Friday, March 29, 2013

We LOVE History or Photography?

He He Hello Guys!
Salam Jumaat..
Hmm, entri kali ni panjang sikit tajuknye..
We LOVE History or Photography?
Hmm, kenapa aku buat tajuk macam tu ek?
Ha, meh nak citer meh..

Semalam, aku and the geng (Haje, Fatin, Kiah) pergi ke Muzium Sabah..
Sadisnya, dah 2 tahun lebih kat KK ni, semalam baru berkesempatan pegi sana..
Tu pun, sebab sebelum ni Shad Rach tanya " Dah pernah pegi Muzium Sabah? "..
Haiyak! Tetibe rasa terpukul dengan soalan tu, so, terus la plan ngan kengkawan utk pegi sana..And, alhamdulillah, kami berjaya ke sana dengan jayanya + berjaya naik bas tanpa sesat! hoho..So, lepas ni takdek la ternganga-nganga a.k.a peghak (blur) kalo orang citer atau tanya pasal apa ada kat Muzium Sabah tu kan? hoho..Kalo lepas ni, nak suruh jadi tour guide pegi Muzium Sabah pun, dah boleh sangat dah! Ngeee..

Hmm, Muzium Sabah tu quite interesting la bagi aku..
Sebabnye, muzium tu besar and macam-macam ada habaq hang..
Ada jambatan gantung, ada tasik, taman tamadun Islam, kereta antik, kereta api..
The best + interesting part is Muzium Sabah tu ade rumah warisan etnik-etnik Sabah yang takkan ade kat muzium lain ( I think)..Rumah Bajau, rumah etnik Abah aku pun ade tau! hahaha..Tak penah aku jumpe muzium sebesar tu kat tempat lain..Ipoh and Taiping punyer pun kecik jek..
So, aku musykil " tu muzium ke, taman rekreasi ? "

Hmm, selalu orang-orang yang pegi muzium ni cintakan sejarah, ye tak?
Kami lah tu antaranya..*actually aku tak sure la Fatin, Kiah, Haje cintakan sejarah ke tak..hihihi..Motif aku nak pegi sana, nak tau pasal sejarah Sabah la kononnye..Tapi, bila sampai sana, tetibe motif bertukar pulak! Tetibe, mood nak bergambar lebih daripada mood nak baca pasal sejarah..
#AcanerTu #HukAlorhh #IniSemuaPoyo
You know what, we snap approximately 300pictures at there..
Gila kan? hohoho..*kami lah model tak berbayar..kikiki..
Let's see this (only part of it)!
Welcome, welcome! hihi
Pon! Pon! Pon! Tenom, tenom! haha
Muzium Tamadun Islam..
Kereta Mewah Antik..
Jambatan Gantung..Syiokk ooo..
Taktau la ni kereta ke lori..hoho
Orkid lah! bukan okid..
Burok tapi antik..hihi
Audi versi lama..
Burok pun burok lah, janji rock! haha
K.A.M.I
Rumah Brunei..
Rumah Bisaya.. 
Rumah Suluk..
Rumah Bajau (Rumah Abah)..hehe
Rumah Pekebun Cina..haiyak!
Row, row, row your boat, Kiah! hihi
Tasik penuh dengan pokok ape taktau..hoho

So, I wonder, do We LOVE History or Photography actually? 
Hmm, I think, We love photorgrapy more than history lah! hahaha
xoxo..ADIOS



I Am The Actor Of My Life! (^_^)

Wednesday, March 27, 2013

Kundasang AGAIN!

He He Hello Guys!
Aku datang nak hupdate belog lagi ni..
Walaupun katil dah panggil, but still, aku nak update jugok belog aku ni..
Sesuailah dengan moto blog aku yang berbunyi "I deeply in love with my blog" kan?
hohoho..

Ok la, entri kali ni pasal Kundasang AGAIN! Yes, it's Kundasang AGAIN!
You guys must be wondering why am I typing Kundasang AGAIN instead of Kundasang only kan? Hmm, it's because this was the fifth time I went there..
*sory,bukan nak berlagak,cuma nak habaq..hoho
But this time, I went there with different people..With Haje, Fatin and Tirah..
Lucky me + Yayy me sebab jodoh aku dengan Kundasang kuat..
*Opps, bukan dengan orang Kundasang ok! hahaha..

