Wednesday, July 15, 2015

Menjaga Kain Sendiri Daripada Tercarik

Salam.
Pejam celik, pejam celik, lagi dua hari dah nak Raya.
Eksaited ke nak Raya? Entah laaaaa.
Cepat jek Ramadhan nak tinggalkan kita.
Mungkin kesibukan yang membuatkan aku rasa Ramadhan cepat jek nak habis.

Well, dalam hujung-hujung Ramadhan ni, kebanyakan orang sibuk mencari pahala sebanyak mungkin disebabkan mereka tahu Ramadhan ni penuh berkat. 
TAPI, ada jugak umat manusia yang sibuk dok gali hal peribadi orang lain. Sibuk jaga tepi kain orang lain tanpa sedar yang kainnya sendiri sudah lama tercarik. Dia tak sedar yang orang lain dah lama dah nampak betis dia (tak tahu la membunting padi ke tak tu) ekoran kainnya dah lama tercarik, tunggu masa nak tertanggal tu. 

Suprisingly, dalam bulan Ramadhan yang mulia ni, ada orang (whom I knew) hantar mesej layang menggelarkan dirinya bunian. Apa kandungan mesejnya, biar aku aje lah yang tahu. Bukan apa, hantar mesej layang tu bukan tindakan yang bijak sebab dari segi lenggok bahasa tu pun aku boleh tahu siapa orangnya. Bila kita hantar mesej layang ni, mengatakan yang tidak-tidak, automatically, orang boleh cop kita "busy body"

Yes! 
Kita boleh ambik tahu hal orang lain, boleh tegur mana yang tak patut, tapi jangan sampai sibuk sangat jaga tepi kain orang lain sampai kita tak sedar makin lama, kain yang kita pakai makin tertetas, dan, mungkin lama-kelamaan, kain tu mungkin akan terlucut dengan sendiri. Kalau peribadi, kehidupan kita sendiri pun belum cukup betul, cuba betulkan dulu, supaya bila kita nasihat orang lain, baru orang lain ada sifat mahu mengikut. Ini, kalau diri sendiri pun tak tunjuk peribadi yang baik, macam mana nak jadi contoh kan? 

Well, last but not least, tak salah pun untuk menasihati orang lain sebab kita manusia, bukan perfect dan sentiasa memerlukan nasihat dan bimbingan untuk menjadi yang lebih baik tapi seeloknya teguran yang diberi tu mesti kena pada tempat/keadaan dan dengan tujuan untuk bimbingan dan tidak meburukkan orang lain atau pihak ketiga. Dan yang penting, ukur peribadi sendiri sebelum kita ukur peribadi orang lain. Kbai. 



I Am The Actor Of My Life! (^_^)

Sunday, July 05, 2015

Hati Perempuan.


Hati perempuan ni dia mudah berbolak balik. Kadang dia rasa suka. Kadang dia rasa benci. Kadang dia rasa menyampah. Kadang dia rasa meluat. Tapi tu semua mainan hati dia jek semata-mata. Jauh dalam hati dia sebenarnya, dia masih ada rasa concern, care pasal orang lain. Cuma bila emosi dia mudah terganggu, tu yang dia rasa bukan-bukan and melalut yang tidak-tidak tu. Sekeras mana pun hati perempuan tu, kalau kena dengan caranya, lembut jugak. Aku perempuan, aku tahu lah!





I Am The Actor Of My Life! (^_^)