Monday, December 14, 2015

Dewasa.

25 TAHUN

Rasa macam dah cukup dewasa sangat. Makin dewasa, makin banyak perkara membelengu jiwa. Entah la. Kadang terpikir, alangkah indah menjadi budak-budak kembali yang hanya tahu bermain, tidur, makan tanpa sikit pun ada rasa gelisah tentang masa depan. Tapi, gigit jari sampai putus pun takkan dapat kembali ke zaman tu. :'(


Lumrah manusia, semakin lama semakin dewasa, semakin tua, bukan seperti cerita Benjamin Button lakonan Brad Pitt yang semakin hari semakin muda dan semakin menurun usia yang pengakhirannya menjadi seorang bayi sebelum maut menjemput. Hmm, itu skrip ciptaan manusia. Tapi, kita yang hidup atas takdir pencipta ni kena sentiasa redha dengan takdir Tuhan walaupun kadangkala seolah mempersoal takdir Tuhan bila dijengah musibah.

Bila dewasa, pemikiran pun tertumpu kearah kedewasaan, lebih banyak ambil tahu hal sekeliling, lebih banyak berfikir, lebih banyak mempersoal betul atau salah tindakan yang dibuat dan lebih banyak beristigfar dengan kekilafan diri. Bila dewasa, dah pandai fikir susah senang kehidupan, bukan seperti atas novel dan tidak jugak seperti dalam drama yang semuanya manis belaka tanpa cacat cela. Bila dewasa, selalu ajarkan diri supaya matang dan bijak dalam mengambil keputusan. Dan, bila dewasa, makin banyak bertemu halangan yang entah sampai bila mahu habis. Entah la. Bila dewasa lebih suka menyendiri, memikir sendiri tentang hidup. Hati kosong, bukan senang nak diisi. Jiwa kusut, bukan senang nak ditenangkan. Otak serabut, bukan senang nak dikosongkan.

Ya, kerap kali ingatkan diri yang Tuhan sayangkan umatnya dan datangkan ujian sebagai tanda sayang tetapi kerap kali juga menangisi masalah dan kelemahan diri yang tak pernah habis dihitung walau seinci.

Entah la. 

AKU, SANG DEWASA YANG SENTIASA MENGHARAPKAN PELANGI DATANG SELEPAS HUJAN.



I Am The Actor Of My Life! (^_^)

Saturday, August 22, 2015

SAYANG, bukan TAK SAYANG.

SAYANG, bukan TAK SAYANG.

Perempuan ni memang penyayang.
Perempuan, sekali dia cakap sayang, memang dia akan sayang.
Pernah dengar pepatah "When I love, I love?"
Buruk mana pun perihal kau (lelaki), tetap dia sayang.
Celaka macam mana pun kau (lelaki), layan dia, tetap dia sayang.
Jauh mana pun kau (lelaki) buang dia, tetap dia sayang.
Jauh hati macam mana pun dia, tetap dia sayang.

Tapi, dalam sayang dia pada kau (lelaki), tetap jugak dia akan berperangai bukan-bukan. 
Merajuk, memberontak, marah-marah, menangis, ego, keras kepala, semua tu akan ada.
Perempuan buat perangai, dengan kau (lelaki) sebab apa?
Sebab itu cara dia untuk mintak perhatian kau (lelaki).
Tapi, buruk mana pun layanan dia pada kau (lelaki), dia tetap SAYANG, bukan TAK SAYANG.

Satu jek kau (lelaki) kena faham pasal perempuan.
Hati sekeras mana pun dia, dia tetap SAYANG, bukan TAK SAYANG.




I Am The Actor Of My Life! (^_^)

Friday, August 14, 2015

Perhaps, one day.

Me and You, perhaps, one day.

















I Am The Actor Of My Life! (^_^)

Wednesday, July 15, 2015

Menjaga Kain Sendiri Daripada Tercarik

Salam.
Pejam celik, pejam celik, lagi dua hari dah nak Raya.
Eksaited ke nak Raya? Entah laaaaa.
Cepat jek Ramadhan nak tinggalkan kita.
Mungkin kesibukan yang membuatkan aku rasa Ramadhan cepat jek nak habis.