Hmm, walaupun dah banyak kali pegi Kundasang, tapi kali ni berbeza..
Sebabnye, kali ni, semua tempat kat Kundasang tu aku ronda and rasa puas hati sangat-sangat..Sebelum-sebelum ni, certain places jek aku pegi and rasa tak puas..hohoho..Bukan setakat Kundasang, Ranau pun kitaorang pergi tau..
Oh, SATISFACTION, SATISFACTION, SATISFACTION! hoho

Okey, okey, okey! Let's start the story! Ngeee..
Hmm, Sabtu aritu, lebih kurang pukul 8pagi, kitaorang dah bertolak dari KK..
Alhamdulillah, perjalanan kesana sangat lancar..Cuma cuak jek la time ade police road-block..hoho..Sampai-sampai jek Kundasang (tak ingat pukul berapa), terus singgah tepi jalan tangkap-tangkap gambar walaupun Gunung K tak menunjukkan rupa sebab kabus tebal sangat..Lepas jek puas bergambar, kami pun teruskan perjalanan ke Nabalu Park..

Sampai-sampai jek Nabalu Park, cari tandas dulu..Euw, tak senonoh kan? hahaha..At first, ingatkan kat situ takdek ape-ape tapi mujur ade pakcik yang baik hati, bagi peta and terangkan sikit-sikit apa yang ada..Sebelum ni, sumpah aku xtau ape yang ade dalam situ and xtau pulak boleh bawak kereta masuk dalam tu..hohoho..And,lepas dah tau, ape lagi! Kami explore la habis-habisan and alhamdulillah, berjaya jugak sampai kat kaki bukit tempat untuk orang mendaki Gunung K! But still kecewa sebab tak nampak Gunung K! hohoho..

Lepas dah puas explore, kami gerak pulak ke Desa Dairy Farm (ladang lembu)..Ha, tempat ni cantik jugak la..kira macam adik beradik ngan New Zealand la..Kira sape tak dapat pegi New Zealand, pegi situ pun ok jugok! hoho..Tapi, tapi, tapi! Bau tempat tu "waaaangiiiii " sangat gabaq hang! Boleh berdarah hidung bau..Hmm, nak buat mcm mana, dah nama pun ladang lembu kan? Kalo ladang strawberi ke, orkid ke konfirm la wangi kan? hahaha..

Then, lepas dah puas ronda-ronda tengok lembu, kami terus pegi War Memorial..By the way, it's my first time going there..hoho..Ni salah satu tempat peninggalan penjajah dulu la..Cantik tempatnye sebab berkonsepkan barat..ade English Garden, Australia Garden and senibina die pun lebih kurang A Famosa la..I loikeeeee..kikiki..

Lepas puas dah bergambar sakan, kami teruskan perjalanan ke Poring Hot Spring pulak kat Ranau..Kami (terutamanya Haje), teringin sangat ha nak mandi ayaq terojun (air terjun)..Sampai jek Poring, tukar baju terus jek daki bukit cari ayaq terojun..Letih memang letih tapi bile ayaq terojun tu dah depan mata, wah, leganye rasa..Ape lagi, terus ar terjun! hoho..Air die sejuk giler habaq..macam mandi ais batu..Nikmat nikmat..hahaha..Hmm, memandangkan kami sampai sana lewat, so kejap jek la dapat mandi ayaq terojun nye! tapi takpe, kejap pun kejap la, janji puas! hohoho..

So, sampai situ jelah penceritaan perjalanan kami! Cewah, cewah, cewah!
Meh tengok gambaq-gambaq kami meh! :)

 At Nabalu Park!





At Desa Dairy Farm!




At War Memorial!





At Poring Hot Spring!


Hmm,ok lah! Sikit-sikit jela nengok gambarnye ok..
Credit to Tirah sebab sanggup mintak tolong orang lain untuk tangkap gambar kami berempat..
See you guys in the next entry..ADIOS.. :)

p/s : Next destination : KUDAT! hoho



I Am The Actor Of My Life! (^_^)

Saturday, March 23, 2013

Sweet 23! :)

He He Hello Guys!
I am 23 years old now!
*Turning 23 years old on 22nd of March 2013..
Hohoho..

