Saturday, June 29, 2013

Working LIFE : What It Feels Like?

He He Hello Guys!
It's been awhile since I've updated my blog. *almost 2 weeks.
Thank God that I don't have so much (or I can say any) blog-fans who keep waiting about my next update! Well, aku mana ade peminat kan? Tapi, ada aku kesah? haha. 
Its not because I don't have any story to be wrote in this lovely blog of mine. It's just that I have no time to update about anything that happened + my brain seems don't have enough energy to think what should I write to make my entry looks catchy + creative enough for others to read. *Well, nak jadi blogger kena la kreatif kan? Hehe.
AND, today, as I have a little time + energy to update about something, so I came up with an idea to update about this! Working LIFE : What It Feels Like?

OK! To those whose working or has worked, what it feels like working? Happy? Enjoy? 
Well, i wouldn't know what's your respond to this question but if people ask me Working LIFE : What It Feels Like?, my answer would be this!
|
|
|
|
|
\/
WORKING LIFE IS REALLY REALLY TIRED!

Yes, seriously, working life is really really tired! It's been a week I've done my internship and only God knows how tired I am! And this is the reason why I dont have time to update my blog. Although not so much work was given to us in this one whole week, but I still feel damn tired.
I feel like no life at all! Feel like my life are out of the rails! hoho.
Woke up in the morning, going to work, sitting at the office from 8 am to 5 pm, go home and sleep at 9.30 pm (the earliest sleeping time since I was a student).
*seriously, jadi student lagi best daripada bekerja. hoho
I'm not complaining actually, but I just want to express my self how it feels like working. 

But, FEELING TIRED is the negative part of working. Still, there's a positive part of working.
Working makes me appreciate my family more!
I appreciate Abah + Mak's hardwork in raising 6 of us!
* Terima kasih Mak Abah! Ana tak mungkin dapat balas jasa Mak Abah tu. :'(
I Salute Mak coz still can cook for lunch after going back from work!
* Lepas ni, ana akan rajin-rajin masak. :)
I respect Apul and Kak Azira still can give a lot attention of to Yaya even they're tired working!
I respect Opi and Kak Mona/Kak Lia who work hard in raising Sarah and Akma!
I respect Ella (who's preggy) who still working until her due date and respect Ijam too coz still paying attention to Ella even he's tired working!
*btw, tadi Ela dah selamat melahirkan Baby Girl! :)
And, I do respect to those who working who still can manage their family well, especially women! Mana nak jaga makan suami, anak, kemas rumah. Yeayyy! Go Go Go Women! :)

Yes, working comes with an appreciation that can make me (us) to be more matured!
It comes with an experience too and it's worth it!
SO, ENJOY WORKING PEOPLE EVEN IT IS TIRED! :)

Me, in the 1st day of intern! :)



I Am The Actor Of My Life! (^_^)

Thursday, June 13, 2013

Farewell. :'(

He He Hello Guys!
Emm, malam ni nak update pasal something yang emosional sikit. 
Nak update pasal Farewell :'( .
Emm, as usual, Exam datang dan pergi. Ada start, ada la habis nya kan? 
Ape, ingat Exam tu hari-hari sepanjang tahun ke? Haruslah tak kan? hoho.
So, bila Exam dah habis, time tu semua orang sibuk mengendong beg masing-masing nak balik kampung (termasuk aku, tapi turn aku tak sampai lagi).
Bila masing-masing balik kampung, maksudnya berpisah la kan?
Mana yang baru tahun 1, tahun 2 tu, ada la kesempatan nak jumpa lagi sem depan.
Tapi, bagi aku and kengkawan yang dah last year, last sem ni, dah sah-sah la berpisah untuk tempoh masa yang lama. Entah bila la dapat jumpanye lagi. Masing-masing tinggal jauh. Lain-lain negeri. SobSobSob. :'(

And kawan aku yang paling awal yang akan tinggalkan Sabah ialah Jamas, housemate aku. Esok dia nak fly balik Kuching dah. Sedihnya. :'(
Ai, macam tak pecaya lepas ni tak dapat jumpa and lepak-lepak and stay sama-sama lagi dengan Jamas.Tapi nak buat macam mana, nak taknak, kena percaya jugak. We have to accept the fact kan? hoho

To Jamas, take care and don't you ever-ever forget me ok! Farewell. :'(

This is Jamas.

 So, sebelum berpisah, we exchanged gift sebagai tanda kenang-kenangan.