Well, dalam hujung-hujung Ramadhan ni, kebanyakan orang sibuk mencari pahala sebanyak mungkin disebabkan mereka tahu Ramadhan ni penuh berkat. 
TAPI, ada jugak umat manusia yang sibuk dok gali hal peribadi orang lain. Sibuk jaga tepi kain orang lain tanpa sedar yang kainnya sendiri sudah lama tercarik. Dia tak sedar yang orang lain dah lama dah nampak betis dia (tak tahu la membunting padi ke tak tu) ekoran kainnya dah lama tercarik, tunggu masa nak tertanggal tu. 

Suprisingly, dalam bulan Ramadhan yang mulia ni, ada orang (whom I knew) hantar mesej layang menggelarkan dirinya bunian. Apa kandungan mesejnya, biar aku aje lah yang tahu. Bukan apa, hantar mesej layang tu bukan tindakan yang bijak sebab dari segi lenggok bahasa tu pun aku boleh tahu siapa orangnya. Bila kita hantar mesej layang ni, mengatakan yang tidak-tidak, automatically, orang boleh cop kita "busy body"

Yes! 
Kita boleh ambik tahu hal orang lain, boleh tegur mana yang tak patut, tapi jangan sampai sibuk sangat jaga tepi kain orang lain sampai kita tak sedar makin lama, kain yang kita pakai makin tertetas, dan, mungkin lama-kelamaan, kain tu mungkin akan terlucut dengan sendiri. Kalau peribadi, kehidupan kita sendiri pun belum cukup betul, cuba betulkan dulu, supaya bila kita nasihat orang lain, baru orang lain ada sifat mahu mengikut. Ini, kalau diri sendiri pun tak tunjuk peribadi yang baik, macam mana nak jadi contoh kan? 

Well, last but not least, tak salah pun untuk menasihati orang lain sebab kita manusia, bukan perfect dan sentiasa memerlukan nasihat dan bimbingan untuk menjadi yang lebih baik tapi seeloknya teguran yang diberi tu mesti kena pada tempat/keadaan dan dengan tujuan untuk bimbingan dan tidak meburukkan orang lain atau pihak ketiga. Dan yang penting, ukur peribadi sendiri sebelum kita ukur peribadi orang lain. Kbai. 



I Am The Actor Of My Life! (^_^)

Sunday, July 05, 2015

Hati Perempuan.


Hati perempuan ni dia mudah berbolak balik. Kadang dia rasa suka. Kadang dia rasa benci. Kadang dia rasa menyampah. Kadang dia rasa meluat. Tapi tu semua mainan hati dia jek semata-mata. Jauh dalam hati dia sebenarnya, dia masih ada rasa concern, care pasal orang lain. Cuma bila emosi dia mudah terganggu, tu yang dia rasa bukan-bukan and melalut yang tidak-tidak tu. Sekeras mana pun hati perempuan tu, kalau kena dengan caranya, lembut jugak. Aku perempuan, aku tahu lah!





I Am The Actor Of My Life! (^_^)

Saturday, June 06, 2015

Wishlist


1. Krabi
2. Iphone6






I Am The Actor Of My Life! (^_^)

Thursday, May 21, 2015

Nota Ringkas.

Hello!

Bila makcik-makcik tanya soal kawin, depa tak pikir; 
"jodoh ditangan Allah"
Yang depa tau, nak tengok hang naik pelamin cepat-cepat.

Kalau makcik-makcik tengok hang tak kahwin-kawin, depa tak pikir; 
"jodoh rahsia Allah"
Yang depa tau, hang anak dara tak laku.

NOTA RINGKAS AKU UNTUK HANG!


Cliche masyarakat kan?
Kalau tak cliche, bukan masyarakat lah!


Muak. Bosan. Jemu.





I Am The Actor Of My Life! (^_^)

Wednesday, May 20, 2015

Wordless WED #11


F*CK!

I Am The Actor Of My Life! (^_^)

Sunday, May 17, 2015

My First Handphone.

Assalamualaikum.
Harini Ahad.
So, plan nak kemas bilik yang dah dua kali lima dengan tongkang pecah dah.
Dasar anak dara pemalas? Memey ar! kekekeke. :P

So, plan pertama nak kemas bilik adalah dengan mengobek-ngobek almari.
Citernya, nak susun elok-elok bagi nampak kemas sentiasa walaupun dalam almari.
Kobek punya kobek, punggah punya punggah, terjumpa ni;


Yes! I found this!
NOKIA 3310.
MY FIRST HANDPHONE! :)

Abah gave me this when I was 13 years old, 2003.
 12 years has passed, and I still keep it.
What a memory! *_*

Bukan senang tau nak dapat handphone ni dulu.
Jenuh berebut dengan adik beradik lain.
Kakak aku Ela, pun ada handphone ni jugak.
Dia tolong mak buat kuih time bulan Ramadhan, dapat upah, terus beli handphone ni.
Dulu, budak-budak remaja sebaya aku banyak lah yang pakai handphone ni.
Adik beradik dia Nokia 3315, Nokia Butterfly.

