Assalamualaikum.
So, malam ni rasa macam nak tulis sikit pasal topik
"Manusia dan Janji."
Yeah, rasanya Manusia dan Janji tu seperti dua sahabat akrab yang memang tak boleh dipisahkan. Boleh juga dikatakan Manusia dan Janji tu dua benda yang saling melengkapi.
Kalau sayang, manusia berjanji untuk sehidup semati.
Kalau benci, manusia berjanji takkan bersama lagi.
Kalau nak berjaya, manusia berjanji akan berusaha.
Kalau gagal, manusia berjanji akan bangkit.
Kalau dah dapat apa yang dihajati, manusia janji tak lupa diri.
AND MANY MORE.
Tak kata orang lain lah, aku pun tak pernah lari dengan janji.
Contohnya berjanji nak jadi anak yang baik, rasanya belum sepenuhnya. Masih belum mampu senangkan hidup Mak Abah, masih belum mampu nak penuhi impian Mak Abah, dan masih belum mampu nak bagi hidup yang sempurna untuk Mak Abah.
Lainnya, berjanji nak jadi kawan yang baik, kawan sampai mati, tapi at the end, tetap tak boleh hadap kawan-kawan 24 jam sebab tuntutan hidup yang lain yang lebih diutamakan. Berjanji nak jadi a good listener, tapi mungkin belum mampu nak puaskan hati kawan-kawan dengan layanan diberi.
Berjanji dengan kekasih nak sehidup semati, tapi at the end, putus tengah jalan. Kira macam mungkir janji la jugak kan?
So, just to conclude, Manusia dan Janji ni bukan satu kombinasi yang baik lah. Ada yang betul-betul berjanji, mampu tepati. Ada yang hanya pandai berjanji tapi dicapati. Tipu lah kalau diri kita sendiri pernah berjanji dengan orang tapi kita mungkiri kan? Dan kita jugak mesti pernah terima janji-janji manis orang sekeliling kita, last-last habuk pun takdek kan? Sakit hati kan?
But whatever reason is, semuanya berbalik pada diri kita sendiri.
Jangan sekali berjanji benda yang tidak-tidak, yang mungkin kelak akan menyusahkan diri kita sendiri. Kalau kita berjanji, janji lah dengan benda yang kita rasa kita mampu tunaikan. Kalau tak tunaikan cepat pun, at least, ambik masa untuk tunaikan. Kita taktau bila masa orang yang kita bagi janji tu akan pergi and kita pun taktau sempat ke tidak kita nak tunaikan janji kita tu. Kalau tak sempat, nak cari dia kat mana? Nak tunaikan kat Padang Mahsyar ke? Hmm.
DAN, kalau kita rasa kita tak mampu nak buat (cakap kosong) lebih baik kita jangan bagi harapan kat orang. Sebab kita taktau, sedikit sebanyak, kepercayaan orang pada kita mungkin akan hilang. Like one said, once the glass is broken, it cannot be fixed to be the same, as well as TRUST.
Note to Self:
“Dan penuhilah janji, sesungguhnya janji itu pasti dituntut pertanggungjawabannya“
( Al Isra 34 )
Berjanji itu mudah.
Menunaikannya itu susah.
Kerana berjanji itu hanya menggunakan mulut.
Tetapi menunaikannya itu menggunakan pergerakan anggota badan.
*Nota kaki jap.
Ada seorang kawan, janji nak belanja 7 hari ke, 14 hari ke, tapi, sampai sekarang tak nampak bayang. Senyap macam tu jek.
Haih! Kinda heart break. 💔
-END-