Wednesday, March 28, 2012

Jangan Lupa!


Jangan Lupa!

Sepi bukan bererti Hilang..
Diam bukan bererti Lupa..
Jauh bukan bererti Putus..

Jangan Lupa!

Kita punya dua mata..
Yang tak selalu dapat melihat..

Kita punya dua tangan..
Yang tak selalu dapat menyentuh..

Kita punya dua kaki..
 Yang tak selamanya dapat berjalan bersama..

DAN...

Jangan Lupa!

Kita punya hati..
Yang selamanya mengingati dan mengasihi.. 





I Am The Actor Of My Life! (^_^)

Thursday, March 22, 2012

Dua Puluh Dua

Hari ini..
Dua Puluh Dua Mac 1990 2012..
Genaplah umur aku Dua Puluh Dua Tahun..:)

So!!! Happy 22nd for me!! hehehe


Hari berganti hari..
Tahun berganti tahun..
Aku makin tua..
Tapi tak tua sgt hokeyyy! :P

Banyak ucapan dan doa yg aku terima arini..
Dari family,kengkawan..
Serius,aku teeeerrrrrrhaaaaaruuuuuuu!
Huhuhu..

Paling syok bile Athirah bawak aku pegi makan ikan bakar kat Pasar Filipina..
Dah lame aku teringin nk makan tauuu..
Fuhhhh! Yummy x hingat!!
Pastu die siap belikan kek cokelat!
Thanx Tirah..
U Make my day! :)

Dua Puluh Dua tentang aku!

Penyayang.. Happy-go-lucky.. Pelawak.. Ceria.. Suka Ketawa.. Pemaaf.. Peramah.. Garang.. Sensitif.. Cengeng.. Rajin.. Penakut.. Boleh Diharap.. Suka membebel.. Single.. Setia.. Bertanggungjawab.. Pembuli.. Friendly.. Kuat Cemburu.. Kuat Makan.. Kuat Tido..

Hahaha..
Ni semua tentang aku yg aku notice ler..
Korang nk pecaya ke,xnak pecaya ke,,sukeati..
Ade Aku Kesah??? :P

Ya Allah..
Aku bersyukur diatas kurniaanMU..
Aku bersyukur kerana masih diberi peluang untuk bernafas..
Aku besyukur kerana masih diberi peluang untuk melihat dunia ini..
Tingkatkanlah keimananku ya Allah..
Jadikanlah aku wanita solehah..
Kurniakanlah aku kebahagiaan dunia dan akhirat..
Amin :)



I Am The Actor Of My Life! (^_^)

Sunday, March 18, 2012

Aku Ingin Menjadi Seperti Edelweiss!

Edelweiss!
Bunga cinta abadi..
Bunga dilindungi..
Bunga dijaga rapi..
Bunga disayang mati..

Edelweiss!
Bunga larangan..
Memilikinya bukan mudah..
Memerlukan kegigihan..
Memerlukan seribu lelah..

Edelweiss!
Bunga suci murni..
Letak duduknya tinggi..
Payah untuk dijejaki..
Tidak mudah dipijak-pijak mati..

Aku ingin menjadi seperti Edelweiss!

Yang disayangi..
Yang dilindungi..
Yang dijaga rapi..
Yang payah ditakluki..

Andai saja Edelweiss itu wanita..
Aku ingin menjadi seperti Edelweiss! :)





I Am The Actor Of My Life! (^_^)

Friday, March 16, 2012

Harga Sebuah Rindu!

Rindu..
Berapa harganya???

Argghhh!
Tidak ternilai harganya..
Tidak terhitung harganya..

Jika titis air mata mampu membayar harganya rindu,,
pasti buta mata kerana rindu tidak pandai habis..

Jika sekaki gunung mampu membayar harganya rindu,,
pasti gondol gunung kerana rindu itu tidak pandai hilang..

Argghhh!

Rindu itu satu penyeksaan!

Aku rindu kamu!

* Rindu ini jangan disalah tafsir..:)



I Am The Actor Of My Life! (^_^)

Thursday, March 08, 2012

Selamat Hari Wanita,WanitaKU!

Ketika aku dilahirkan..
Ada wanita yang memegangku..
Itu Emak..

Ketika aku membesar..
Ada wanita yang melayanku..
Itu Emak..

Ketika aku bersedih..
Ada wanita menjadi penghiburku..
Itu Emak..

Selamat Hari Wanita Emak!
Mak wanita terbaik dalam hidup Ana..
Ana sayang Emak..

Ketika aku membesar..
Ada wanita yang bermain-main dengan aku..
Itu Ella n Ninah..

Ketika aku kanak-kanak..
Ada wanita yang bergaduh dengan aku..
Itu Ella n Ninah..

Ketika aku remaja..
Ada wanita yang menjadi pendengar ceritaku..
Itu Ella n Ninah..

Selamat Hari Wanita Ella n Ninah!
Kamu kakak dan adik terbaik Ana..
Ana sayang kamu..

Juga untuk kakak iparku, Kak Azira...

Selamat Hari Wanita!
Ana sayang Kak Azira..


Kalian adalah WanitaKu..!
Wanita terbaikKu..!
Selamat Hari Wanita..!




I Am The Actor Of My Life! (^_^)

Sunday, March 04, 2012

Bicara Hati..

Bicara Hati..
Terucap dalam hati..
Tiada siapa dengari..

Bicara Hati..
Tersimpan dalam hati..
Tiada siapa fahami..

Bicara Hati..
Ingin diri dirindui..
Ingin diri disayangi..

Bicara Hati..
Tidak mahu sepi..
Tidak mahu sendiri..

Bicara Hati..
Diri tidak mahu dilupai..
Hati tidak mahu dilukai..

Bicara Hati..
 Andai saja didengari..
Andai saja difahami..

Sayang seribu kali sayang..
Ini hanya Bicara Hati..
Tiada siapa dengari..
Tiada siapa fahami..

Ya! Tiada siapa!

Bicara ini jangan disalah erti.. :)



I Am The Actor Of My Life! (^_^)

Thursday, March 01, 2012

Februari Pergi Membawa Mac..

Februari Pergi Membawa Mac..

Februari yang pergi meninggalkan banyak kenangan..
Februari lalu membawa banyak kegembiraan..
Februari lalu membawa banyak kebahagiaan..
Juga membawa kedukaan namun sedikit..

Aku sayang Februari lalu..

Mac datang menggantikan Februari..

Adakah Mac akan mendatangkan kegembiraan?
Adakah Mac akan mendatangkan kebahagiaan?
Adakah kedukaan Mac lebih dari Februari?

Kita nantikan saja..
Kita lalui saja..
Kita hadapi saja..

Kerana hidup itu pelbagai..
Kerana itu semua takdir..
Kerana kita harus menerima Qada' dan QadarNya..

Aku akan sayang Mac seperti Februari..



EVERYTHING IN LIFE IS LUCK!
Do not regret one moment of our life!
 

I Am The Actor Of My Life! (^_^)