Showing posts with label Emosi. Show all posts
Showing posts with label Emosi. Show all posts

Tuesday, June 20, 2017

Manusia dan Janji.

Assalamualaikum.

So, malam ni rasa macam nak tulis sikit pasal topik 
"Manusia dan Janji."

Yeah, rasanya Manusia dan Janji tu seperti dua sahabat akrab yang memang tak boleh dipisahkan. Boleh juga dikatakan Manusia dan Janji tu dua benda yang saling melengkapi. 

Kalau sayang, manusia berjanji untuk sehidup semati.
Kalau benci, manusia berjanji takkan bersama lagi.
Kalau nak berjaya, manusia berjanji akan berusaha.
Kalau gagal, manusia berjanji akan bangkit.
Kalau dah dapat apa yang dihajati, manusia janji tak lupa diri.
AND MANY MORE.

Tak kata orang lain lah, aku pun tak pernah lari dengan janji.
Contohnya berjanji nak jadi anak yang baik, rasanya belum sepenuhnya. Masih belum mampu senangkan hidup Mak Abah, masih belum mampu nak penuhi impian Mak Abah, dan masih belum mampu nak bagi hidup yang sempurna untuk Mak Abah.

Lainnya, berjanji nak jadi kawan yang baik, kawan sampai mati, tapi at the end, tetap tak boleh hadap kawan-kawan 24 jam sebab tuntutan hidup yang lain yang lebih diutamakan. Berjanji nak jadi a good listener, tapi mungkin belum mampu nak puaskan hati kawan-kawan dengan layanan diberi.

Berjanji dengan kekasih nak sehidup semati, tapi at the end, putus tengah jalan. Kira macam mungkir janji la jugak kan?

So, just to conclude, Manusia dan Janji ni bukan satu kombinasi yang baik lah. Ada yang betul-betul berjanji, mampu tepati. Ada yang hanya pandai berjanji tapi dicapati. Tipu lah kalau diri kita sendiri pernah berjanji dengan orang tapi kita mungkiri kan? Dan kita jugak mesti pernah  terima janji-janji manis orang sekeliling kita, last-last habuk pun takdek kan? Sakit hati kan?

But whatever reason is, semuanya berbalik pada diri kita sendiri. 
Jangan sekali berjanji benda yang tidak-tidak, yang mungkin kelak akan menyusahkan diri kita sendiri. Kalau kita berjanji, janji lah dengan benda yang kita rasa kita mampu tunaikan. Kalau tak tunaikan cepat pun, at least, ambik masa untuk tunaikan. Kita taktau bila masa orang yang kita bagi janji tu akan pergi and kita pun taktau sempat ke tidak kita nak tunaikan janji kita tu. Kalau tak sempat, nak cari dia kat mana? Nak tunaikan kat Padang Mahsyar ke? Hmm.

DAN, kalau kita rasa kita tak mampu nak buat (cakap kosong) lebih baik kita jangan bagi harapan kat orang. Sebab kita taktau, sedikit sebanyak, kepercayaan orang pada kita mungkin akan hilang. Like one said, once the glass is broken, it cannot be fixed to be the same, as well as TRUST.

Note to Self:
“Dan penuhilah janji, sesungguhnya janji itu pasti dituntut pertanggungjawabannya“ 
( Al Isra 34 )

Berjanji itu mudah. 
Menunaikannya itu susah. 
Kerana berjanji itu hanya menggunakan mulut. 
Tetapi menunaikannya itu menggunakan pergerakan anggota badan.

*Nota kaki jap. 
Ada seorang kawan, janji nak belanja 7 hari ke, 14 hari ke, tapi, sampai sekarang tak nampak bayang. Senyap macam tu jek. 
Haih! Kinda heart break. 💔

-END-



I Am The Actor Of My Life! (^_^)

Saturday, April 15, 2017

Yang Pergi Takkan Sama.

Assalamualaikum w.b.t.

Harini sabtu, kena kerja lol. Tapi, tak banyak kerja yang boleh buat. So, curi masa sikit tulis blog. Hikhikhikhik.

Ok la, harini tetiba rasa nak tulis topik 
"Yang Pergi Takkan Sama"

So, apa yang pergi takkan sama tuuu? So, selalunya tentang manusia la kan? Selalu bila orang yang rapat dengan kita, hilang daripada kita, mesti kite selalu rindu kan? Ego macam mana pun, perasaan rindu tu tetap ada kan? Dan orang yang baru yang datang, pun, takkan sama dengan yang lama tu. Because everyone have different character, different thought about us!

I once lost my bestfriend, but because of our ego, we've never been like before dah. Daripada Form 1 sampai Form 6 berkawan, tapi bila masing-masing masuk universiti, everything's changed. Tipu lah tak rindu, tapi nak buat macam mana. Things have to go on this way. 

Then in university, I have this one geng that we were very close, sooo close until we rent the same house and live together. Tapi, panas tak sampai ke petang, hujan di tengahari. We have some issues and we separate. We're still friends now, but things are not the same like before. Kami hanya mampu ungkapkan rindu tapi nak balik kepada masa sebelum ni adalah mustahil sebab bila benda dah lepas, tak mungkin la nak patah balik kan? Yang kita mampu hanya mengenang masa lalu.

During work also I have some people who are very close to me but still, because of some bad issues, we are no longer close and we were like strangers.

So, apa yang aku nak sampaikan kat sini, "Yang Pergi Takkan Sama" tu adalah, manusia datang dan pergi daripada hidup kita. Yang pergi daripada hidup kita tu, bila die kembali lagi, perasaan tu tak mungkin akan sama lagi dah dengan yang sebelum ni. Mesti rasa macam ada batas untuk rapat macam sebelum ni. Baik, memang lah baik, tapi tetap jugak takkan sama. Perasaan yang dah pergi, dah hilang tu, tetap takkan sama bila patah balik.

