Thursday, September 28, 2017

Family Day Anak Cucu Razak 2017

Assalamualaikum.
Hey U'ollsss. Lama dah rasa aku tak update blog ni. Busy benor komeeee.
Ok, entri kali ni, aku nak cerita pasal Family Day keluarga sebelah Mak aku yang berlangsung dua minggu lepas. Ha, tengok? Berapa minggu punya cerita, baru ada masa nak cerita sekarang. Hikhikhik.

Family Day Anak Cucu Razak 2017, ni kira macam julung-julung kali lah diadakan sebab tak pernah buat pun sebelum ni. Siri 1 gittew. Haha! Ni pun sebab masa adik beradik Mak berkumpul raya haritu, Makcik come with the idea nak buat family day. And lepas meeting semua (meeting? Haha!), we all agreed to choose Teluk Batik for the occasion. Pergi dekat-dekat dulu lah sebab baru first time kan? Lagipun dekat dengan pantai senang sikit nak buat apa acara pun.

On 09.09.09, sampai lah masa family day nyaaa. Wow! Excited! Sebab ni first time family day kan? 
Punya happy sampai rasa nak nyanyi lagu; 

"Because I'm happy, clap along if you feel like a room without a roof"
Because I'm happy, clap along if you feel like happiness is the truth"

So, kami check-in dekat Denai Chalet Teluk Batik tu (eh, betul ke nama chalet tu? ) pukul 1. Lepas letak barang, rehat-rehat, siapkan barang makan semua, benda wajib sebelum apa-apa aktiviti mestilah bergambar dulu kan? Heh! Jenuh la nak kumpulkan semua orang walaupun tak ramai mana. (Anje, anak Mak Ngah jek takdek. Huhu). Riuh sekampung pompang-pompang. And, finally, this is what we have;



Ok, so lepas dah bergambar semua, ape lagi. Pergi ke laut ler. Mandi-manda hoora horay bercanda di pasiran pantai bagai ler. Hahahaha. Ada yang mandi, ada yang naik banana boat, main bola, tanam badan dalam pasir pun ada. It was fun though. Happy tengok semua orang having a quality time. So, lepas dah puas mandi tu, semua balik chalet untuk sesi sukaneka dan barbeque! Makan yeay! Sementera tengah bakar-bakar ayam, ada la sukan sikit-sikit kasi happy semua orang. Ada acara sambung tali, makan buah epal, kutip gula-gula dan karaoke. Meriah la jugak. Meh nak share gambar sikit. Hehehehe.

 


      

             

         



So, malam tu, ada la acara potong kek sempena birthday Ahmad, Sarah and Makcik sebab lahir bulan September. Lepas potong kek tu, ada saringan untuk juara karaoke. Dan juaranya, Wan, adik aku. Tak sangka suara Wan sesedap tu. Pasnie ada la geng nak karaoke. Kehkehkeh. Malam tu jugak ada acara karaoke duet dan pemenangnya adalah pasangan kembar, sepupu aku, Nabil & Nabilah. Sambil karaoke, sambil tu buat lucky draw. Family aku ngan family Mak Ngah, hampir semua orang dapat. Bolot habis hadiah! Hahahahaha. Rezeki, rezeki! Aktiviti habis sampai berapa pagi entah and yang bestnya, last-last Mak duet ngan Abah lagu Sandarkan Pada Kenangan. Pewittttt! Haha


So, esok harinya, bangun pagi, ada aktiviti senamrobik kome. Instructor nya Abah. Hahahahaha. Gayanya asyik sama jek. Yang bestnya tu, walaupun gayanya sama, tapi semua pun join. Memang meriah habis senamrobik pagi tu. Sampaikan jiran-jiran chalet yang lain pun join jadi penonton setia. Lepas senamrobik, ada aktiviti check darah, untuk nak tau ada kencing manis ke tak. Alhamdulillah, 99% takdek kencing manis, yang ada cuma Mak and Tok jek. Lepas check darah, having breakfast, lepastu pegi mandi laut berjemaah. Mandi sampai pukul 11 mcm tu kot? Lepas mandi, siap-siap nak balik. Sedih pun ada. Tak puas nak bersama dengan sanak saudara. Kalau seminggu kan best. Takpela, next time buat lagi.

Ok la, that's all for now. Bos dah sampai tuuuu. Hekhekhek.
ADIOS



I Am The Actor Of My Life! (^_^)