Sunday, May 17, 2015

My First Handphone.

Assalamualaikum.
Harini Ahad.
So, plan nak kemas bilik yang dah dua kali lima dengan tongkang pecah dah.
Dasar anak dara pemalas? Memey ar! kekekeke. :P

So, plan pertama nak kemas bilik adalah dengan mengobek-ngobek almari.
Citernya, nak susun elok-elok bagi nampak kemas sentiasa walaupun dalam almari.
Kobek punya kobek, punggah punya punggah, terjumpa ni;


Yes! I found this!
NOKIA 3310.
MY FIRST HANDPHONE! :)

Abah gave me this when I was 13 years old, 2003.
 12 years has passed, and I still keep it.
What a memory! *_*

Bukan senang tau nak dapat handphone ni dulu.
Jenuh berebut dengan adik beradik lain.
Kakak aku Ela, pun ada handphone ni jugak.
Dia tolong mak buat kuih time bulan Ramadhan, dapat upah, terus beli handphone ni.
Dulu, budak-budak remaja sebaya aku banyak lah yang pakai handphone ni.
Adik beradik dia Nokia 3315, Nokia Butterfly.

Handphone ni, tone dia monophonic jek yang dok bunyi, "tenenet tenenet tenenetnetttt" tu.
No colour screen, no camera. Game pun ada game ular dengan sudoku jek.
Wallpaper pun hitam putih, gambar smiley, gambar bunga. Mana ada muka sendiri.
Mana yang nak canggih sikit, pakai handphone Nokia 2100, 3100 yang ada polyphonic tones, screen colour, wallpaper colour, but still no camera.
Bluetooh pun takdek, pakai infrared jek.
Budak-budak sekarang ni, mana kenal handphone ni.
Celik-celik mata, dah ada yang touchscreen, yang mp3, yang nipis, ringan, ada camera.
So, at that time, selfie-wefie ni memang takdek lah citer dia! 
Tapi, bagus jugak takdek selfie-wefie ni. Kalau tak budak-budak remaja dulu sama lah macam budak-budak sekarang ni, buat muka "duck face" tak habis-habis pastu post benda gedik "tuck canteq macam gurl awaq", "bowink", "aq cayunk ko".
Hahahahahahahaktuiiiiii. 
Geli tekak ngan biji mata nengoknye.

Handphone ni, dia punya berat jangan citer la.
Nak sampai setengah sekilo kot?
Kalau letak dalam poket, terasa macam letak batu tau?
Kalau rasa berat kat poket tu, maknanya, ada lagi la handphone tu.
Kalau rasa ringan, tu maknanya handphone tertinggal ataupun hilang la tu.
Kalau baling kat orang, konfirm seminggu benjol x surut-surut. hikhikhik.
Tapi, berat-berat pun, besar-besar pun, aku still bersyukur ada handphone.
So, boleh la mesej kengkawan, bercinta-cinta munyet bagai. kikikiki.

Emm, cepatnya masa berlalu, teknologi makin berubah, makin canggih makin banyak handphone-handphone canggih yang keluar sesuai dengan peredaran masa kini.
Kalau dulu, boleh kira jari berapa orang yang pakai handphone.
Sekarang, pergi mana-mana semua orang dah pakai handphone. Sampaikan nenek-nenek, atuk-atuk pun dah pandai pakai handphone tau? kekekekeke. :P

Anyway, thats all for now.
Nak kemas bilik pulak. Satgi Mak bising. Hehehe.
Last but not least ;
"Simpanlah benda-benda lama untuk kenangan, 
TAPI,
 jangan simpan dendam lama untuk dikenang."

-ADIOS-
.


I Am The Actor Of My Life! (^_^)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.