Showing posts with label Dari Aku. Show all posts
Showing posts with label Dari Aku. Show all posts

Sunday, April 23, 2017

New Moment Treasured.

New moment treasured yesterday. 
Bowling Tournament.
With new people, whom I never knew before. 
*Tapi, tebalkan muka aje lah join sekali. Hehehehe
But they are totally okay, so i got a little bit chill la. 
Chill chill jugak tapi malu tu tetap ada. heh! :)
Actually, I'm not a shy person, but it takes time la for me to adapt with the new environment.
Once I can adapt, nothin can stop me from talking.
HAHAHAHAHA. *evil laugh

As always, I'm not win. 
Guess, I'm not born to be a great bowler. Huhuhuhu.
But it's okay. Win or lose, it doesn't matter.
What does matter is, you try hard as you can and if it's not meant for you, there must be something else that meant for you. Kan?

So, thats all for now.
 Looking forward for the next activities with this group yall!






I Am The Actor Of My Life! (^_^)

Sunday, April 09, 2017

Blessed 27.

Assalamualaikum w.b.t.

22 Mac 1990. 9.12 a.m. 

I was born by a tough woman whom I called Mak.
Having me in this world, Mak and Abah must be very happy to see the cute me.
Hiks perasan! :P
And now, I am 27 years old already.
And right now, I still couldn't accept the fact that I'm growing older.
How time flies, haih!

So, this Blessed 27, nothing much change about me.
Sometimes I'm a little bit childish and sometimes I can be matured enough to handle problems. Well, I do think, age is just a number and it got nothing to do with your maturity. Experience itself who can taught you about life.

So, when I turn 27, i feel so blessed that I have some people around me who put an effort celebrating my birthday. I am very much appreciated knowing that they still have time to cheer me up on my birthday. There is no word I can describe how thankful I am to have them in my life celebrating my birthday. Those cakes, those gift and present, those wishes and Dua' are all make my day and I don't stop smiling for the whole day. And could't I expected that my new boss celebrating my birthday and buy me a very tasteful cake even it just two months I work there. I bet my boss love me so much ha? Hekhekhekhek.

Ok, let me share some photos during my Blessed 27. :)

Cake & Gift from Boss :)
Thanx Along belanja makan. :)

Thanx Fina for the baby bear :)

Cake from Abah, Ella and Kak Azira. Sharing celebration with my brother and my niece. :)

Thanx Love :)
Pearl Tasbih from Makkah. Thank you Makcik. :)
Ok, actually there's a lot more of picture but no need to share la. This is enough.
Hekhekhek.

I am posting this not because I wanna show off, plus nothing to be show off. But I'm putting this on my blog so that I can reminiscing all those great moments that cherished me a lot. :)

Ok la. That's all for now.
Last word ;
There will always a better tomorrow as long as you try to be better.

Blessed 27. Blessed Me. :)





I Am The Actor Of My Life! (^_^)

Tuesday, January 03, 2017

2017

Assalamualaikum.

After one year (the last time I wrote in here was 3 Jan 2016) only I have a courage to re-open this blog. Because of some issues happened before this, I have to make this blog private. So, here I am, after one year, come back and start writing again.

So, one year has passed, and, a lot of things happened! 
When I said a lot, it means A LOT and I can't even remember each of them very well. So, I just have to make it quick and simple about what had happened.

1. I've changed my job.

2. I've met new people, make new friends.

3. I own a car on my birthday. Hiks!

4. I joined the Archery Club.

5. I travel a lot with my colleagues.
* Langkawi, Cameron Highlands, Kg. Beng, and many more that I couldn't remember.

6. I stick with the loved one.

7. My close cousins are married and soon to have babies and the other cousins getting engaged.

And, etc, etc, etc that I don't know how to make a list. Ngeeee.


Ok, so, when it's comes to New Year, first thing to come acrross our mind is "Azam" right?
*Bukan Encik Azam, tapi Azam Tahun Baru. Hekhekhek.

So, apa azam akak tahun ni ye? Hmmmm?

.
.
.
⏬

Taraaaaa
"Nak Kahwin Tahun 2018"
Hikhikhikhik
Bunyi macam gatal kan? Tapi lantaklah! :p

So, here's my Azam for this year! So, since I'm getting older, in this beloved 365days, I will try my best (hah, gituuu) to make it work. Doa ke, cari calon ke, suruh someone masuk meminang ke apa yang patut lah as long as I can get married next year! Muahahahaha. :P

So, whoever read this, please, please and please pray for my jodoh okey bcoz I cannot tahan dah people asking me "bila nak kawin", "bila turn kamu" and bla bla bla. So, please pray!