Handphone ni, tone dia monophonic jek yang dok bunyi, "tenenet tenenet tenenetnetttt" tu.
No colour screen, no camera. Game pun ada game ular dengan sudoku jek.
Wallpaper pun hitam putih, gambar smiley, gambar bunga. Mana ada muka sendiri.
Mana yang nak canggih sikit, pakai handphone Nokia 2100, 3100 yang ada polyphonic tones, screen colour, wallpaper colour, but still no camera.
Bluetooh pun takdek, pakai infrared jek.
Budak-budak sekarang ni, mana kenal handphone ni.
Celik-celik mata, dah ada yang touchscreen, yang mp3, yang nipis, ringan, ada camera.
So, at that time, selfie-wefie ni memang takdek lah citer dia! 
Tapi, bagus jugak takdek selfie-wefie ni. Kalau tak budak-budak remaja dulu sama lah macam budak-budak sekarang ni, buat muka "duck face" tak habis-habis pastu post benda gedik "tuck canteq macam gurl awaq", "bowink", "aq cayunk ko".
Hahahahahahahaktuiiiiii. 
Geli tekak ngan biji mata nengoknye.

Handphone ni, dia punya berat jangan citer la.
Nak sampai setengah sekilo kot?
Kalau letak dalam poket, terasa macam letak batu tau?
Kalau rasa berat kat poket tu, maknanya, ada lagi la handphone tu.
Kalau rasa ringan, tu maknanya handphone tertinggal ataupun hilang la tu.
Kalau baling kat orang, konfirm seminggu benjol x surut-surut. hikhikhik.
Tapi, berat-berat pun, besar-besar pun, aku still bersyukur ada handphone.
So, boleh la mesej kengkawan, bercinta-cinta munyet bagai. kikikiki.

Emm, cepatnya masa berlalu, teknologi makin berubah, makin canggih makin banyak handphone-handphone canggih yang keluar sesuai dengan peredaran masa kini.
Kalau dulu, boleh kira jari berapa orang yang pakai handphone.
Sekarang, pergi mana-mana semua orang dah pakai handphone. Sampaikan nenek-nenek, atuk-atuk pun dah pandai pakai handphone tau? kekekekeke. :P

Anyway, thats all for now.
Nak kemas bilik pulak. Satgi Mak bising. Hehehe.
Last but not least ;
"Simpanlah benda-benda lama untuk kenangan, 
TAPI,
 jangan simpan dendam lama untuk dikenang."

-ADIOS-
.


I Am The Actor Of My Life! (^_^)

Friday, May 01, 2015

#MayWish.

Assalamualaikum!
It's a 1st of May bebeh!

AND THIS IS MY WISH;


EVERYDAY!
I'll try harder to become a better person from who I am now.
INSYAALLAH.

Doakan saya jadi Wanita yang baik untuk semua orang ye! Hiks! :)

Oh ye, 
SELAMAT HARI BURUH!



I Am The Actor Of My Life! (^_^)

Wednesday, April 15, 2015

GST vs Kahwin? Mana Lebih Serius?

Assalamualaikum.
Terpanggil untuk menulis malam ni bagi membuang jauh segala rasa ketidakpuasan hati yang membuak-buak supaya tidak disimpan lama dalam jantung dan hati yang mampu mendatangkan stress atau mungkin darah tinggi yang semakin menular dikalangan manusia di Malaysia ni. 
Tudiaaaa, tak ke panjang mukadimah ceq ni?

Ok, first of all, aku bukan nak update pasal GST yang menaikkan kemarahan darah rakyat Malaysia.
Bukan jugak untuk update pasal Ahmad Maslan dan teori memasak di kampus.
Dan tak jugak pasal Ismail Sabri dan isu bertani die tu. 
*Phewwww, isu semasa sekarang semakin menjadi-jadi ye?

