Assalamualaikum.
Harini dah 03/01/2016.
Dah masuk tiga hari dah tahun baru tapi jari baru rasa nak bergerak untuk menulis.
Selalu tahun baru ni, sinonim dengan azam kan?
So, apa azam tahun baru aku ye?
Hmm, sejujurnya, aku pun taktau apa azam aku tahun baru ni.
Sebab bertahun aku berazam pun, aku rasa sama jek aku ni, tak ubah-ubah.
Aku yang taknak berubah, atau keadaan yang memaksa aku untuk tidak berubah?
Haisy, entah la. Apa yang patut aku azamkan pun aku taktau.
Berazam untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik?
Hmm, sampai sekarang belum tercapai. Kerja masih lagi tunggang langgang and gaji yang dapat masih belum mampu nak membahagiakan Mak Abah dan keluarga, masih belum mampu membawa mereka berjalan kesini sana.
Berazam untuk menjadi dewasa?
Sampai sekarang aku rasa diri aku masih belum menjadi dewasa sepenuhnya. Masih lagi ada sifat cengeng, masih ada lagi sifat baran tak terkawal, masih lagi takdek sifat sabar. Selalu cuba, bukan tak cuba, tapi selalunya gagal ditengah jalan yang pengakhirannya selalu menyesal dengan kekilafan diri sendiri.
Berazam untuk punya keluarga bahagia?
Masih, belum ada yang sudi menyunting diri ini menjadi suri hati. Chewah! Bab ni, aku cuba berpikir positif, yang jodoh masih belum sampai sehingga Tuhan merasakan aku betul-betul bersedia. Tengok kawan lain banyak dah mendirikan rumah tangga, memang teringin jugak, tapi, macam yang aku cakap la, nangis sampai banjir, kalau belum tertulis di Luh Mahfuz yang jodoh akan sampai, memang dia takkan sampai. So, berdoa jela.
So, since aku rasa memang payah sangat nak capai apa yang aku azamkan, tahun ni aku decide untuk tak berazam apa-apa. Cukuplah aku jalani hidup yang dah tertulis untuk aku. Kalau tertulis baik, maka aku hadapi dengan gembira. Kalau tertulis derita, maka harus aku jalani dengan redha kerana aku percaya langit tak selalu indah, tapi, akan ada pelangi selepas hujan. Wallahualam.
So, no azam for this year.
And, I will be me, a girl who will just go with the flow.