Tapi, datangnya orang-orang dalam hidup kita ni semua ada sebab, semua dah ditentukan. Ada yang datang lebih baik daripada sebelumnya, dan ada yang datang lebih buruk daripada sebelumnya. Mana yang baik, jadikan pedoman sebab mungkin yang baru datang tu mampu bimbing kita, dan mana yang tak baik tu jadikan pengajaran supaya bila kita jumpa lagi orang-orang macam tu, kite tau macam mana nak handle.

Hmm, ada ketika, kita akan rindu orang-orang yang pernah hadir dalam hidup kita ni kan? Rindu yang tak boleh nak diungkap. Senak dalam jiwa. Ceh! Tapi, apa yang kita mampu buat bila kita rindu, doa yang baik-baik jela dengan harapan orang tu pun akan rindukan kita jugak. Dan jangan pernah simpan perasaan yang tak elok pada orang-orang yang dah tak suka kita atau benci kita sebab dendam adalah penyakit paling teruk untuk hati.

Tapi, apa yang penting, sentiasa bersyukur dengan orang yang masih ada dengan kita. Hargai dan sayang orang-orang yang ada dengan kita sekarang ni. Jaga elok-elok supaya diaorang pun tak pergi daripada kita. Sebab bila diaorang dah menjauh, benda takkan sama lagi dah. Sebab apa? 
Sebab "Yang Pergi Takkan Sama"




I Am The Actor Of My Life! (^_^)

Monday, December 14, 2015

Dewasa.

25 TAHUN

Rasa macam dah cukup dewasa sangat. Makin dewasa, makin banyak perkara membelengu jiwa. Entah la. Kadang terpikir, alangkah indah menjadi budak-budak kembali yang hanya tahu bermain, tidur, makan tanpa sikit pun ada rasa gelisah tentang masa depan. Tapi, gigit jari sampai putus pun takkan dapat kembali ke zaman tu. :'(


Lumrah manusia, semakin lama semakin dewasa, semakin tua, bukan seperti cerita Benjamin Button lakonan Brad Pitt yang semakin hari semakin muda dan semakin menurun usia yang pengakhirannya menjadi seorang bayi sebelum maut menjemput. Hmm, itu skrip ciptaan manusia. Tapi, kita yang hidup atas takdir pencipta ni kena sentiasa redha dengan takdir Tuhan walaupun kadangkala seolah mempersoal takdir Tuhan bila dijengah musibah.

Bila dewasa, pemikiran pun tertumpu kearah kedewasaan, lebih banyak ambil tahu hal sekeliling, lebih banyak berfikir, lebih banyak mempersoal betul atau salah tindakan yang dibuat dan lebih banyak beristigfar dengan kekilafan diri. Bila dewasa, dah pandai fikir susah senang kehidupan, bukan seperti atas novel dan tidak jugak seperti dalam drama yang semuanya manis belaka tanpa cacat cela. Bila dewasa, selalu ajarkan diri supaya matang dan bijak dalam mengambil keputusan. Dan, bila dewasa, makin banyak bertemu halangan yang entah sampai bila mahu habis. Entah la. Bila dewasa lebih suka menyendiri, memikir sendiri tentang hidup. Hati kosong, bukan senang nak diisi. Jiwa kusut, bukan senang nak ditenangkan. Otak serabut, bukan senang nak dikosongkan.

Ya, kerap kali ingatkan diri yang Tuhan sayangkan umatnya dan datangkan ujian sebagai tanda sayang tetapi kerap kali juga menangisi masalah dan kelemahan diri yang tak pernah habis dihitung walau seinci.

Entah la. 

AKU, SANG DEWASA YANG SENTIASA MENGHARAPKAN PELANGI DATANG SELEPAS HUJAN.



I Am The Actor Of My Life! (^_^)

Sunday, July 05, 2015

Hati Perempuan.


Hati perempuan ni dia mudah berbolak balik. Kadang dia rasa suka. Kadang dia rasa benci. Kadang dia rasa menyampah. Kadang dia rasa meluat. Tapi tu semua mainan hati dia jek semata-mata. Jauh dalam hati dia sebenarnya, dia masih ada rasa concern, care pasal orang lain. Cuma bila emosi dia mudah terganggu, tu yang dia rasa bukan-bukan and melalut yang tidak-tidak tu. Sekeras mana pun hati perempuan tu, kalau kena dengan caranya, lembut jugak. Aku perempuan, aku tahu lah!





I Am The Actor Of My Life! (^_^)

Wednesday, April 15, 2015

GST vs Kahwin? Mana Lebih Serius?

Assalamualaikum.
Terpanggil untuk menulis malam ni bagi membuang jauh segala rasa ketidakpuasan hati yang membuak-buak supaya tidak disimpan lama dalam jantung dan hati yang mampu mendatangkan stress atau mungkin darah tinggi yang semakin menular dikalangan manusia di Malaysia ni. 
Tudiaaaa, tak ke panjang mukadimah ceq ni?

Ok, first of all, aku bukan nak update pasal GST yang menaikkan kemarahan darah rakyat Malaysia.
Bukan jugak untuk update pasal Ahmad Maslan dan teori memasak di kampus.
Dan tak jugak pasal Ismail Sabri dan isu bertani die tu. 
*Phewwww, isu semasa sekarang semakin menjadi-jadi ye?

So, malam ni aku nak update pasal K.A.H.W.I.N.
Yes, again, pasal K.A.H.W.I.N. yang mana aku rasakan masalah ni lebih serius berbanding GST dalam hidup aku.
Recently, banyak sangat dah kengkawan yang dah naik pelamin. Syoknyeeeee :)
AND TRUST ME, I'M HAPPY FOR THEM! wink, wink *_*
Tapi, yang buatkan aku terpinga-pinga bila ada orang yang tanya bila turn aku?
Eh, Hello, kalau aku tau bila turn aku, konfirm aku pi kejaq dah calon suami aku, ikat dia kuat-kuat supaya tak lepas kat tangan orang lain.
AND, silap-silap aku kawin dulu daripada orang lain tauuuuu?

