Assalamualaikum.
Terpanggil untuk menulis malam ni bagi membuang jauh segala rasa ketidakpuasan hati yang membuak-buak supaya tidak disimpan lama dalam jantung dan hati yang mampu mendatangkan stress atau mungkin darah tinggi yang semakin menular dikalangan manusia di Malaysia ni.
Tudiaaaa, tak ke panjang mukadimah ceq ni?
Ok, first of all, aku bukan nak update pasal GST yang menaikkan kemarahan darah rakyat Malaysia.
Bukan jugak untuk update pasal Ahmad Maslan dan teori memasak di kampus.
Dan tak jugak pasal Ismail Sabri dan isu bertani die tu.
*Phewwww, isu semasa sekarang semakin menjadi-jadi ye?
So, malam ni aku nak update pasal K.A.H.W.I.N.
Yes, again, pasal K.A.H.W.I.N. yang mana aku rasakan masalah ni lebih serius berbanding GST dalam hidup aku.
Recently, banyak sangat dah kengkawan yang dah naik pelamin. Syoknyeeeee :)
AND TRUST ME, I'M HAPPY FOR THEM! wink, wink *_*
Tapi, yang buatkan aku terpinga-pinga bila ada orang yang tanya bila turn aku?
Eh, Hello, kalau aku tau bila turn aku, konfirm aku pi kejaq dah calon suami aku, ikat dia kuat-kuat supaya tak lepas kat tangan orang lain.
AND, silap-silap aku kawin dulu daripada orang lain tauuuuu?
Kadang-kadang aku tak paham dengan sifat sesetengah orang ni yang sibuk sangat nak tau bila orang nak kawin, bila orang nak beranak, bila orang nak tambah anak.
Silap-silap kalau bila orang nak mati pun diaorang boleh tau, diaorang mesti nak tau.
AND, I'm not pointing this entry to anyone. It is general.
AND, I'm not get mad when people ask me when to get married, but I just feel a little bit upset why all this people keep asking question that I, Myself, don't know the answer.
AND, when people ask me, I'm just like "What???? Again???? Seriously????" Demit.
Rasanya aku dah update betapa "alergic"nya aku pada soalan tu and aku dah share pun kat Facebook pasal "soalan puaka" tu yang mampu mengguris hati para teruna mahupun dara, tapi, still, masih wujud manusia yang bertanyakan soalan tu pada aku.
I don't know, maybe they're joking, OR, they really want to know but seriously, I hate that question! I REALLY HATE IT!
Aku nak tanya satu soalan la, apa hina sangat ke orang yang belum kawin ni?
Kalau jodoh belum sampai, takkan nak tergedik-gedik kejar orang ajak kawin ngan kita?
Ada yang kawin muda, ada yang kawin bila dah tua, tu semua perancangan Allah s.w.t.
Kita manusia, tau apa?
Please la, have some respect in people's emotion.
Kadang, kita rasa soalan tu macam gurauan pada kita tapi pernah ke kita letak diri kita dekat tempat orang tu yang mungkin sangat terasa atau tertampar dengan soalan tu?
Mungkin orang tu sedih belum bertemu jodoh.
Mungkin orang tu rasa tak laku bilamana sampai sekarang belum ada yang meminang.
Mungkin orang tu belum jumpa calon yang sesuai?
Ada kita pikir semua tu? Ada kita pikir perasaan diaorang? Bibir mungkin tersenyum tapi dalam hati berdarah, bernanah, siapa tahu beb!
Kadang benda yang nampak mudah tula yang mampu mendatangkan impak yang besar.
Yes, aku seronok bila tengok kengkawan yang dah kawin atau bakal berkawin.
Fitrah manusia, siapa yang taknak kawin kan? Aku pun nak kawin.
Tapi persoalannya "Bila?", itu aku pun tak tau.
Memetik kata-kata seorang Muslimah;
"Yelah, cuba fikir, siapa yang taknak kahwin dalam dunia ni ?? Semua orang nak kahwin, semua orang mahu ada pasangan masing-masing, dan sememangnya sudah fitrah manusia normal ini ingin dikasihi dan mengasihi, dicintai dan mencintai, disayangi dan menyayangi...
Akan tetapi disebabkan belum sampai seru lagi, jodoh mereka Allah tak jumpakan lagi, maka tinggallah mereka ini terus membujang lagi, meniti hari menunggu jodoh yang tak pasti bila kunjung tibanya. Soalan sebegitu bagi saya mengguris hati perasaan mereka secara halus cuma tak diluahkn saja.. Tak percaya ? Cuba tanya mereka "heart to heart" .
Bukan apa, soalan sebegitu umpama menghina dirinya yang secara tidak sedar anda membuat dia terasa tak laku pulak sebab tak kahwin-kahwin lagi. Terasa macam tak ada org nakkan dia dan sudi terima dia. Dalam hati kecil "kawan" tu mesti terasa, anda tahu ke ?? Lagi-lagi kalau perempuan, perasaan dia cukup sensitif !
Maka eloklah soalan sebegitu tidak diulang tanya lagi ya ! Doakan dan tunggu saja kad jemputan kahwin tu diam-diam. Panjang umur, sampai jodoh dapatlah anda kad jemputan kahwin kawan anda tu.. Tak payah tanya-tanya lagi soalan cepu emas binti cepu gangsa tu. Kesian pada mereka yang masig bujang!"
SERIOUSLY, aku rasa persoalan kawin ni lebih serius daripada soal GST sebab GST tu kita boleh nampak dan boleh tahu sebab itu kerja manusia.
TAPI, kalau soal kahwin, tiada manusia yang lebih mengetahui berbanding Allah s.w.t.
GST kita boleh elak, tapi siapa jodoh kita, kita tak boleh elak.
So, please stop asking that question to me or anyone else.
Once again, I'm not MAD (taknak cepat tua).
BUT, I am Truly, Deeply, Madly UPSET!
Warghhhhh! O_O
I'll be married when the day has come. Insyaallah :) |