Sweet 23!
Alhamdulillah!
Thank you Allah for still giving me a chance to live in this world..
Not to forget, Thank you Mak Abah! Because of you guys, I had the opportunity to see the world for almost 23 years..I love you guys a lot..

I dah tua dah ok! hohoho..
Many people wish me a happy bufday and some of them wishing me "Selamat Hari Tua"..
Then I replied "Lagi tua, lagi bagus..cepat sikit nak kawin..hahaha.."
Bijak kan jawapan tu? Ke jawapan gatal?
Hahahaha.. :P

Sweet 23!
This is the sweetest (or I might say the best lah) bufday celebration ever!
Guess what, there's TWO bufday celebration for me today!

 Sweet 23!
First celebration (siang)!
Hmm, this celebration was made by Santi..Actually, it was unplanned..hohoho..
At first, Santi cakap "Aku nak makan Secret Recipe la.."
Then aku cakap (joking2) "Jom lah, arini bufday aku.."
Then die cakap "Hah, jom lah.."
Then I was like "Hah? Really? Biar betul.."
Then, memang betul-betul okey die belanja aku n kengkawan aku kat SR!
Thanx Santi for the treat! Even we're not so close, but you're willing to spend me A LOT on my bufday..Until now, I still dont know how to thank you! huhu..
And thanx jugak kat Ana, Kiah, Haje and Fatin sebab ada sama time tu..At least, aku tak sambut bufday sensorang (lonely) and aku hepy sangat ada korang time bufday aku..
Oh! I'm so touched
Lunch treat by Santi..
Santi dont want her picture to be posted..hohoho
Chocolate Indulgence! One slice are more than enough!
 My finger means Sweet 23.. :)


Sweet 23!
Second celebration (malam)!
Hmm, this second celebration aslo was unplanned made by Zeera, Huda and Tirah..
At first, we just planned to watch movie at KK..
But, after watch movie Tirah, Huda and Zeera ask me: 
"Bufday gurl nak makan kat mana?"
Then I said "Erk! Takyah la..Dah kenyang kot.."
Then they said "Ala, takpela..pilih la tempat.."
Pastu aku cakap "korang la pilih, aku mana tau.."
Then, pikir punya pikir, Tirah decide to take us to Kampung Nelayan Restaurant at Penampang (my first time actually)..Not so far from KK la..Aku ingatkan kene naik bot, rupanya tak payah! hoho..
Restoran tu femes ngan steamboat and with RM35 per head, we can eat as many as we want! 
So, nak taknak, kene makan banyak la sampai perut kejang! Yela, nak makan sikit, rugi..hoho..Tambah plak dengan hujan lebat, tak boleh balik, so we have to stay and continue eating!
EAT, EAT and EAT!
Sounds fun and yummy ha? But trust me, cannot tahan oooo..you'll feel that your tummy will be explode in any time..The most funny thing is, Tirah and Zeera are the Eating Queen! tak henti-henti makan..hahaha..
Hmm, walaupun perut macam nak pecah dah, but still, I have a great time with them!
Thanx Zeera, Huda and Tirah for the treat..I really really appreciate it and I will remember those memories as the best bufday celebration ever!

Wish to go there again some time.. :)
The food that will make your tummy explode! hoho

Dear friends,
This birthday celebrations are very meaningful to me..
No words can describe how much I appreciate all of you! :)
Thank you so much!

p/s: dah tua-tua ni, rasa pelik pulak orang panggil bufday girl..hoho


I Am The Actor Of My Life! (^_^)

Wednesday, March 20, 2013

Wordless WED! #7

My Lovely Super Amigos..
May our friendship remains till Jannah! Insyaallah.. :)







p/s : Got one more fren..always M.I.A..hoho



I Am The Actor Of My Life! (^_^)

Sunday, March 17, 2013

Teruja..

He He Hello Guys!
Hmm, few days dah tak update blog ni ha..
A little bit busy this week..hohoho..

Ok la, arini aku nak post pasal Teruja!
Ha, korang tau kan Teruja tu apa?
Teruja = Excited..kuikuikui..

Ok la..Jom tengok kenapa yang aku Teruja sangat ni?
|
|
|
|
|
|
|
|
Jeng Jeng Jeng
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Turun bawah lagi
|
|
|
|
|
|
|
|
|
\/
Ha!!!! Ni Dia!
Me (the blue-shirt) beside Tun M! :)
Me and Tun Siti Hasmah.. :)

So Guys!!!!
 What's the picture tell you??? 
Teruja tak, Teruja tak, Teruja tak, tengok gambar tu???
Hohoho..

