Assalamualaikum w.b.t.
Harini sabtu, kena kerja lol. Tapi, tak banyak kerja yang boleh buat. So, curi masa sikit tulis blog. Hikhikhikhik.
Ok la, harini tetiba rasa nak tulis topik
"Yang Pergi Takkan Sama"
So, apa yang pergi takkan sama tuuu? So, selalunya tentang manusia la kan? Selalu bila orang yang rapat dengan kita, hilang daripada kita, mesti kite selalu rindu kan? Ego macam mana pun, perasaan rindu tu tetap ada kan? Dan orang yang baru yang datang, pun, takkan sama dengan yang lama tu. Because everyone have different character, different thought about us!
I once lost my bestfriend, but because of our ego, we've never been like before dah. Daripada Form 1 sampai Form 6 berkawan, tapi bila masing-masing masuk universiti, everything's changed. Tipu lah tak rindu, tapi nak buat macam mana. Things have to go on this way.
Then in university, I have this one geng that we were very close, sooo close until we rent the same house and live together. Tapi, panas tak sampai ke petang, hujan di tengahari. We have some issues and we separate. We're still friends now, but things are not the same like before. Kami hanya mampu ungkapkan rindu tapi nak balik kepada masa sebelum ni adalah mustahil sebab bila benda dah lepas, tak mungkin la nak patah balik kan? Yang kita mampu hanya mengenang masa lalu.
During work also I have some people who are very close to me but still, because of some bad issues, we are no longer close and we were like strangers.
So, apa yang aku nak sampaikan kat sini, "Yang Pergi Takkan Sama" tu adalah, manusia datang dan pergi daripada hidup kita. Yang pergi daripada hidup kita tu, bila die kembali lagi, perasaan tu tak mungkin akan sama lagi dah dengan yang sebelum ni. Mesti rasa macam ada batas untuk rapat macam sebelum ni. Baik, memang lah baik, tapi tetap jugak takkan sama. Perasaan yang dah pergi, dah hilang tu, tetap takkan sama bila patah balik.
Tapi, datangnya orang-orang dalam hidup kita ni semua ada sebab, semua dah ditentukan. Ada yang datang lebih baik daripada sebelumnya, dan ada yang datang lebih buruk daripada sebelumnya. Mana yang baik, jadikan pedoman sebab mungkin yang baru datang tu mampu bimbing kita, dan mana yang tak baik tu jadikan pengajaran supaya bila kita jumpa lagi orang-orang macam tu, kite tau macam mana nak handle.
Hmm, ada ketika, kita akan rindu orang-orang yang pernah hadir dalam hidup kita ni kan? Rindu yang tak boleh nak diungkap. Senak dalam jiwa. Ceh! Tapi, apa yang kita mampu buat bila kita rindu, doa yang baik-baik jela dengan harapan orang tu pun akan rindukan kita jugak. Dan jangan pernah simpan perasaan yang tak elok pada orang-orang yang dah tak suka kita atau benci kita sebab dendam adalah penyakit paling teruk untuk hati.
Tapi, apa yang penting, sentiasa bersyukur dengan orang yang masih ada dengan kita. Hargai dan sayang orang-orang yang ada dengan kita sekarang ni. Jaga elok-elok supaya diaorang pun tak pergi daripada kita. Sebab bila diaorang dah menjauh, benda takkan sama lagi dah. Sebab apa?
Sebab "Yang Pergi Takkan Sama"
I Am The Actor Of My Life! (^_^)