Hello Hello Hello.
Ketemu lagi ye kita dalam ruangan yang tak berapa nak berfaedah untuk korang tapi bermakna untuk aku ni. Siapa suka, duk diam. Tak suka, pun duk diam. kikiki.
Sebenarnya mata ni dah ngantok, tapi bila dapat idea nak ceghiter pasal apa, terus segar bugar mata ni macam ikan uji rashid (istilah yang selalu Prof Md Noor guna time study).
Kali ni, aku nak merepek sikit pasal A.L.E.R.G.I.C. nyerrrr..
Opps! Apa yang alergic? Jeng, jeng, jeng. Bukan alergic kulit, bukan alergic makan atau alergic ntah apa-apa lagi. TAPI ni pasal soalan alergic yang selalu diajukan pada aku, and mungkin kepada mereka yang seusia dengan aku.
Soalan A.L.E.R.G.I.C. nyerrrr yang pertama;
"Bila Nak Kawin?"
Hmm, soalan ni sumpah alergic bagi aku. Siapa taknak kawin oooooiiii. Alangkan budak sekolah zaman sekarang pun dah pandai gatai nak kawin, inikan pulak orang yang HAMPIR cukup syarat macam aku ni. kikiki. :P
Pegi kenduri kawin, orang tanya bila turn kita. Jumpa kawan, kawan tanya bila nak jemput makan nasi minyak. Jumpa sedara-mara, depa tanya dah ada calon ke belum. Nak kata sentap dengan soalan tu, tak la jugak sebab normal la kan orang tanya soalan cenggitu. Tapi bila depa tanya lagu tu, ceq nak jawab apa pun ceq taktau. Kalau dah ada, tak payah tanya pun, aku boleh jawab sendiri. hehe
Kalau kita tahu siapa jodoh kita and semudah A-B-C nak mencarinyer, konfirm aku dah pegi cop siap-siap dah bakal suami aku tu and sikit pun aku tak bagi orang lain sentuh. Elok nampak pompuan lain dengan jodoh kita tu, cuba cakap "Haipp, haipp. Mana boleh pegang, tu kan jodoh kita, bukan jodoh kamu?". Ade yang dapat penampar percuma kang ye dak? hahaha.
Hmm, pikir-pikir balik, siapa kita nak bicara pasal jodoh ni. Semua tu kerja Allah s.w.t.
Baik buruk ke jodoh kita tu, Allah jek yang tahu.
Cacat sempurna ke jodoh kita tu, pun hanya Allah yang tahu.
Kaya hina ke jodoh kita tu, pun kita takkan tahu.
Sebab apa? Sebab Allah knows better. Kan?
Yang penting doa, usaha dan tawakkal semoga kita dipertemukan jodoh yang terbaik.
INSYAALLAH.
Soalan A.L.E.R.G.I.C. nyerrrr yang kedua;
"Kerja Apa?"
Ni lagi satu soalan popular dalam masyarakat kita ni ha. Selalunya, kalau soalan "dah kerja ke belum?" tu takkan habis setakat tu aje. Selalunya mesti ade soalan kuiz "Kerja Apa?" "Kerja Kat Mana?". Oh Mak Jemah, penting ke soalan tu? Penting ke?
Hmm, ni salah satu soalan yang aku tak berapa gemar nak jawab. Bukan sebab malu nak mengaku kerja apa, tapi bagi aku, tak penting kot and MALAS nak jawab semua tu sebabnya kerja apa yang kita buat pun, tak perlu kot nak citer panjang jela kat orang. Sebabnya, kebanyakannya, bila citer A, dah nak tahu pasal B, bila citer B, nak lanjut sampai C. So, sampai Z + + pun takkan habis. So, untuk selamat, bila orang tanya aku kerja apa, aku jawab kerja biasa aje supaya takdek soalan tambahan untuk aku. huhu.
Aku alergic sangat pasal soal kerja ni bukan apa. Cuma, semua orang tau, sekarang nak cari kerja bagus-bagus punya la payah. Banyak persaingan. Tambah kalau freshly graduated ni, lagi la tak berapa nak dipandang sebab kebanyakkannya semua nak yang dah ada pengalaman bekerja. Kalau kerja kerajaan, hmm, makan tahun la jawabnya baru nak dapat. So, dah ada kerja biasa pun dah syukur rahmat sangat dah daripada menganggur goyang kaki kat rumah.
Well, siapa yang tak harap nak dapat kerja bagus kan? Kadang tengok kengkawan dapat kerja bagus, tipu la kalo cakap hati ni tak terdetik langsung nak jadi macam diaorang. Tapi nak buat macam mana? Rezeki bukan ditangan kita kan? Selagi rezeki tu tak tertulis untuk kita, selagi tula kita takkan mampu milikinya. Apa yang penting? Doa jela banyak-banyak agar dimurahkan rezeki. :)
Ok la. Itu jela repekan aku malam ni.
Semoga ketemu lagi di lain hari dan waktu.
*Chewah, macam iklan pulak! Hehehe.
-ADIOS-