Rasanya belum terlambat lagi utk aku ucapkan
"Selamat Hari Raya"
Maaf Zahir dan Batin..
Heheheeee..
Sedar tak sedar, dah lebih seminggu kita menempuhi bulan Syawal kan? Haii, cepatnya masa berlalu kan? Tapi, walaupun dah lebih seminggu, kemeriahan Syawal tu tetap terasa sebab banyak jemputan ke open house sekarang ni..makan pree,sape taknak..kikikiki..Cek Suka! Cek Suka! hehehehe..lagipun radio-radio pun tak habis2 lagi dok putaq lagu-lagu raya..Emm,tahun ni seperti tahun-tahun kebiasaannya, aku akan balik Gerik, kampung halaman mak..yela,nak balik kampung abah,nun kat sabah tu..jauh kot..lagipun atuk n nenek belah sana dah tak ade lagi..huhuhu..
Raya Pertama, aktiviti dipagi raya sama jugak mcm tiap2 tahun..pagi2 dah bangun utk sarapan..eh! menyiapkan hidangan ler,bukan sarapan..hehehehehe..letak kuih dalam balang,potong lemak,cedok rendang n macam2 lagi la..busy bebenor ler..al-maklum ler,raya kan setahun sekali..lepas jek kaum2 adam dalam family aku balik sembahyang raya,kami pun mula la bermaaf-maafan..tak lupa jugak aktiviti beri n terima duit raya..itu penting ye dalam bulan Syawal ni..heheeee..aku yg muda ni,berperanan sebagai penerima Duit Raya jela..Cek Suka! Cek Suka! hehehehe..maklumler,student mane ade duit nak bagi kat org..huhuhu..lepas tu,kami pun berkunjung ke rumah saudara-mara terdekat..hampir 7 buah rumah jugak la yg kami pegi..macam nk pecah perut aku ni ha makan macam2..huhuhu..sabor jela..sape suruh makan banyak kan?? Rasakan..haha!
Raya Kedua, ingatkan nak ziarah saudara-mara kat Baling,Kedah..tapi niat tu tak kesampaian sebab pagi subuh, aku dapat panggilan bagitau yg Cik Napi,jiran lama kami kat Berek Polis Kg. Rapat dulu dah pulang ke rahmatullah n terpaksa pulang ke Ipoh..Al-fatihah untuk Arwah Cik Napi.. :(
Raya ketiga, disebabkan penat baru balik dari kampung,kami stay kat rumah aje n tunggu org datang beraya ke rumah..start Raya keempat, baru kami pergi beraya ke rumah-rumah jiran dekat rumah..pastu aku beraya kerumah keluarga angkat aku iaitu ke rumah along n cik dah..Raya kelima,open house kat umah aku tanpa dirancang sebab dari pagi sampai malam tak putus2 orang datang kerumah..kawan2 pun aku x sempat jemput sebab x expect pun nk buat open house..emm,maybe next time..heheee..Raya keenam, stop beraya n rehat2 kat rumah jek sebab Raya ketujuh tu,kami pergi beraya ke Kedah,kerumah bakal kakak ipar n balik dari Kedah,kami singgah kerumah mak ngah kat Kuala Kangsar..penat memang penat tapi seronok sebab dapat jumpa dengan family..Cek Suka! Cek Suka! hehehehe.. :)
Ok la..sampai sini jela entri Rentetan Syawal aku..kalau nak cerita semua,memang takkan habis..heheee..anyway, Syawal kali ni mendatangkan kenangan manis untuk aku n aku harap dapat berjumpa dengan Syawal lagi.. :)