She gave me this cute little fish. :)
I gave her this. A notebook with my message inside. :)

Btw,  this is Catherine, Jamas's fren. Dia jadi penghuni sementara kat bilik kami.
Cat, Kita kenal tak lama, tapi kita dah mesra. Farewell :'(



" Bertemu, berpisah, rindu-merindu tu adat kehidupan.
Yang indahnya, bila satu hari nanti kita akan tersenyum bila teringat akan memori-memori yang dah lama kita tinggalkan. Farewell :'( "
*Ayat ni rekaan sendiri ye, no ciplak-ciplak. hoho.




I Am The Actor Of My Life! (^_^)

Tuesday, June 11, 2013

#JuneWishes + Untuk 3 Hari

He He Hello Guys!
Disebabkan kesibukan memuncak-muncak, so aku jarang dah sangat-sangat update belog. But still, belog ni kekal putih bersih, tak berhabuk ok. hoho.
And disebabkan punyer lama aku tak update belog, so aku akan update double story in one entry. Kira macam bonus la. hikhikhik.
Hmmm!
Alooooohai, punyer la busy dengan Exam ( "busy" SANGAT), sampai tak sempat nak update pasal #JuneWishes. hoho. Tapi still tak terlambat kan nak update? Selagi tak masuk Julai tu, selagi tula boleh ye dak? hoho. So, ape #JuneWishes aku ek?

Ha! Ni diaaaaaa.....


Yup! Ni lah #JuneWishes aku.
Memandangkan aku skang berada di penghujung-penghujung zaman belajar, so aku ade sikit nervous.
Dalam hati sibuk dok pikir : "Lulus ke Exam kali ni? Boleh konvo ke tahun ni?" hoho.
Bukan ape, takut jugak la kot kecundang di penghujung jalan.
Waaaa, taknak! Nak konvo, nak konvo, nak konvo. *ok, stop pikir bukan-bukan.
So, I hope All is Well.
Exam will be ok. Internship at SUHAKAM will be ok.
INSHAALLAH.

Ok, jom gerak ke next entry pulak! Tajuk entry kedua ni Untuk 3 Hari.
Ha, ingat Afdlin Shauki jek yang boleh buat cerita tajuk Untuk 3 Hari ? Aku pon boleh tau. Kelas kan aku? haha.
Sebenarnya aku nak update entry ni lama dah, cumanya takdek kesempatan.
Entri Untuk 3 Hari ni sebenarnya aku nak cerita pasal pengalaman aku kat Sabah ni yang bagi aku sangat best. Another fond memories that will be added in my life diary! :)

So, let's start with Hari Pertama (1 Jun 2013).
Hari Pertama, Aku, Huda and Zeera bertolak ke Lok Nunuk (perkampungan nelayan di Tuaran) sebab esoknya nak attend wedding abang angkat Huda. Aku memang super duper excited tak ingat sebab first time nak pegi kampung yang agak pedalaman kat Sabah ni ha. Emm, memang jauh kedalam, dari KK ke Tuaran jek pun dah sejam lebih + 40 minit masuk kampung tu dari jalan besar. *hah, kira la sendiri. Seriously, memang letih drive + takut sebab hujan lebat tak nampak jalan. Tapi bila dah sampai kampung tu, lega tak terkata. Alhamdulillah, hilang segala penat. Sampai-sampai jek kat kampung tu, rehat-rehat sekejap, terus pergi rumah kenduri, tolong apa-apa yang patut. Kami tolong kupas bawang jek. Itu jek yang mampu. Nak tolong masak, silap-silap ada yang keracunan makanan esok. haha. Lepas kupas bawang, tuan rumah jamu makan and hidangan special die ketam. Tapi, aku kurang excited la tengok ketam sebab aku tak gemar ke ketam langsung! Selesai makan, bermulalah sesi karaoke anjuran tuan rumah. Tengok orang-orang kampung menyanyi memang syiokkk sangat. Yang jadi tak syiokkk bila kami yang digelar "orang jauh" dipaksa menyanyi. Waaaaaa, taknak! Kalau dalam Kbox, takpe jugak, takdek orang dengar. Ni satu kampung kot nak dengar. Ade jugak muncul guruh kilat dilangit kang. Tapi disebabkan dipanggil berkali-kali, so terpaksa lah kami menyanyi jugak. Aduyai, malunya taktau nak habaq bila tengah menyanyi, semua orang kampung pandang-pandang. Siap lah makcik-makcik kat depan tu buat muka "boleh jadi menantu aku ke tak ni? ". Maluuuu. Tapi, gasak lah. Bukan nak jumpa lagi lepas ni. haha. Lepas menyanyi, kami layan tengok orang kampung menari pulak. Macam-macam tarian Sabah yang diaorang menari. Cute sangat. Mujur kami tak dipaksa menari malam tu, kalau tak, konfirm tutup muka ngan tudung periuk lepas tu. kikiki.

