Sunday, February 12, 2012

Kisah Bayan


Alkisah..
Pada zaman dahulu,ade seekor Bayan..
Bayan ni bijak,pandai menyanyi,bercakap..
Bayan ni dibela oleh seorang pemuda kampung..
Ramai penduduk kampung tertarik dgn kebijaksanaan Bayan ni..

Pada satu hari,seorang raja terdengar kisah Bayan ni..
Raja berminat utk memiliki Bayan ni..
Bayan dibeli dengan harga yg tinggi..
Bayan diletakkan dalam sebuah sangkar besar..
Setiap petang,Bayan menghiburkan raja..

Tapi..
Lama-kelamaan,Bayan berasa terkurung dalam sangkar..
Satu hari,,Bayan pura-pura mati utk melepaskan diri..
Lalu raja memerintahkan pengawal untuk kebumikan Bayan..
Bayan diletakkan atas tanah ketika pengawal sibuk  menggali lubang..
Ketika pengawal leka menggali lubang,Bayan dengan pantas terbang tinggi..
Lalu,terlepaslah Bayan dari cengkaman raja..

HMMM.....

Kenapa aku cite pasal Bayan??

SEBAB.....

Kisah ni Mak citer kat Abah malam tadi masa Abah tengah drive on the way balik kampung supaya Abah hilang ngantuk..
Bagi org lain,,mungkin citer ni citer biasa..
Tapi bagi aku,,citer ni ade sentimental value-nya tersendiri..
I Love Them!


I Am The Actor Of My Life! (^_^)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.