So, malam ni aku nak update pasal K.A.H.W.I.N.
Yes, again, pasal K.A.H.W.I.N. yang mana aku rasakan masalah ni lebih serius berbanding GST dalam hidup aku.
Recently, banyak sangat dah kengkawan yang dah naik pelamin. Syoknyeeeee :)
AND TRUST ME, I'M HAPPY FOR THEM! wink, wink *_*
Tapi, yang buatkan aku terpinga-pinga bila ada orang yang tanya bila turn aku?
Eh, Hello, kalau aku tau bila turn aku, konfirm aku pi kejaq dah calon suami aku, ikat dia kuat-kuat supaya tak lepas kat tangan orang lain.
AND, silap-silap aku kawin dulu daripada orang lain tauuuuu?

Kadang-kadang aku tak paham dengan sifat sesetengah orang ni yang sibuk sangat nak tau bila orang nak kawin, bila orang nak beranak, bila orang nak tambah anak.
Silap-silap kalau bila orang nak mati pun diaorang boleh tau, diaorang mesti nak tau.
AND, I'm not pointing this entry to anyone. It is general.
AND, I'm not get mad when people ask me when to get married, but I just feel a little bit upset why all this people keep asking question that I, Myself, don't know the answer.
AND, when people ask me, I'm just like "What???? Again???? Seriously????" Demit.
Rasanya aku dah update betapa "alergic"nya aku pada soalan tu and aku dah share pun kat Facebook pasal "soalan puaka" tu yang mampu mengguris hati para teruna mahupun dara, tapi, still, masih wujud manusia yang bertanyakan soalan tu pada aku.
I don't know, maybe they're joking, OR, they really want to know but seriously, I hate that question! I REALLY HATE IT!

Aku nak tanya satu soalan la, apa hina sangat ke orang yang belum kawin ni?
Kalau jodoh belum sampai, takkan nak tergedik-gedik kejar orang ajak kawin ngan kita?
Ada yang kawin muda, ada yang kawin bila dah tua, tu semua perancangan Allah s.w.t.
Kita manusia, tau apa?
Please la, have some respect in people's emotion.
Kadang, kita rasa soalan tu macam gurauan pada kita tapi pernah ke kita letak diri kita dekat tempat orang tu yang mungkin sangat terasa atau tertampar dengan soalan tu?
Mungkin orang tu sedih belum bertemu jodoh.
Mungkin orang tu rasa tak laku bilamana sampai sekarang belum ada yang meminang.
Mungkin orang tu belum jumpa calon yang sesuai?
Ada kita pikir semua tu? Ada kita pikir perasaan diaorang? Bibir mungkin tersenyum tapi dalam hati berdarah, bernanah, siapa tahu beb! 
Kadang benda yang nampak mudah tula yang mampu mendatangkan impak yang besar.
Yes, aku seronok bila tengok kengkawan yang dah kawin atau bakal berkawin.
Fitrah manusia, siapa yang taknak kawin kan? Aku pun nak kawin.
Tapi persoalannya "Bila?", itu aku pun tak tau.

Memetik kata-kata seorang Muslimah;

"Yelah, cuba fikir, siapa yang taknak kahwin dalam dunia ni ?? Semua orang nak kahwin, semua orang mahu ada pasangan masing-masing, dan sememangnya sudah fitrah manusia normal ini ingin dikasihi dan mengasihi, dicintai dan mencintai, disayangi dan menyayangi...

 Akan tetapi disebabkan belum sampai seru lagi, jodoh mereka Allah tak jumpakan lagi, maka tinggallah mereka ini terus membujang lagi, meniti hari menunggu jodoh yang tak pasti bila kunjung tibanya. Soalan sebegitu bagi saya mengguris hati perasaan mereka secara halus cuma tak diluahkn saja.. Tak percaya ? Cuba tanya mereka "heart to heart" .  

Bukan apa, soalan sebegitu umpama menghina dirinya yang secara tidak sedar anda membuat dia terasa tak laku pulak sebab tak kahwin-kahwin lagi. Terasa macam tak ada org nakkan dia dan sudi terima dia. Dalam hati kecil "kawan" tu mesti terasa, anda tahu ke ?? Lagi-lagi kalau perempuan, perasaan dia cukup sensitif ! 

Maka eloklah soalan sebegitu tidak diulang tanya lagi ya ! Doakan dan tunggu saja kad jemputan kahwin tu diam-diam. Panjang umur, sampai jodoh dapatlah anda kad jemputan kahwin kawan anda tu.. Tak payah tanya-tanya lagi soalan cepu emas binti cepu gangsa tu. Kesian pada mereka yang masig bujang!"