Kadang-kadang aku tak paham dengan sifat sesetengah orang ni yang sibuk sangat nak tau bila orang nak kawin, bila orang nak beranak, bila orang nak tambah anak.
Silap-silap kalau bila orang nak mati pun diaorang boleh tau, diaorang mesti nak tau.
AND, I'm not pointing this entry to anyone. It is general.
AND, I'm not get mad when people ask me when to get married, but I just feel a little bit upset why all this people keep asking question that I, Myself, don't know the answer.
AND, when people ask me, I'm just like "What???? Again???? Seriously????" Demit.
Rasanya aku dah update betapa "alergic"nya aku pada soalan tu and aku dah share pun kat Facebook pasal "soalan puaka" tu yang mampu mengguris hati para teruna mahupun dara, tapi, still, masih wujud manusia yang bertanyakan soalan tu pada aku.
I don't know, maybe they're joking, OR, they really want to know but seriously, I hate that question! I REALLY HATE IT!

Aku nak tanya satu soalan la, apa hina sangat ke orang yang belum kawin ni?
Kalau jodoh belum sampai, takkan nak tergedik-gedik kejar orang ajak kawin ngan kita?
Ada yang kawin muda, ada yang kawin bila dah tua, tu semua perancangan Allah s.w.t.
Kita manusia, tau apa?
Please la, have some respect in people's emotion.
Kadang, kita rasa soalan tu macam gurauan pada kita tapi pernah ke kita letak diri kita dekat tempat orang tu yang mungkin sangat terasa atau tertampar dengan soalan tu?
Mungkin orang tu sedih belum bertemu jodoh.
Mungkin orang tu rasa tak laku bilamana sampai sekarang belum ada yang meminang.
Mungkin orang tu belum jumpa calon yang sesuai?
Ada kita pikir semua tu? Ada kita pikir perasaan diaorang? Bibir mungkin tersenyum tapi dalam hati berdarah, bernanah, siapa tahu beb! 
Kadang benda yang nampak mudah tula yang mampu mendatangkan impak yang besar.
Yes, aku seronok bila tengok kengkawan yang dah kawin atau bakal berkawin.
Fitrah manusia, siapa yang taknak kawin kan? Aku pun nak kawin.
Tapi persoalannya "Bila?", itu aku pun tak tau.

Memetik kata-kata seorang Muslimah;

"Yelah, cuba fikir, siapa yang taknak kahwin dalam dunia ni ?? Semua orang nak kahwin, semua orang mahu ada pasangan masing-masing, dan sememangnya sudah fitrah manusia normal ini ingin dikasihi dan mengasihi, dicintai dan mencintai, disayangi dan menyayangi...

 Akan tetapi disebabkan belum sampai seru lagi, jodoh mereka Allah tak jumpakan lagi, maka tinggallah mereka ini terus membujang lagi, meniti hari menunggu jodoh yang tak pasti bila kunjung tibanya. Soalan sebegitu bagi saya mengguris hati perasaan mereka secara halus cuma tak diluahkn saja.. Tak percaya ? Cuba tanya mereka "heart to heart" .  

Bukan apa, soalan sebegitu umpama menghina dirinya yang secara tidak sedar anda membuat dia terasa tak laku pulak sebab tak kahwin-kahwin lagi. Terasa macam tak ada org nakkan dia dan sudi terima dia. Dalam hati kecil "kawan" tu mesti terasa, anda tahu ke ?? Lagi-lagi kalau perempuan, perasaan dia cukup sensitif ! 

Maka eloklah soalan sebegitu tidak diulang tanya lagi ya ! Doakan dan tunggu saja kad jemputan kahwin tu diam-diam. Panjang umur, sampai jodoh dapatlah anda kad jemputan kahwin kawan anda tu.. Tak payah tanya-tanya lagi soalan cepu emas binti cepu gangsa tu. Kesian pada mereka yang masig bujang!"

SERIOUSLY, aku rasa persoalan kawin ni lebih serius daripada soal GST sebab GST tu kita boleh nampak dan boleh tahu sebab itu kerja manusia.
TAPI, kalau soal kahwin, tiada manusia yang lebih mengetahui berbanding Allah s.w.t.
GST kita boleh elak, tapi siapa jodoh kita, kita tak boleh elak.
So, please stop asking that question to me or anyone else.

 Once again, I'm not MAD (taknak cepat tua).

BUT, I am Truly, Deeply, Madly UPSET!

Warghhhhh! O_O

I'll be married when the day has come.
Insyaallah :)



I Am The Actor Of My Life! (^_^)

Thursday, March 19, 2015

H.A.T.I

H.A.T.I.

Sudah keras.

Sudah lali.

Sudah mati.


H.A.T.I

BEGINI KERANA RAKAN. 




I Am The Actor Of My Life! (^_^)

Thursday, June 12, 2014

Allah knows :)

Assalamualaikum.
He He Hello guys.
Hmm, its been a long time (about 6 months) since i've updating my blog.
Kinda busy now coz I'm no longger a "Penanam Anggur Berjaya".
YEAYYY! Hikhikhik. :)

Well, now I have a little bit of time since my boss didn't give me too much file to update.
Well, as usual, when I'm doing nothing, while waiting for the #CandyCrushSaga's life to full or while waiting for my #Township goods to be produced, something come across my mind.
It's about Allah's Plan for us, human.

