Friday, February 27, 2015

Berikan sedikit kebahagiaan :)

Assalamualaikum.
Wahhhh, lama sangat dah tak di-update blog ni.
Banyak topik sebenarnya dalam kepala tapi semua idea tu tak sampai ke jari nak menaip. Last-last semua idea tu bersawang dalam otak ni. hoho.

So, malam ni cadangnyer nak update entri yang ala-ala motivasi gittew.
Walaupun I bukan pakar motivasi, tapi I comel bila bagi motivasi okey? *tetibe*
So, entri kali ni tajuknya "Berikan Sedikit Kebahagiaan".
Haaaaa, tajukkk kerlasss tak? kikikiki.

Idea datangnya nak buat entri ni bila aku terjumpa seorang pekerja tol namanye Farhana (same name like i'olls tauuu, cute pun mcm I'olls jugekkk, oppps :P)
 Masa aku nak bayar tol tu, aku tengok muka die macam letih aje. Maklumla, time Chinese New Year, penat kot kereta beratur berjebar-jebar nak bayar tol. Tak ke lenguh tangan die turun naik turun naik ambik duit tol? Emmm, tiannn awakkk Farhanaaa. So, untuk chill kan die sikit, aku terus tegur die cenggini ;

"Hai, nama saya Farhana jugak"

Then, she comes up with a big smile on her face! There you go....You have no idea how happy I am when I see people smiling because of me! Tachinggggg *_*
And aku assume, senyuman die tu mungkin dapat hilangkan lenguh kat tangan die tuuuu and dapat hilangkan  rasa letih bekerja die kot. :)
Aku pun masa kerja kat petrol pam dulu, kalau ade jek customer yang chill-chill kan aku, confirm aku senyum sampai habis shift sebab aku rasa happy bila ada yang cuba hiburkan aku time aku keletihan bekerja! *echewah*

Ok, itu hanya mukadimah sahaja. Jom kita tengok macam mana caranya nak "Berikan Sedikit Kebahagiaan" kepada orang lain. :)

1. Senyum

Ok! Semua orang S.E.N.Y.U.M. sekarang! :-) :-) :-)
Senyum ni la cara paling mudah kalau nak bahagiakan orang. Lagipun, senyuman tu kan satu sedekah. Sedekah yang takyah guna duit, FOC! 
Jadi, kenapa berat sangat mulut hangpa tu nak senyum kat orang lain??? :0
Contohnye, tengah-tengah jalan kat pasar malam, bila hangpa nampak makcik-makcik dok tengah angkut macam-macam beg plastik tu, cuba hangpa senyum sikit kat depa. Untong-untong boleh jadi mak mentua hangpa bila depa rasa "manisnya senyuman budak ni". Hahahahaha.
TAPI, jangan nak senyum sebab nak jadikan mak mentua jek. TAK BAIKKKK NOWHHHH. Tak ikhlas namanyer tu. 
Hmm, tak kisah la dengan siapa pun yang korang senyum, senyum la dengan niat nak bermanis muka atau nak beramah mesra dengan orang lain. TAPI, jangan jadi kerang busuk pulak tau? nanti orang cakap "apa la dia ni, gila ka?" Hikhikhik. AND bila hangpa senyum, konfirm orang lain akan rasa bahagia bila ada orang senyum kat depa. Kan, kan, kan? Setuju takpa, tak setuju pun takpa. :)


2. Ucapan

Ok, ucapan ni boleh bahagiakan orang lain bila korang sampaikan ucapan atau kata-kata manis kat orang sekeliling korang. Kat family ke, kengkawan ke, kekasih hati ke, and sape-sape jela. Tak perlu ayat jiwang pun sebenarnya untuk bahagiakan orang lain. Cukup sekadar ucapan salam and "Aku tanya apa khabarrrr" macam Sona One dok ajar tu. Hehehe. Kalau agak rasa dah lama tak hubungi kengkawan tu, ringankan la jari jemari tu bukak Facebook, Twitter, Whatsapp, Wechat, Line and macam-macam lagi untuk contact dengan diaorang, buat diaorang rasa yang kita sentiasa ingatkan diaorang. Hey, I'olls tak main cakap aje tau. I'olls rajin tau berFacebook, berWhatsapp ngan orang sekeliling I'olls and I'olls tak malu pun nak ucap rindu kat kengkawan I'olls. ^_^.
Bagi I'olls, biar jauh dimata, janji dekat dihati. Chewahh!
Hmm, I'olls tak kesah kalau ada orang yang lupakan I'olls tapi yang penting, I'olls sikit pun tak penah lupakan orang yang penah datang dalam hidup I'olls. Because, memories are timeless treasures of the heart. :)


3. Hadiah

Ok, lastly hadiah. Bagi hadiah untuk bahagiakan orang lain dihari bahagia diaorang especially birthday atau anniversary.
Bab hadiah ni nampak berat kalau korang terpikir pasal hadiah mahal-mahal! Rasanya takdek dalam kamus yang hadiah ni kene bagi yang mahal-mahal kan? Cukup something yang boleh buat orang appreciate pemberian kita tu pun dah ok kan? Kalau hari jadi, cukup sekadar hadiah sepotong kek atau kad buatan sendiri. Tapi, kalau ada duit lebih, apa salahnya bagi something special sikit kan? Memang tak mampu nk bagi semua orang sekeliling kita hadiah, tapi cukup la just bagi dekat orang terdekat macam mak bapak kita atau bestfren kita. Kan?
Untuk Mak Abah, Alhamdulillah sampai sekarang aku tak lupa untuk bagi diaorang hadiah time bufday diaorang. Bagi aku hadiah tu tak seberapa berbanding pengorbanan diaorang lahirkan aku dan besarkan aku kat dunia ni. :) 
And, dengan kengkawan, dari zaman sekolah sampai sekarang, aku suka bertukar hadiah ngan bestfren aku time birthday and it was fun! Feeling appreciated during your special day. Those cards, those presents, I still keep it until now coz each one of them has it's own story. :)


Ok la. End of Story.
Takat tu jela motivasi daripada I yang Goms Tapi Coms ni (Istilah aku and Kak Sheila). Hehehe. 
See u in the next entry peeps! 
-ADIOS-




I Am The Actor Of My Life! (^_^)