Ok, sambung dengan Hari Kedua (2 Jun 2013) pulak.
Hari Kedua, kami bangun awal untuk tolong apa yang patut kat kenduri tu. kami tolong masukkan kuih-kuih dalam bekas and hidang lauk kat meja buffet. So, lepas dah buat kerja, kami makan. And sekali lagi, ketam menjadi hidangan utama. Punyer la Huda ngan Zeera hentam ketam tu, tapi aku, makan kaki ketam jek. Just nak rasa jek, but still, aku tak tergoda pun dengan rasa ketam tu sebab akulah manusia yang tidak gemarkan ketam. hoho. Agak-agak puas duduk kat rumah kenduri tu, dalam pukul 1, kami pun mintak diri nak balik KK. Taknak balik lewat sangat sebab takut hujan, nanti tak nampak jalan. Tapi, kami tak terus balik KK, tapi singgah Kota Belud dulu memandangkan jarak Kampung Lok Nunuk dengan Kota Belud dekat aje. Lagipun, aku saja nak melawat kota Belud tu memandangkan aku tak pernah sampai sana. So, bila dah ada peluang, apa lagi tunggu kan? Lepas pusing-pusing Kota Belud sekejap, kami pun bertolak balik ke KK. tapi sebelum balik KK, kami singgah dulu Tuaran dengan Tamparuli (tengok jambatan gantung Tamoaruli dengan pergi Sungai Kiulu). Eh, banyak pulak persinggahannya kan? Biasalah, dah namanya pun jenjalan, mestilah merayap ke semua tempat kan? kehkehkeh. Habis meronda, kami balik KK. Tapi, rondaan kami tak berhenti kat situ jek sebab last minute kami buat cadangan nak pergi ke Bongawan melawat Mak Bapak angkat aku. Rindu pulak rasa hati ni. So, malam tu kami bertolak ke Bongawan dan Alhamdulillah, sampai jugak kami kat rumah Mama and Bapak and hajat aku dulu nak bawak Huda bermalam kat sana tercapai!

Ok,nak citer pasal Hari Ketiga (3 Jun 2013) pulak.
Hari Ketiga pulak, kami bangun pagi-pagi sebab nak cari air terjun kat Bongawan tu. *maklumlar, kami ni gilakan air terjun. hoho. Tanya Mama, Bapak and Kak Yan, semua taktau mana ada air terjun. Last-last tanya Ika tanya lokasi air terjun tu sebab dia pernah pergi. Nama air terjun tu Sirung Sumandak, katanya, air terjun ni 7 tingkat tapi kami hanya mampu mandi kat tingkat bawah jek, tak sampai atas pun. hoho. Dah puas mandi, kami pun bersiap nak balik KK. tapi tanpa dirancang, kami singgah Kimanis (bersebelahan Bongawan) kejap untuk melawat Mak angkat Zeera pulak. Bagi chance la kat Zeera pulak lepaskan rindu kat Mak angkat dia memandangkan aku ngan Huda dah lepaskan rindu ngan Mak Bapak angkat masing-masing. hehe. Lepas singgah rumah Mak angkat Zeera, mak dia ajak kami makan kat Papar pulak, Alhamdulillah, murah rezki kami. Makan Free sepanjang 3 hari. kikiki. :) Lepas makan, terus balik KK and singgah Zoo Lok Kawi sekejap sebab alang-alang dah lalu. Hehe. Lepas tangkap-tangkap gambar, terus bergerak balik UMS. Sampai UMS< terus minyak kereta habis (disebabkan meter minyak rosak) tanpa sedar. Mujur ade Shadrach yang baik hati tolong belikan minyak. Thanx Rach. :) Balik hostel, semua tido gara-gara kepenatan yang amat sangat. Ape-ape pun, perjalanan kami Untuk 3 hari ni memang sangat best and takkan dilupakan sampai bila-bila. :)

Meh tengok gambar!
Eksyen jek, tapi tak makan pun. haha.
Hantu ketam. kikiki.
Dengan Refkha, kawan Refkha and Izzati.
KAMI. :) 
Cantik kan kampung ni?
Air Terjun Suring Sumandak. :)
 p/s : lupa nak snap pic setiap papan tanda tempat kami pergi. hoho.


Fuhhhh, punya panjang entri kali ni kan? Hahaha.
Anyway, enjoy reading ok! ADIOS :)



I Am The Actor Of My Life! (^_^)