Guys, have you ever feel bad? Have you ever feel really down until u feel like crying?
Seriously la pernah kan? Tipu la kalau tak pernah sebab kita manusia semua punya hati untuk merasa. Rasa gembira, rasa sedih, rasa kecewa and macam-macam lah.
Hmm, yes, now, I'm not in a good mood actually coz alot of things happened recently that makes me feel so so so bad. *Pasal apa, biar aku jek yang tau.huhu
Sometimes, I'm just crying to make me feel better. Even when typing this, tears drops from my eyes. Haisyhh! Feel like screaming like now to tell the world how I feel right now.

Sometimes I spoke to myself :-
"Eh, why this June are not so good for me?"
"Eh, why this thing happened to me?"
"Eh, why I'm the one who has to face all this?"

Then I realised something.
Maybe this is Allah's Plan for me.
*Yes, ini ujian untuk aku.
Maybe all those things that happened to me will make me more become closer to Allah and one of Allah's way to test my Imaan.
Indeed, we will never know all the bad things that has happened to us might be the sweetest things for us at the end coz Allah knows better coz Allah who holds tomorrow, not us.
*Setiap yang berlaku pasti ada hikmah kan?
Yes, I keep convincing myself that Allah knows better.
*Dia takkan menugji hambanya melebihi kemampuan.
Yes, Allah knows. :)

One of my friend told me;
"Maybe ini salah satu cara Allah untuk tegur silap kita kerana Allah taknak kita terus buat silap. Allah jugak sayangkan kita and you're the chosen one untuk hadapi semua ni"

Yes, it's true what her said.
I'm the chosen one to face all this, so I have to keep strong and keep believe that time will heals everything and just waiting for the right time to let go all this worries and burdens.
Even I'm not strong enough, still, I have to keep strong and never let Syaitan to provoke me to do something that I shouldn't do (like giving up, killing myself or whatsoever).
 No, seriously, I wouldn't do stupid things.
Plus, it's not me only who have problems. Everyone have problems and their problems might have more serious than me.
So, if they can be strong and try to move on, why can't I kan?
Takkan sebab benda kecik, aku nak putus harap kan?

Hmm, nevermind la.
Whatever it is, Allah knows.
Allah knows the secret of all hearts.
Allah knows what is best for us.
Allah knows the unseen.
Allah knows everything. :)


Reminder to myself;
"Allah protects us from what isn't best for us"
I hope the rainbow will come after a long rain. :)

Hmm, that's all la for now.

ADIOS
 
 
I'm writing this not to seek sympathy or not to ask people to ask me;
"eh, what happen? eh, want to share something? eh, why so sad?" 
NO!! It's not that what I want.
It just that I feel writing is one of way to make me feel better.
And one day, who knows, when I might feel really down again, I can read all this things back to make me feel okay.

I Am The Actor Of My Life! (^_^)

Friday, July 26, 2013

Sebak :'(

Dengar lagu raya,
Sebak :'(

Tengok iklan raya,
Sebak :'(

Tengok orang post pasal raya,
Sebak :'(

Tengok drama-drama raya,
Sebak :'(

Tengok orang jual kuih raya,
Sebak :'(

Tengok orang beli baju raya,
Sebak :'(

Tengok orang nak cuti raya,
Sebak :'(


Ya Allah!
Kuatkanlah hati aku. AMIN.





I Am The Actor Of My Life! (^_^)

Sunday, July 21, 2013

Syawal untuk Aku?

He He Hello Guys! Salam Ramadhan.
Alhamdulillah, dah 12 hari kita berpuasa kan?
Emm, makin banyak hari yang dah kita tempuh dalam Ramadhan ni, maknanya, makin dekat la Syawal dengan kita kan? 
Have you guys make a preparation for the upcoming Syawal?
Me? Not yet! Or I can say nothing to be prepared. hoho
Disebabkan Syawal mula menampakkan bayang, timbul idea nak buat entri ni : 
Syawal untuk Aku?

Cakap pasal Syawal, mula la rasa nak sebak jek. Sebabnya, tahun ni, aku mungkin tak dapat balik beraya kat kampung sebabkan takdek cuti untuk budak-budak praktikal. huhu.
Selalunya tiap-tiap tahun, mesti beraya kat Gerik dengan family. Tapi tahun ni, mungkin tak dapat buat macam tu lagi atas dasar tuntutan hidup. Chewah!
Bila teringat yang aku tak dapat balik raya, mesti aku akan cakap dalam hati :
 " takpe, takpe, pengorbanan ni, pengorbanan. sikit jek lagi masa."
I keep reminding myself that I must be strong on this Syawal and I'm not alone here! 
Fatin kan ade?

Aku tau :
Sebanyak mana aku bersedih tak dapat raya dengan keluarga aku, sebanyak tu jugak keluarga aku bersedih tanpa aku raya ni. 
Kalau aku mampu menghadapi Ramadhan tanpa keluarga disisi, aku jugak mampu menghadapi Syawal tanpa keluarga disisi. Insyaallah.

So, tahun ni macam  mana ye Syawal untuk Aku?
Just wait and see! :)




p/s : Insyaallah akan beraya di rumah keluarga angkat kat Bongawan.