SERIOUSLY, aku rasa persoalan kawin ni lebih serius daripada soal GST sebab GST tu kita boleh nampak dan boleh tahu sebab itu kerja manusia.
TAPI, kalau soal kahwin, tiada manusia yang lebih mengetahui berbanding Allah s.w.t.
GST kita boleh elak, tapi siapa jodoh kita, kita tak boleh elak.
So, please stop asking that question to me or anyone else.

 Once again, I'm not MAD (taknak cepat tua).

BUT, I am Truly, Deeply, Madly UPSET!

Warghhhhh! O_O

I'll be married when the day has come.
Insyaallah :)



I Am The Actor Of My Life! (^_^)

Tuesday, March 24, 2015

1/4 Abad.

Assalamualaikum.

22.03.1990.    9.12 A.M.
Bunyi tangisan baby kedengaran di dewan bersalin.
Lahirnya seorang kanak-kanak perempuan yang cukup sifatnya.
DIA adalah AKU.
Yess, aku, bayi comel yang kini dah berumur 1/4 abad.
*semua bayi comel ok? :)
How time flies, I am now 25 years old.
Alhamdulillah, masih dipanjang usia dan diberikan kesihatan yang baik.

Betapa besarnya pengorbanan Mak melahirkan aku.
Sakitnya Mak pada masa tu, Mak jek yang tau.
Sanggup Mak bertarung nyawa untuk bawak aku ke dunia.
Tak terkiranya jasa pengorbanan Mak Abah membesarkan aku.
Buatlah apa sekalipun, mesti aku takkan dapat balas jasa diaorang.
Kadang, bila terbuat silap, aku renung balik semua kesalahan aku. 
Ya Allah, betapa banyak dosa aku kat diaorang yang dah susah payah melayan kerenah aku sepanjang 1/4 abad ni.
Takdek apa yang setanding dengan pengorbanan Mak Abah.
Hanya ucapan doa agar diaorang diberikan kebahagian dunia akhirat yang mampu aku berikan sebagai jalan untuk membalas jasa pengorbanan diaorang.

Mak, Abah.
TERIMA KASIH.
ANA LOVE YOU GUYS, ALWAYS! :)

Baby Ana milik siapa? cewahhh! :)





I Am The Actor Of My Life! (^_^)

Thursday, March 19, 2015

H.A.T.I

H.A.T.I.

Sudah keras.

Sudah lali.

Sudah mati.


H.A.T.I

BEGINI KERANA RAKAN. 




I Am The Actor Of My Life! (^_^)

Friday, February 27, 2015

Berikan sedikit kebahagiaan :)

Assalamualaikum.
Wahhhh, lama sangat dah tak di-update blog ni.
Banyak topik sebenarnya dalam kepala tapi semua idea tu tak sampai ke jari nak menaip. Last-last semua idea tu bersawang dalam otak ni. hoho.

So, malam ni cadangnyer nak update entri yang ala-ala motivasi gittew.
Walaupun I bukan pakar motivasi, tapi I comel bila bagi motivasi okey? *tetibe*
So, entri kali ni tajuknya "Berikan Sedikit Kebahagiaan".
Haaaaa, tajukkk kerlasss tak? kikikiki.

Idea datangnya nak buat entri ni bila aku terjumpa seorang pekerja tol namanye Farhana (same name like i'olls tauuu, cute pun mcm I'olls jugekkk, oppps :P)
 Masa aku nak bayar tol tu, aku tengok muka die macam letih aje. Maklumla, time Chinese New Year, penat kot kereta beratur berjebar-jebar nak bayar tol. Tak ke lenguh tangan die turun naik turun naik ambik duit tol? Emmm, tiannn awakkk Farhanaaa. So, untuk chill kan die sikit, aku terus tegur die cenggini ;

"Hai, nama saya Farhana jugak"

Then, she comes up with a big smile on her face! There you go....You have no idea how happy I am when I see people smiling because of me! Tachinggggg *_*
And aku assume, senyuman die tu mungkin dapat hilangkan lenguh kat tangan die tuuuu and dapat hilangkan  rasa letih bekerja die kot. :)
Aku pun masa kerja kat petrol pam dulu, kalau ade jek customer yang chill-chill kan aku, confirm aku senyum sampai habis shift sebab aku rasa happy bila ada yang cuba hiburkan aku time aku keletihan bekerja! *echewah*