I keep asking myself  " Is this a dream? Is this a dream?"
And lucky me, this is not a dream..!!!


You guys know what?
This is THE BEST FEELING EVER..!!!
Me, having a chance to take photo with Tun M and his wife so closely..!
The best part is, I was standing beside Tun M..!!!!
*tetibe terasa diri ni macam VVIP..Wah! hoho..

Oh, oh, oh! Aku sangat Teruja! Aku sangat Teruja! Aku sangat Teruja!
Boleh nampak tak senyuman ke"Teruja"an aku tu? Ngeeee..
Aku Teruja sebab dapat tangkap gambar dengan Malaysia's, also World's Figure..
Tak semua orang dapat peluang macam ni kan?
Maaf, aku bukan nak riak..Cuma nak express ke"Teruja"an aku jek..hihihi

Anyway Tun, thanx for coming to UMS and sharing some thoughts with us..
And also thanx for spare some time to take a photograph with us!

We HEART You Tun Mahathir!

I'm proud to be Malaysian, proud to be UMS student, proud to be me! :)

His smile for you, Malaysian! :)

*p/s : Tun said "Controls the people hearts and mind to defeat the guerillas"..



I Am The Actor Of My Life! (^_^)

Wednesday, March 13, 2013

Budak Kecik!

He He Hello Guys!
Hmm, bertemu lagi kite di Aku Punyer Citer..
Heheheeee..

Entri aku kali ni adalah pasal Budak Kecik!
Entri ni diinspirasikan oleh Fatin masa kitaorang komen-komen kat Pesbuk tadi..
*So, big hand of applause for Fatin..hehehe..

Fatin cakap "syok la jdi budak2..apa pun tak yah fikir."

Ha! Betul lah tuu..

Memang syok jadi Budak Kecik kan?

Sebabnye:

1) Takdek masalah

Hmm jadi Budak Kecik ni takdek masalah..
Nak kata takdek masalah langsung tu tipu la kan? Alah, kalo ade masalah pun, setakat malas nak pegi sekolah sebab malas nak bangun pagi kan?..Apedehey? hohoho..
Kalau gaduh ngan kawan kat sekolah pun, gaduh tipu-tipu..arini kawan, esok tak kawan, lusa kawan balik..Yela, masa kecik, mana tau pendam-pendam perasaan ni sebab hati yang ade pada seorang kanak-kanak tu masih suci..Kan?

Lagi satu, time jadi Budak Kecik, takdek pun masalah cintan-cintun ni..Yang kita tahu, kita cintan-cintun kan family kite je kan? Kalo yang ade pakwe/makwe pun, semua tu cinta monyet jek..Becinta tapi x tahu makna cinta sebenarnye..Senang cakap, cinta bodoh- bodoh la..Takdek nak heart-feeling lebih-lebih kan? Time becinta pun, bagi surat penuh bedak pastu tulis ayat naif macam ni:
 "Hai kamu..kita suka kat kamu..kamu suka kat kita tak? Kita jumpa kat kelas nanti ye?"
Kalo putus pun, takdeknye nak menangis bagai nak rak..arini putus, esok jumpe dah pakwe/makwe baru..Ate, dah name pun cinta bodoh-bodoh..Kan?

2) Tak banyak pikir

Hmm, lagi satu, apa yang best jadi Budak Kecik ialah tak banyak pikir..I mean, kalau nak buat sesuatu tu, takyah pikir panjang la..Semua buat ikut dan..Kalo rasa nak pegi main, terus jek pegi main..Nak redah hujan ke, panas ke, redah jek (tak pikir nak demam atau kulit gelap)....Kalo rasa nak tido, tido jek..Kalo rasa nak tengok tv, tengok jek..Kalo rasa nak gaduh ngan abang, kakak, adik, gaduh jek..Pendek kata, semua benda yang kita buat masa kite kecik, semua takyah pikir panjang..Kan?