I Am The Actor Of My Life! (^_^)

Thursday, June 13, 2013

Farewell. :'(

He He Hello Guys!
Emm, malam ni nak update pasal something yang emosional sikit. 
Nak update pasal Farewell :'( .
Emm, as usual, Exam datang dan pergi. Ada start, ada la habis nya kan? 
Ape, ingat Exam tu hari-hari sepanjang tahun ke? Haruslah tak kan? hoho.
So, bila Exam dah habis, time tu semua orang sibuk mengendong beg masing-masing nak balik kampung (termasuk aku, tapi turn aku tak sampai lagi).
Bila masing-masing balik kampung, maksudnya berpisah la kan?
Mana yang baru tahun 1, tahun 2 tu, ada la kesempatan nak jumpa lagi sem depan.
Tapi, bagi aku and kengkawan yang dah last year, last sem ni, dah sah-sah la berpisah untuk tempoh masa yang lama. Entah bila la dapat jumpanye lagi. Masing-masing tinggal jauh. Lain-lain negeri. SobSobSob. :'(

And kawan aku yang paling awal yang akan tinggalkan Sabah ialah Jamas, housemate aku. Esok dia nak fly balik Kuching dah. Sedihnya. :'(
Ai, macam tak pecaya lepas ni tak dapat jumpa and lepak-lepak and stay sama-sama lagi dengan Jamas.Tapi nak buat macam mana, nak taknak, kena percaya jugak. We have to accept the fact kan? hoho

To Jamas, take care and don't you ever-ever forget me ok! Farewell. :'(

This is Jamas.

 So, sebelum berpisah, we exchanged gift sebagai tanda kenang-kenangan.

She gave me this cute little fish. :)
I gave her this. A notebook with my message inside. :)

Btw,  this is Catherine, Jamas's fren. Dia jadi penghuni sementara kat bilik kami.
Cat, Kita kenal tak lama, tapi kita dah mesra. Farewell :'(



" Bertemu, berpisah, rindu-merindu tu adat kehidupan.
Yang indahnya, bila satu hari nanti kita akan tersenyum bila teringat akan memori-memori yang dah lama kita tinggalkan. Farewell :'( "
*Ayat ni rekaan sendiri ye, no ciplak-ciplak. hoho.




I Am The Actor Of My Life! (^_^)

Tuesday, May 28, 2013

Smile in Face, Tears in Heart.

He He Hello Guys!
Moody day in a cloudy day!
That's why i come with this entry, 
"Smile in Face, Tears in Heart".

Yes!
This is what happening to me.
Outside of me, I smile, I laugh, 

BUT

 Inside of me was full of tears.
Tears that i don't even know why.
Tears that only me, myself can feel.
Tears that other people can't see/feel.

Oh, it's hurt to have this feeling. It's hurt a lot. 
* bukan putus cinta, of course.
Entahlah.

Then, there's something that I just know today that makes me more sad, hurt me more.

My sister text me, she said :
"Mak masakkan anak menantu bihun sup sebab ingatkan diaorang nak balik Jumaat tu, tapi tak, diaorang tak balik. So, mak agihkan aje dekat jiran sebab takdek siapa nak makan."

Ya Allah. Sayunya hati ni. My tears drop like a waterfall.
Kesian Mak. Sakit-sakit kaki pun, boleh lagi nak masak. 
Mesti mak kecewa sangat, tapi mak tak suka nak tunjuk semua tu.
Mak like to pretend like "Oh, it's ok. It's fine."
But, inside Mak's heart, who knows kan?

Dear readers, if you were in my shoe, what would you feel?
Happy? Should I laugh? Of course not kan?
Haven't I have the right to feel sad? 
Haven't I have the right to get angry?
Entahlah.

"Smile in Face, Tears in Heart"





I Am The Actor Of My Life! (^_^)

Friday, May 24, 2013

#INTERELIANS!

He He Hello guys!
Memandangkan semester ni bakal sampai ke penghujungnya, so bertambah-tambah la busy aku..
Mana nak siapkan assignment, nak uruskan hal praktikal, nak buat mini tesis..
Haisyh, letih kalo nak ingat balik semua hal..
So, one way to release stress is to update my belog! Waduh, lama kot tak update..hoho

So,macam yang aku cakap tadi, memandangkan semester bakal sampai ke penghujungnya, maksudnye, perjalanan aku sebagai seorang pelajar juga bakal sampai ke penghujungnya..
*INSYAALLAH*
Dulu memang tergedik-gedik nak habis belajar tapi bila dah nak sampai ke penghujungnya ni, rasa macam sedih and sebak semacam..
Oh, aku akan merindui saat-saat manis, pahit, masam, kelat kat UMS ni.. :(


And the best part is to be one of the #INTERELIANS (International Relations Students)..

There's about 70 of us!
* Aku, Haje, Kiah, Fatin, Tirah, Huda, Zeera, Su, Za, Sarah, Faezah, Farah, Ramlah, Carolyn, Sarah, Emma, Santi, Ana, Arif, Nysa, Awin, Preschilla, Sazlina, Shazlin, Ray, Salbina, Eystar, Helmina, Hakimah, Syakira, Safiatul, Samsuria, Dina, Ain, Vik, Bibi, Nina, Yili, Wong, Raymond, Shadrach, Chandran, Dyra, Tikah, Faidhi, Bell, Azie, Rakhmi, Fitri, Iskmal, Ika, Wan, Izuan, Jamri, Edi, Felix, Zainus, Dayang, Shiqin, Waqin, Tasya, Sabri, Khairul, Adyviera, Roha, Hanisah, Syukri, Mazlan, Miselle..

Walaupun tak rapat dengan semua sekali, tapi still kami saling bertegur sapa..

Walaupun macam-macam hal yang jadi dalam kalangan coursemate, tapi still bagi aku, #INTERELIANS is the best and I'm proud to be one!

OH!
I will miss the class/tutorial session with them!

I will miss all the #INTERELIANS lecturers!
*Prof Md Noor, Dr.Asmady, En.Suzalie, En. Ramli, En.Wan, 
Puan Marja, Puan D, En. Rizal, En. Zaini..

And the most important thing is, I will miss the UNI life! :(

Ok la, malas nak bebel panjang-panjang..sebak rasa!