Ok, itu hanya mukadimah sahaja. Jom kita tengok macam mana caranya nak "Berikan Sedikit Kebahagiaan" kepada orang lain. :)

1. Senyum

Ok! Semua orang S.E.N.Y.U.M. sekarang! :-) :-) :-)
Senyum ni la cara paling mudah kalau nak bahagiakan orang. Lagipun, senyuman tu kan satu sedekah. Sedekah yang takyah guna duit, FOC! 
Jadi, kenapa berat sangat mulut hangpa tu nak senyum kat orang lain??? :0
Contohnye, tengah-tengah jalan kat pasar malam, bila hangpa nampak makcik-makcik dok tengah angkut macam-macam beg plastik tu, cuba hangpa senyum sikit kat depa. Untong-untong boleh jadi mak mentua hangpa bila depa rasa "manisnya senyuman budak ni". Hahahahaha.
TAPI, jangan nak senyum sebab nak jadikan mak mentua jek. TAK BAIKKKK NOWHHHH. Tak ikhlas namanyer tu. 
Hmm, tak kisah la dengan siapa pun yang korang senyum, senyum la dengan niat nak bermanis muka atau nak beramah mesra dengan orang lain. TAPI, jangan jadi kerang busuk pulak tau? nanti orang cakap "apa la dia ni, gila ka?" Hikhikhik. AND bila hangpa senyum, konfirm orang lain akan rasa bahagia bila ada orang senyum kat depa. Kan, kan, kan? Setuju takpa, tak setuju pun takpa. :)


2. Ucapan

Ok, ucapan ni boleh bahagiakan orang lain bila korang sampaikan ucapan atau kata-kata manis kat orang sekeliling korang. Kat family ke, kengkawan ke, kekasih hati ke, and sape-sape jela. Tak perlu ayat jiwang pun sebenarnya untuk bahagiakan orang lain. Cukup sekadar ucapan salam and "Aku tanya apa khabarrrr" macam Sona One dok ajar tu. Hehehe. Kalau agak rasa dah lama tak hubungi kengkawan tu, ringankan la jari jemari tu bukak Facebook, Twitter, Whatsapp, Wechat, Line and macam-macam lagi untuk contact dengan diaorang, buat diaorang rasa yang kita sentiasa ingatkan diaorang. Hey, I'olls tak main cakap aje tau. I'olls rajin tau berFacebook, berWhatsapp ngan orang sekeliling I'olls and I'olls tak malu pun nak ucap rindu kat kengkawan I'olls. ^_^.
Bagi I'olls, biar jauh dimata, janji dekat dihati. Chewahh!
Hmm, I'olls tak kesah kalau ada orang yang lupakan I'olls tapi yang penting, I'olls sikit pun tak penah lupakan orang yang penah datang dalam hidup I'olls. Because, memories are timeless treasures of the heart. :)


3. Hadiah

Ok, lastly hadiah. Bagi hadiah untuk bahagiakan orang lain dihari bahagia diaorang especially birthday atau anniversary.
Bab hadiah ni nampak berat kalau korang terpikir pasal hadiah mahal-mahal! Rasanya takdek dalam kamus yang hadiah ni kene bagi yang mahal-mahal kan? Cukup something yang boleh buat orang appreciate pemberian kita tu pun dah ok kan? Kalau hari jadi, cukup sekadar hadiah sepotong kek atau kad buatan sendiri. Tapi, kalau ada duit lebih, apa salahnya bagi something special sikit kan? Memang tak mampu nk bagi semua orang sekeliling kita hadiah, tapi cukup la just bagi dekat orang terdekat macam mak bapak kita atau bestfren kita. Kan?
Untuk Mak Abah, Alhamdulillah sampai sekarang aku tak lupa untuk bagi diaorang hadiah time bufday diaorang. Bagi aku hadiah tu tak seberapa berbanding pengorbanan diaorang lahirkan aku dan besarkan aku kat dunia ni. :) 
And, dengan kengkawan, dari zaman sekolah sampai sekarang, aku suka bertukar hadiah ngan bestfren aku time birthday and it was fun! Feeling appreciated during your special day. Those cards, those presents, I still keep it until now coz each one of them has it's own story. :)


Ok la. End of Story.
Takat tu jela motivasi daripada I yang Goms Tapi Coms ni (Istilah aku and Kak Sheila). Hehehe. 
See u in the next entry peeps! 
-ADIOS-




I Am The Actor Of My Life! (^_^)