Pastu, takyah la nak pikir pasal duit sangat..Kalo rasa nak duit, mintak Mak Abah dengan muka tak bersalah..Apa yang Mak Abah bagi, tu la yang kita ambik..Tak merungut, tak memberontak cakap tak cukup..Sebab ape? Sebab masa jadi Budak Kecik, mana tau nak shopping, bergaya, vogue sana sini bagai..Baju pun semua Mak Abah belikan + pilihkan..Apa yang diaorang bagi, tu la yang kite pakai..Kan?

Alololo..omey angat jadi Budak kecik kan? hohoho

Tapi Budak Kecik sekarang berbeza sangat-sangat attitude dengan Budak kecik zaman dulu-dulu (zaman aku, chewah!)..Kadang tu, ada antara Budak Kecik yang perangainya setara dengan orang dewasa..Mungkin sebab peredaran masa + arus globalisasi kot yang membuatkan budak kecik zaman sekarang lagi panjang akalnye berbanding Budak Kecik zaman dulu..Kan?

Oh, how I wish I can return to my chilhood..
But, I know it's I.M.P.O.S.S.I.B.L.E..
There is no such thing as "if only i can turn back the time"..
I have to face the fact that as the earth moves, time flies and time will not wait for us..
AND
I have to wake up from dreaming!
I have to admit that I AM A BIG GIRL NOW!
As an adult, I have to face all the challenge in life's either I want it or not..

Kan???



p/s : Teringat masa kecik-kecik, kalau time mandi, time nak sabun, mesti jerit "nak sabun" kuat-kuat nak bagitau yang kita mandi bersabun..takut orang tuduh kite mandi tak sabun..hohoho..



I Am The Actor Of My Life! (^_^)

Friday, March 08, 2013

Hari Wanita.. :)

He He Hello Guys!
Hmm, baru jek semalam aku update blog, arini update lagi..
Macam dah takdek keje lain kan? Asyik tergedik-gedik jek nak update itu ini kan?
Ni la jadinye bile banyak idea timbul dalam kepala otak ni..
Tapi Ade Aku Kesah? Hohoho..

Ok la, arini aku nk update pasal Hari Wanita!
Yes! Hari Wanita Sedunia disambut pada 8 Mac setiap tahun..
*wow! Seems like there's alot of meaningful date in March! :)
OhMyWomen! Shweeeet angat kan ade Hari Wanita untuk kita? Tetibe pulok aku rasa bertuah jadi wanita and tetibe diri rasa sparkle-sparkle like a star..hohoho..
So, para lelaki tolong alert and hargai wanita anda..Chewah! Ngeeee..
Eh,ade pulok kawan aku (lelaki la) jeles sebab ade Hari Wanita tapi xdek Hari Lelaki..apedehey?

So, before aku start ceghiter dengan lebih panjang lagi, eloklah kiranya aku ucapkan :

Happy Women's Day, Women! :)

Ok Darl! Let's start the story bebeh..
Actually, aku pun lupe yang arini Hari Wanita..Aku dah letak dah reminder kat henpon, tapi tak berbunyi pulok..hohoho..Then, pagi tadi pegi kelas, tetibe En. Suzalie (my lecturer) bagitau yang arini Hari Wanita..
Alololo..En. Suzalie omey angat sebab tau arini Hari Wanita..hohoho..

Lepas jek tau arini Hari Wanita, terus terkelam-kelam mesej :
 "Selamat Hari Wanita..I Love You" kat Mak, Ella, Kak Azira n Ninah..
Tapi, hanya Mak jek yg balas "Selamat Hari Wanita..I Love You Too"..
Yang lain tak pong..huhuhu..
Mak Daebak + The Best Ever lah! :)

So, En. Suzalie tanya kat satu kelas, sebagai wanita, apa yang kamu mahukan?

* pikir jap apa yang aku nak ek?

Hmm, pikir punya pikir aku tau dah apa yang aku nak! Ngeee..

Aku nak 
Kasih Sayang!

Yes! Sebagai wanita, tu jek yang aku mahukan..Kasih Sayang daripada semua orang..Daripada Mak Abah, Family, Sedara-Mara, Kengkawan and semua orang disekeliling kita jugak..Tak lupa jugak, nak kasih sayang daripada Suami + Anak-Anak (yang ni in 10 years time kot..hehehe)..