Some part of #INTERELIANS with En Suzalie..
#last class #last semester
Will miss you guys, alot! :(




Memories are present in everyone. It is hard to live without memories whether you are young or old- but older people in comparison hold more memories. No matter how far we travel, the memories will follow. Memories of friends should be always preserved like a fortune. Memories is the diary that we all carry about with us. But it is a very secret diary and no one else can read it.
Time spent, memories forged and experiences shared serve as bond that make friends sweeter and closer as years pass by.




I Am The Actor Of My Life! (^_^)

Monday, April 15, 2013

Suddenly Change!

He He Hello Guys!
Hmm, Alhamdulillah, aku dah kat KK ni..
Malam tadi, aku memang sedih tapi tak sampai tahap HOMESICK ok..
Kiranya, aku still boleh control diri aku la..
Kali ni, takdek buat projek sedih-sedih (menangis sampai lenjun) dalam bilik..
Tough + Strong enough la konon kan? hoho..

But, this morning, my mood suddenly change!
Now, I admit that, still, I'm a girl who cannot run from the word HOMESICK in her life!
Yes! Aku tau aku cengeng, moody gloomy, sensitif tak tentu hala..
But, that's me! I am who I am..And I'm not ashamed to admit it.. :O

Guess why my mood suddenly change?
Bcoz, this morning, Abah text me "Ana, abah sakit kaki"..
Ya Allah, I am so so so sad reading the message and I'm still crying until now.. :(
If you guys were me, you'll feel the same thing kan?
Ye..Kalo setakat kaki luka ke, terseliuh ke, memang la tak sedih sangat kan?
Tapi aku tau, sakit kaki Abah tu bukan sakit biasa..Kalo sakit biasa, Abah takkan mesej bagitau aku..Aku tau, sakitnya berbisa, berdenyut-denyut..Kadang tu, nak jalan pun susah..Boleh cakap macam gaut tapi taktau la Abah memang ade gaut ke tak..
Kesian Abah and I'm worried.. :(
Maybe Abah sakit kaki, sebab banyak drive semalam sebab hantar aku pegi airport..
Abah memang macam tu..Tak kira apa pun, tak kira letih penat, memang akan hantar jugak aku pegi airport and Mak sebagai peneman setia..Langsung tak tido sepanjang perjalanan, temankan Abah yang drive supaya Abah tak ngantok..Murninya pengorbanan Mak Abah..Bukan dekat Ipoh ke KLIA tu..Jauh!

Hmm, that's the reason why my mood suddenly change!
I'm writing this entry, just to express my feeling..*tula tujuan blog kan? 
And also, I'm writing this, just to remind my self how big Mak Abah sacrifies for me...

Tengok, betapa mulianya ayah-ayah, mak-mak kite yang sanggup berkorban sentiasa untuk anak-anaknye..Mak Bapak sape2 pun, akan berkorban untuk anak-anak die macam mana Mak Abah aku berkorban untuk aku adik-beradik..Mungkin, pengorbanan setiap Mak Bapak tu berbeza terhadap anaknya tapi still, mereka banyak berkorban kan?
Tapi, kita yang anak ni, belum tentu mampu balas jasa diaorang tu kan? Belum tentu mampu buat apa yang diaorang buat untuk kite kan?
So! Hargai pengorbanan Mak Bapak kite okey! :)


How lucky am I to have Abah as my father and Mak as my mother!
I hope one day, I can repay them back..
Love both of them..




I Am The Actor Of My Life! (^_^)

Saturday, April 13, 2013

Perpisahan Satu Percaturan

He He Hello Guys!
Hmm, dah seminggu aku bercuti..
Dah nak abis dah pun cutinye..Still rasa tak puas..#Hukalorhh!
Biasalah, time flies so fast when you're having fun kan? #Redhajelah!
Hmm, seminggu aku cuti, seminggu jugak lah aku tak update blog..
Maklumler, busy bebenor..Lagipun, aku sebagai anak mithali, kene la tolong mak kat dapur + buat keje rumah kan? kikiki..*perasan hah!
Ok la, cukup-cukup la mukadimahnye..Panjang benor..hoho..

Hmm, kalo entri aku sebelum ni "Penantian Satu Penyiksaan" yang dipetik daripada lagu Febian, tapi kali ni aku nak buat entri pasal "Perpisahan Satu Percaturan" pulak! Ha, ni pun ambik daripada lagu jugak! Lagu sapa and tajuk ape, lu orang pikir lah sendiri! :P
Ok lah! Kenapa aku buat entri pasal perpisahan ni?
Adakah sebab aku berpisah dengan boypreng ku? Adakah? Adakah? Adakah?
Jawapannye tentu sekali tidak, kerna aku tidak punya pacar dong! kikiki..
*serious, tak tipu hokey! kalo tak caya, tunggukan entri seterusnya..:P

Actually, entri ni semata-mata sebab aku dah nak balik KK esok! Warghhhhhh!!!
Ikutkan hati memang taknak balik, tapi sebabkan ramai sangat orang yang rindu aku kat KK tu, so, aku pun kene lah balik! *ayat mintak lempang kan? haha
So, esok boleh dikategorikan sebagai Perpisahan Satu Percaturan lah!
Perpisahan ngan sape? Opkos ler dgn family..kan dah bagitau xdek boypreng tadi..hoho..

Tapi, kenapa pulak Perpisahan Satu Percaturan? Kenapakah? Kenapakah?
Sebabnye, esok aku akan bercatur dengan hati and perasaan aku! 
Esoklah time-nye aku nak sebak, nak sedih, nak sayu bagai..
Esoklah time-nye aku akan nangis walaupun sikit..Selalunye time Mak peluk cium aku tu yang aku takleh control air mata tu..*this is the saddest part!
Esoklah time-nye aku akan termenung sorang-sorang kat dalam flight sambil tenung saat-saat kapal nak berlepas..*awan tu indah, tapi hati aku gundah!
Esoklah time-nye aku mungkin akan Homesick tengah-tengah malam..*mungkinlah!

