Sunday, August 17, 2014

Pandangan Buruk Manusia.

Assalamualaikum.
Memandangkan hujung minggu ni takdek jemputan rumah terbuka untuk dihadiri, duduk rumah aje. So, bila boring-boring, tetiba rasa nak menaip pulak. :)

Kali ni aku rasa nak tulis serba sikit la pasal "Pandangan Buruk Manusia".
Yes, pandangan buruk orang lain pada kita dan juga pandangan buruk kita pada orang lain.

Aku saja post kat Facebook, tanya ;
"Penting ke pandangan orang pada kita?"
Dan, ada seorang sahabat menjawab;
 "Tak penting, tapi pandangan orang pada kita boleh buat kita jadi down"

Yes, exactly! Aku setuju sangat ngan dia.
Kita sebagai manusia yang hidup bermasyarakat, sedikit sebanyak akan terkesan jugak dengan pandangan orang pada kita kan?

Contohnya, bila kena jeling, mula rasa diri tak disukai kan?

Contoh lagi, bila tengok orang berbisik depan kita, mula la rasa kita diumpat kan?

Contoh lagi, bila orang lain post something kat Facebook, mula la kita nak terasa "eh, dia ni cakap aku ke, die ni perli aku ke?"

*Eh, berapa banyak contoh la nak bagi? Paham-paham sendiri la ye. :)

Well, secara jujurnya, macam tula manusia kan? Suka buat andaian bukan-bukan walaupun belum tau hakikat sebenar.
Dah kata manusia kan, sikit sebanyak konfirm ade sikap prejudis pada orang lain kan?
Termasuk aku jugak yang kadang-kadang tak pernah terlepas daripada sikap suka menilai orang lain. DAN, aku jugak mungkin tidak terlepas daripada pandangan buruk orang lain. Wallahualam.

Hmm, bila berdepan dengan benda ni, memang susah.
Apa yang aku cuba nak sampaikan (*untuk peringatan diri sendiri jugak) ialah ;
Peduli lah apa yang orang nak kata, orang nak tuding, orang nak umpat, orang nak cerca tentang hidup kita sebab orang lain takkan pernah berdiri dalam kasut kehidupan kita. 
They know nothing about us coz they're not in our shoe.
Bak kata Dr. Tengku Asmadi, "Saiz Kasut Manusia Takkan Pernah Sama"

Lagi satu, bila berdepan dengan situasi macam ni, katakan pada diri ;
Hidup kita, kita sendiri yang jalani, susah senang, semua kita yang rasa.
Hati dan pemikiran kita, kita yang didik, sedih gembira kita yang rasa.

Hakikatnya, pandangan buruk orang lain pada kita memang tak penting langsung pun!
Malah kalau dipikir secara logiknya, pandangan orang lain kat kita tak akan effect pun walau sebesar zarah sebab hidup kita, hanya kita yang paham, hanya kita yang tentukan.
Even parents atau family kita sendiri pun tak dapat selami sepenuhnya jiwa kita dan apa yang kita lalui, inikan pulak orang luar kan? 
So, why should we bother about others kan? 

Lagi satu, apa yang aku cuba nak sampaikan (*untuk muhasabah diri sendiri), kita sendiri perlu elakkan diri kita daripada menilai orang lain supaya benda tu tak berbalik pada kita.
Kalau satu jari tuding kat orang lain, mungkin yang empat itu berbalik pada kita.
Kalau salah orang yang kita nampak, mungkin sepuluh lagi aib kita akan terbuka.
Kalau kita tak pandang buruk pada orang lain, insyaallah Allah akan lindungi kita daripada pandangan buruk manusia yang lain. 
Ingat jek satu benda, hidup dan mati kita hanya untuk Allah, bukan manusia.
Wallahualam. 

Hmm, itu ajelah aku nak kongsi.
Aku mungkin tak baik, tapi aku pun layak untuk muhasabah diri untuk jadi lebih baik kan?

Pesan Si Comel Yang Comel 20 tahun dulu. :)

-ADIOS- :)



I Am The Actor Of My Life! (^_^)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.