Kenapa aku nak Kasih Sayang?
Sebab daripada kasih sayang-lah datangnye cinta, rindu, kegembiraan, kebahagiaan, kesetiaan, keikhlasan, kejujuran, kesempurnaan and macam-macam lagi lah..ye dok?
And I'm sure all women of the world want this! Kan?
Yes! We Want this! Nothing else! So, please love us! Hehehe..

Ok la! That's all for now..ADIOS.. :)




p/s: Buat lelaki, bawak-bawaklah hayati lirik lagu Wanita by KRU.. :P



I Am The Actor Of My Life! (^_^)

Eh, terasa aku!

He He Hello Guys..
Rasanya dah lama dah aku tak merapu dalam belog aku ni ha..
* Erk! Betul ke dah lama tak merapu?
So, malam ni aku decide nak merapu-meraban sikit kat sini..hohoho..

So, malam ni aku pilih topik pasal pantun (*yang ala-ala lagu terbaru ST12) dalam gambar kat bawah ni ha!


Ha, kata Mak-nya gini :

Putih-putih melati..
Merah-merah delima..
Bangun pun tengahari..
Macam mana bakal mak mertua
nak suka?

Glurppp! Eh, terasa aku! 
Tu lah kau, Fana! Asyik bangun lambat jek..
Kan dah terkena batang hidung sendiri..#HukAlorh

Nasib baik la Mak kartun tu yg ckp gitu, bukan Mak aku! hoho

Belum pernah lagi la dalam sejarah kelahiran aku (*chewah! ), Mak aku berpantun bagai nak perli aku..Selalu die cakap straight to the point jek kalo aku bangun lambat..Paling-paling pun die akan cakap :
*Bangun la anak dara ooi..Anak dara ape ni bangun lambat? Orang lain dah kehulu-kehilir dah, kamu baru nak bangun? Esok dah kawin, lapar la anak ngan laki kamu..hoho..
And kadang-kadang tu, Mak suka tipu-tipu..baru pukul 9 pagi, konfirm die akan cakap dah pukul 12 tengahari..But one thing about Mak, die takkan marah aku bangun lambat kalau aku baru balik cuti..Die paham aku penat belajar kot..hohoho..
Kalau Abah pulak, memey sporting habis habaq hang!
Gerak tak, ape pun tak..Die biar jek aku tido dengan aman + tenteram..
What A Life!!! hahaha..

Honestly speaking, aku dah tak boleh nak elak dah perangai ni..Dah jadi macam satu tabiat tau..Kalau kat hostel ni jangan cakap la..Kalau takdek kelas pagi, lepas solat Subuh, terus terjun balik naik atas katil..Nak Zohor kang baru bangun..Ni semua gara-gara selalu tido lambat la ni..
What A life!!! hohoho..

So, disebabkan aku ada tabiat yang agak buruk ni kan, sebelum kawin nanti, aku rasa nak tulis surat la kat bakal Mak Mertua aku nanti..(*Eh! Boleh ek macam tu? hoho )

Aku ingat nak tulis macam ni :

Dear Mak Mertua-To-Be,

                         Bakal menantu-mu ini memang suka bangun lambat..Niat nak bangun awal tu memang ada tapi selalu terlajak..Acaner tu mak mertua-to-be ku? So, sudilah kiranya Mak tunjukkan saya caranya untuk bangun awal ye mak..Bak kata satu pantun, buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan, saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan..Dan tolong jangan bencikan saya gara-gara saya selalu bangun lambat okey? Bak kata pepatah, jangan seekor nyamuk, kelambu dibakar..hohoho..

                                                                         Sincerely, Your Daughter-In-Law-To-Be..


Emm, ok tak surat aku ni? Hohoho..

Buat bakal-bakal mak-mak mertua atau mak-mak mertua kat luar sana, 
Jangan sentap pulak baca surat tu ok..Tak terniat nak kurang ajar atau ape pun..Hanyalah gurauan semata-mata..Maklumlar makcik, saya memang suka merepek pong! kikiki..
No heart feeling ok! Pisyoooo.. :)

Buat anak-anak gadis kat luar sana, 
Jangan gatai tangan pulak pegi tulis surat macam tu pulak kat Bakal Mak Mertua korang!
Takmau, takmau..Tak baik..Plus, naya kene reject satgi, ceq tak tauuu..hohoho..
                                                                                                                                

Ok la, cukup la aku merepek malam ni..
See you guys in da next entry ok! ADIOS..


p/s : nanti kalau dah nak kawin, pandai hilang sendiri kot tabiat bangun lambat ni..hehehe..