Arghhhh! Semua tu Percaturan lah!
Sebab tu aku cakap esok adalah moment Perpisahan Satu Percaturan!
Wait n See.. :(



p/s: Nevermind! 2months left to finish study! Insyaallah..



I Am The Actor Of My Life! (^_^)

Saturday, April 06, 2013

Penantian Satu Penyiksaan

He He Hello Guys!
Now, I am at the airport waiting for my flight to KL (10.45am)..
Wo,wo,wo! Is this real, is this real, is this real? 
Jap, nak cubit lengan sendiri jap!
Eh, eh, memey real la! 
Ingat tadi tengah mimpi atas katil hostel tadi..haha

Walawei!
Lagi 3 jam nak naik flight nye pong!
Lambatnya masa, lambatnya masa, lambatnya masa! Seksa nak tunggu tauuuu..
Kalo time best nak balik, rasa masa tu cepat jek berlalu..
Ce, kalau time nak submit assgnment ke, time tengah travel ke, konfirm rasa cepat..
Biasa la manusia..Time tengah buat benda best, sokmo rasa tak cukup masa tapi kalo time tengah buat benda tak best, sokmo masa tu rasa lambat..
Lumrah ler tu, ye dak?

Ha!
Pernah dengar kumpulan Febians cakap "Penantian Satu Penyiksaan"?
Ha, betul sangat lah ape yang Febians cakap tu..Betul sangat, betul sangat! 100% betul..
Sesuai sangat ngan situasi aku skang ni!

Makkkk!
Seksanya la hai tertunggu-tertunggu tertonggok-tonggok kat airport ni..
Makan dalam jek tengok orang lain dah check in luggage masing-masing..
Lagi makan dalam bila tengok orang beratur nak masuk flight..
Turn aku ni tak la sampai-sampai lagi..Sedeyh!

Tapi takpelah!
Orang Muslim kan diajar untuk bersabar..
So, aku sabar dan redha jelah!
Turn aku akan sampai jugak tak lama lagi kan?
Ya, Ana! Sabar dan Redha ajelah! hohoho..


p/s: Dah sampai KLIA, kene tunggu Ninah pulak! Redha jela..hoho



I Am The Actor Of My Life! (^_^)

Friday, April 05, 2013

One More Day!

He He Hello Guys!
Ohmaigad..Ohmaigad..Ohmaigad..
One More Day! One More Day! One More Day!
What's up with One More Day ha?

HERE!
One more day to go to leave Kota Kinabalu..

One more day to go to set foot in Ipoh..

One more day to go to meet Mak Abah..

One more day to go to meet brothers and sisters..

One more day to go to meet nieces..

One more day to go to sleep in my own bed..

One more day to go to eat Masakan Mak..


Arghh! It's just One More Day to go! 
I Can't Wait, seriously!

IPOH, wait for me!

Excited like hell! hoho

And KK, don't miss me! hoho..

Ya Allah, berkatilah perjalanan Aku dan Ninah esok agar kami selamat sampai ke pangkuan keluarga tercinta..AMIN..



I Am The Actor Of My Life! (^_^)

Monday, February 25, 2013

Tanya Sama Hati

He He Hello Guys!
Alhamdulillah, aku selamat dah sampai #KK..
Sedih memang sedih, tapi ape boleh buat..Redha jela..Nangis air mata darah sekalipun, konfirm bile bangun, aku still kat #KK punyer..takdek maknanye boleh sampai Ipoh kalo nangis keluar air mata darah kan? *hiperbola pulok!
Emm, bak kata Fatin "berpijaklah di bumi yang nyata"..hohoho..

Hmm Hmm Hmm..
Disebabkan aku berada dibawah pengaruh emosi yang amat tinggi, maka terciptalah nukilan dibawah..Original, tak ciplak dari mana-mana ok..hohoho

Tanya sama hati "apa yang kau rasa?"
Jawab hati "sayu saja.."


Tanya sama hati "apa yang kau rasa?"
Jawab hati "macam-macam rasa.."


Tanya sama hati "apa yang kau rasa?"
Jawab hati "ingatkan disana.."


Tanya sama hati "apa yang kau rasa?"
Jawab hati "rindukan mereka.."


Tanya sama hati "apa yang kau rasa?"
Jawab hati "kasihkan mereka.."


Hmm, walaupun nampak tak kreatif atau ntah ape2 jek nukilan aku ni, tapi takpela..Janji aku puas and dapat kurangkan sikit kesedihan aku ni..

Ok la..
That's all for now..ADIOS..


p/s : tetibe teringat lagu Itulah Sayang..





I Am The Actor Of My Life! (^_^)

Sunday, February 24, 2013

Sad + Sadder + Saddest

He He Hello Guys!
Did you guys miss me?
Ah, nak taknak, korang kena rindu aku jugak ok! hoho

Entri kalo ni aku nak citer pasal #perasaan aku..
Sad + Sadder + Saddest..
Macam biase la style aku..Tajuk entri jek omputeh tapi kandungannye lebih kepada bahasa ibunda kite, Bahasa Malaysia!
Yeayy! Saya Bangga Menjadi Anak Malaysia! *Eh, tetibe..hohoho

Ok la..
Let's start with Sad first..
Hmm, this week starts on Monday, I'm starting to feel Sad..
Maklumler cuti dah tinggal bape kerat dah pun..Adoi, cepatnye masa berlalu..rasa tak puas lagi cuti..Kalo bleh cuti sebulan ni nak tukar jadi cuti setahun..Ala, manusia (termasuk aku) memang macam ni..bagi betis nak peha..hohoho..
Tiap-tiap malam sebelum tido confirm aku akan kira bape ari lagi nak balik KK..
Tujuh hari lagi,still ok..Enam hari lagi still ok..Lima hari lagi still ok..
Tapi bile dah tinggal empat hari lagi, adoyai, terus moody..sekali-sekala, konfirm mesej kengkawan, mengadu + meroyan kat diaorang bagitau aku tak sanggup nak balik KK..
Gedik kan aku ni? Ah, gedik tak gedik, hanya aku yang tau perasaan aku..
Yeah! It's only me myself know how Sad I am..No one knows.. :(

