye mercun yang aku main, mercun bawang/pop-pop. Ha? korang tau tak mercun bawang/pop-pop tu ape? Kalau taktau, p search kat google, konfirm bersepah keluar. Seringgit jek sekotak. Lepas tu, suka sangat baling mercun tu kat kaki orang ke, kat kucing ke, bagi depa terkejut. hahaha. Tapi, yang seronoknya dulu, kurang ade kes orang cedera terkena mercun macam skang ni. Mungkin bebudak skang ni melampau-lampau kreatifnya. So, pengajarannya disini, tak salah nak main mercun/bunga api tapi main jek apa yang dibeli kat kedai, and tak perlu nak diubahsuai benda yang dah sedia elok tu. Okey?

3. Baju + Kasut Raya.
Ok, satu lagi benda yang penting time-time hari raya, konfirm baju + kasut raya kan? Well, biasa lah! Semua orang nak nampak cantik kan time raya. Kalau dulu masa kecik-kecik, konfirm mak limitkan berapa pasang baju raya untuk kitaorang. Maklumla, adik beradik ramai and kecik-kecik time tu, so, kene la bajet. Kalau untuk Opi ngan Apul, mak selalu belikan baju melayu sepasang, jeans sepasang and t-shirt dua,tiga helai and kasut sepasang sorang. Kalau untuk aku, Ela and Ninah pulak, dua pasang baju kurung, satu seluar and dua, tiga t-shirt and kasut sorang sepasang.*Masa ni Wan kecik lagi*. Fuh, kalo time nak shopping raya, punyer la seronok tak ingat habaq hang. Terkinja-kinja seronok nak p supermarket. Kalau baju kurung aku, Ela n Ninah, selalunye, corak mesti sama tapi kaler jek lain-lain. Tapi, sejak 3,4 tahun lepas, kami suka beli baju raya sedondon, ikut tema warna baju melayu Abah. Kalau bab kasut raya pulak, time kecik dulu, sokmo nak yang bertumit bertali-tali. Hahaha. Rasa lawak pulak kalo dikenang keterujaan shopping raya time kecik-kecik dulu. haha. Tapi, kalau sekarang ni, dah besar-besar and Apul, Opi and Ela dah kawin, baju raya dah takdek limit dah. Abah bagi jek duit, so ikut suka nak beli ape pun. And skang ni, dah besar-besar ni, takdek la pulak teruja sangat time beli baju raya. Selalu buat muka cool-cool jek kalau time shopping raya. :P

4. Kuih Raya.
Ha, kalau bab kuih raya pun sama. Konfirm teruja nak tolong mak buat kuih raya. And kuih yang jadi all-time-favourite ialah kuih Almond London and kuih Sarang Semut. Terbaik lah dua kuih tu. Sedap sangat! Selalu, seminggu sebelum raya, mesti berkampung kat dapur, comot-comot dengan tepung buat kuih raya. Kadang-kadang tu, berkerjasama denga jiran-jiran, buat kuih sekali pastu bahagi-bahagi. Best sangat time tu. Rasa rapat jek dengan jiran-jiran. Tapi skang ni, takdek sangat dah tradisi-tradisi buat kuih raya sendiri ni and kurang dah tolong menolong antara jiran. Kuih semua main tunjuk-tunjuk jek kat kedai sampai bila ada orang tanya "buat kuih ape?". Jawabnye "kuih tunjuk aje". hahaha. Mak pun dah malas dah nak buat sebab bila anak-anak dah besar ni, sibuk, takdek masa nak tolong buat kuih and kami semua dah tak berapa gemar nak makan kuih dah. So, mak cakap, kuih tunjuk ajela yg senang. hehehe.

5. Balik Kampung.
Ha, lagi satu hal yang paling best bila tiba raya ialah balik kampung. Balik kampung time hari biasa takkan sama macam balik kampung time raya. Kalau dulu, feeling nak baling kampung time raya memang excited tak ingat and awal-awal dah kemas beg dah. Lagi satu, kalau balik kampung, konfirm penuh satu bonet kereta. Maklumler, adik beradik ramai, 6 orang, kereta satu aje time tu. hehe. Lagipun, time raya ni la dapat berkumpul ngan sedara-mara kat kampung. Tu yang best tu. And lagi best sebab masa tu Mak Ngah memang duduk kat kampung, so memang meriah sangat. Tapi sekarang, Mak Ngah dah pindah, so kurang meriah sgt. Tapi ape-ape pun, walaupun dah besar, feeling nak balik kampung tu tetap sama excited macam dulu. Cumanya kadang-kadang rasa tak best sebab tak dapat berkumpul sekali serentak sebab abang-abang and kakak aku dah kawin, so kene ikut turn la. Tapi x kesah, la yang penting dapat jugak beraya bersama samada cepat atau lambat. :)

6. Duit Raya.
Ok, last but not least, duit raya la yang paling ditunggu-tungg time raya kan? Bukan masa kecik-kecik jek, masa dah besar ni pun, masih berharap dapat duit raya. Well, manusia memang suka duit kan? Termasuk aku. hahaha. Kalau dulu, masa kecik-kecik, sanggup beraya dengan Shira (sepupu aku) ke kampung sebelah, semata-mata nak kutip duit raya. Buat muka tak malu jek pegiberaya  rumah orang yang tak kenal, janji dapat duit raya. hahaha. Masuk rumah orang, minum sikit, ambik kuih sebiji, terus salam and tunggu duit raya. Lawak, lawak. hahaha. Tapi dah tua-tua ni, xdek dah pegi beraya kutip duit raya. Kalo dapat duit raya pun, semua daripada family terdekat aje. Tapi sekarang ni tak best macam raya-raya dulu. Sebabnye bebudak sekarang, dah jarang sangat dah nak konvoi pegi beraya sebab diaorang lagi suka layan kartun kat rumah kan? Lagipun sekarang, kes culik banyak sangat, so bahaya nak pegi beraya tanpa mak bapak kan?

FUHHHH!
Panjang bebenor aku bercerita kan u'olls? hahaha
Ok, la. Rasanya sampai sini jek dulu kot aku bercerita.
Nantikan next entry aku : Rentetan Syawal 2013 okey? hehe.

Selamat Hari Raya Semua!

"Semua hari adalah kenangan: kemarin, hari ini, besok atau lusa. 
Maka jadikan harimu indah untuk dikenang."



I Am The Actor Of My Life! (^_^)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.