I Am The Actor Of My Life! (^_^)

Wednesday, March 06, 2013

Wordless WED! #6

He He Hello Guys.. :)



I Am The Actor Of My Life! (^_^)

Sunday, March 03, 2013

Cinta Lima Jari..

He He Hello Guys!
Hmm, kali ni aku nak buat entri pasal Cinta Lima Jari..
Mungkin ramai bloggers dah update pasal ni tapi takpela..Aku still nak update jugak untuk tatapan masa depan! Ecechewah!

Soalannye : Kenapa cincin tunang/kahwin disarung di jari manis?
Ok let,s start!

Cuba rapatkan kelima-lima jari (jari tangan kanan bertemu jari tangan kiri)..
Ibu jari bertemu ibu jari, jari telunjuk bertemu jari telunjuk, jari tengah bertemu jari tengah, jari manis bertemu jari manis and jari kelingking bertemu jari keling..
Ok, dah kan?

Now, cuba lipatkan (turunkan) kedua jari tengah..
So, tinggal 4 jari jela yang bercantum kan?

Sekarang, cuba renggangkan (pisahkan) ibu jari..Boleh kan direnggangkan?
So, ibu jari yang boleh direnggangkan tu, simbolik kepada Ibu Bapa kita yang satu hari nanti, sampai ketikanya, akan pergi meninggalkan kita jugak and kita tak selamanya boleh bergantung dengan Ibu Bapa kita..

Then, cuba pulak renggangkan jari telunjuk..Boleh kan?
Jari telunjuk yang boleh direnggangkan ni pulak simbolik kepada adik-beradik kita..Satu hari nanti, adik-beradik kita pun akan jauh dengan kita sebab masing-masing akan ada hidup dan keluarga masing-masing..

Pastu, cuba renggangkan jari kelingking pulak..pun boleh direnggangkan kan?
Simbolik kepada jari kelingking ni adalah anak-anak kita dimana mereka ni jugak satu hari nanti akan ada kehidupan sendiri dan membawa haluan masing-masing..Mereka akan berkahwin, beranak dan pergi meninggalkan kita..

Lastly, cuba renggangkan jari manis? Ha, tak boleh kan? Sapa cakap boleh tu, nampak benor nipunyer..hohoho..
Jadi, persoalan kenapa cincin disarungkan di jari manis adalah kerana cinta jari manis adalah cinta yang bersumberkan daripada fitrah Allah S.W.T yang lahir daripada rohani dan sanubari yang jujur, ikhlas bukan kerana ada apa-apa tapi daripada kecintaan itu sendiri..Then, barulah cinta itu menjadi indah, murni, suci dan kekal selama-lamanya..Persoalannya, masihkan ada cinta jari manis? Wallahualam..

Ok, betul ke tak benda ni, aku tak sure..
Sebenarnya aku update benda ni sebab aku baru lepas tengok cerita #Mencintaimu lakonan #EmanManan and #SharifahAmani and dalam cerita tu ade la kisah pasal Cinta Lima Jari ni ha..
Cerita tu sungguh sweet + taching sebab pasal Cinta Antara Dua Darjat Usia ( i loikee), plus, #EmanManan banyak berfalsafah dalam tu pasal Cinta dan Kehidupan..INTERESTING!

Antara falsafah #EmanManan dalam cerita tu yang aku suka:
Bila kita mencintai seseorang, kita kena bersedia menangis utk orang yang kita cinta tu..
* Kehidupan bermula dari cinta..
Mencari cinta seperti cinta jari manis..
Jangan bercakap soal cinta kalau taktau cinta lima jari..

Ha! Menarik kan + susah kan nak jumpe cerita yang banyak falsafahnye..Infact sekarang ni, cerita-cerita yang ada banyak guna dialog yang tak berapa nak berbunga kan? 
So, credit to penulis skrip cerita #Mencintaimu, #MazelanManan..
*eh! adik beradik Eman Manan ke die ni ha?
So, sape-sape yang tak tengok lagi tu, cepat-cepat tengok ok! Ngeeee.. :)

Ok!
That's all for now..-ADIOS-




I Am The Actor Of My Life! (^_^)