Hmm..
We continue with Sadder..
Hmm, I starting to feel Sadder on Wednesday when my family and I sent Ninah (my sister) to the airport ..It's her turn to fly to Kuching..Bile turn die balik Kuching dah tiba, maknanye turn aku nak balik KK makin dekat dah..Nak nangis rasa bila tengok Ninah masuk departure hall tu ha..Khamis tu, bangun jek pagi, bile sedar Ninah dah balik Kuching, sayu betul rasa hati aku ni..Rindu lah katakan..Ha,bile die ade, asyik gaduh.Bile die takdek, mula la nk rindu..
Bak kata pepatah, bile dekat gaduh-gaduhan, bile jauh, rindu-rinduan..
Eh! Ade ek pepatah cenggini? hoho..
Ulang : Gedik kan aku ni? Ah, gedik tak gedik, hanya aku yang tau perasaan aku..
Yeah! It's only me myself know how Sad + Sadder I am..No one knows.. :(

And now, the Saddest part..
Kurang daripada 24jam, aku akan balik ke KK dah..
Pusing kiri, aku sedih..Pusing kanan, aku sedih..Senang cakap, arini hari sedih aku la..Ye! Aku tau aku cengeng tapi itulah aku..tak boleh nak diubah-ubah lagi dah..Aku cuba untuk kuatkan diri tapi air mata ni tak henti-henti jugak la nak berhenti..lagi laju aku menaip, lagi laju air mata ni gugur..
Hmm, no matter how much I've been fly before, I still feel that this the Saddest part of my life and I can't throw that feeling away..
Ulang : Gedik kan aku ni? Ah, gedik tak gedik, hanya aku yang tau perasaan aku..
Yeah! It's only me myself know how Sad + Sadder + Saddest I am..No one knows.. :(




p/s : One semester left! Sabarlah hati.. :(



I Am The Actor Of My Life! (^_^)

Saturday, December 29, 2012

S.A.R.C.A.S.T.I.C!

He hello you guys!!!
Do u know what SARCASTIC means???

SARCASTIC = MENYINDIR

Lately, aku selalu terbaca blog-blog yang SARCASTIC la..
Selalu aku tak terasa pun sebab aku tak makan cili + aku tak kenal pun orang-orang yang tulis blog tu..
Tapi blog yang aku baca semalam memang betul-betul buat aku rasa tersiat-siat, menyirap walaupun semalam aku tak makan cili..

Owner blog to type macam gini!
"It was easy to forgive but it is difficult to forget"

Aduiiii!! Sakit hati mak ni baca ok..
Tak pasal-pasal aku stress sepanjang hari bile ingat ape yg die tulis tu..
Memang la tu blog die, hak die nak tulis ape, tapi ape yg die taip tu memang ade kaitan ngan aku ye (100% sure, with no doubt!)
Die tak sebut nama pun,aku tau die tujukan benda tu kat sape..
Kat aku la tu, kat sape lagi..ceh!
And this is not the first time I've noticed ok coz I'm not DUMB!


Kepada awak yang berkaitan tu:

* xyah nk SARCASTIC sangat la..
* xyah nak pikir sakit hati sendiri..pikir sakit hati orang lain sama..
* awak yang cakap x serupa bikin.. (pegi KLCC boleh pulak! ceh!)
* kalo taknak lupa, xyah lupa..maafkan pun x payah! tak heran pun! 
* awak ingat orang boleh lupa ke ape yang awak buat tu? 
* ape yang awak buat tu tak parah ke? 
* ape yang awak buat tu tak buat hati orang tersiat-siat ke? 
* ape yang awak buat tu tak buat orang menangis ke?
* ade ke orang post kat blog sindir2 awak macam yang awak buat?
 (tapi kali ni memang kite sindir awak pun sebab awak yg mula main sindir-sindir dulu..woho! SARCASTIC kan kite?)
* awak xyah la nak mengadu-ngadu kat orang lain sebab kite pun tak mengadu kat mak bapak kite!
* kalo nak,simpan la post ni sebagai ingatan..dibenarkan ye..

Lagi satu, kata kakak kite (walaupun english die broken sikit),
"For me, it's not easy to forget and can't to forgive..
Once u hurt me, I'll hurt u thousand time! "

Saya taknak jadi SARCASTIC tapi awak yang paksa kite buat macam ni..

So, We are FAIR, aren't We.???


Last but not least
" Siapa makan cili, dia yang rasa pedasnye"







I Am The Actor Of My Life! (^_^)

Thursday, December 27, 2012

Why Should I Care?

Why should I care?
If u don't care for me..

Why should I care?
If you don't want to stay..

Why should I care?
If I hear is never true..

Why should I care?
If a promise still hangs in the air..

Why should I care?
If we can't share the life we thought we would share..

Why should I care?
If you broke my heart..


Tu diaaa, tu diaaa, tu diaaaa!!
Entri aku macam orang putus cinta kan?? Ha, tidak, tidak dan tidak sama sekali ok..
Kalo bercinta pun tak, macam mane nak putus kan?? hohoho..
Aku saje jek nak emosi-emosi sikit hari ni..
Lagipun ini buat pedoman untuk diri sendiri untuk masa akan datang!
Chewah!..hahaha..

Ok la, last but not least:
" Dont Care For Those Who Ignore You!
Care For Those Are Ignoring Others For You! " :)



-ADIOS-



I Am The Actor Of My Life! (^_^)