But, I still hold to this quotes ;
"Kita tidak tahu, apa yang bakal menjemput kita dahulu, ajal ataupun jodoh".
So, we just have to back to the basic that we all are belongs to Allah and indeed, to Him we shall return. Semua sudah ditakdirkan dan kita cuma perlu redha. Kan?

Ok la, that's all for now and Inshaallah I will come to start writing again.



I Am The Actor Of My Life! (^_^)

Sunday, January 03, 2016

Tahun Baru.

Assalamualaikum.

Harini dah 03/01/2016.
Dah masuk tiga hari dah tahun baru tapi jari baru rasa nak bergerak untuk menulis.
Selalu tahun baru ni, sinonim dengan azam kan?
So, apa azam tahun baru aku ye?
Hmm, sejujurnya, aku pun taktau apa azam aku tahun baru ni. 
Sebab bertahun aku berazam pun, aku rasa sama jek aku ni, tak ubah-ubah.
Aku yang taknak berubah, atau keadaan yang memaksa aku untuk tidak berubah?
Haisy, entah la. Apa yang patut aku azamkan pun aku taktau.

Berazam untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik?
Hmm, sampai sekarang belum tercapai. Kerja masih lagi tunggang langgang and gaji yang dapat masih belum mampu nak membahagiakan Mak Abah dan keluarga, masih belum mampu membawa mereka berjalan kesini sana.

Berazam untuk menjadi dewasa?
Sampai sekarang aku rasa diri aku masih belum menjadi dewasa sepenuhnya. Masih lagi ada sifat cengeng, masih ada lagi sifat baran tak terkawal, masih lagi takdek sifat sabar. Selalu cuba, bukan tak cuba, tapi selalunya gagal ditengah jalan yang pengakhirannya selalu menyesal dengan kekilafan diri sendiri.

Berazam untuk punya keluarga bahagia?
Masih, belum ada yang sudi menyunting diri ini menjadi suri hati. Chewah! Bab ni, aku cuba berpikir positif, yang jodoh masih belum sampai sehingga Tuhan merasakan aku betul-betul bersedia. Tengok kawan lain banyak dah mendirikan rumah tangga, memang teringin jugak, tapi, macam yang aku cakap la, nangis sampai banjir, kalau belum tertulis di Luh Mahfuz yang jodoh akan sampai, memang dia takkan sampai. So, berdoa jela.

So, since aku rasa memang payah sangat nak capai apa yang aku azamkan, tahun ni aku decide untuk tak berazam apa-apa. Cukuplah aku jalani hidup yang dah tertulis untuk aku. Kalau tertulis baik, maka aku hadapi dengan gembira. Kalau tertulis derita, maka harus aku jalani dengan redha kerana aku percaya langit tak selalu indah, tapi, akan ada pelangi selepas hujan. Wallahualam.

So, no azam for this year.
And, I will be me, a girl who will just go with the flow.



I Am The Actor Of My Life! (^_^)

Wednesday, July 15, 2015

Menjaga Kain Sendiri Daripada Tercarik

Salam.
Pejam celik, pejam celik, lagi dua hari dah nak Raya.
Eksaited ke nak Raya? Entah laaaaa.
Cepat jek Ramadhan nak tinggalkan kita.
Mungkin kesibukan yang membuatkan aku rasa Ramadhan cepat jek nak habis.

Well, dalam hujung-hujung Ramadhan ni, kebanyakan orang sibuk mencari pahala sebanyak mungkin disebabkan mereka tahu Ramadhan ni penuh berkat. 
TAPI, ada jugak umat manusia yang sibuk dok gali hal peribadi orang lain. Sibuk jaga tepi kain orang lain tanpa sedar yang kainnya sendiri sudah lama tercarik. Dia tak sedar yang orang lain dah lama dah nampak betis dia (tak tahu la membunting padi ke tak tu) ekoran kainnya dah lama tercarik, tunggu masa nak tertanggal tu. 

Suprisingly, dalam bulan Ramadhan yang mulia ni, ada orang (whom I knew) hantar mesej layang menggelarkan dirinya bunian. Apa kandungan mesejnya, biar aku aje lah yang tahu. Bukan apa, hantar mesej layang tu bukan tindakan yang bijak sebab dari segi lenggok bahasa tu pun aku boleh tahu siapa orangnya. Bila kita hantar mesej layang ni, mengatakan yang tidak-tidak, automatically, orang boleh cop kita "busy body". 

Yes! 
Kita boleh ambik tahu hal orang lain, boleh tegur mana yang tak patut, tapi jangan sampai sibuk sangat jaga tepi kain orang lain sampai kita tak sedar makin lama, kain yang kita pakai makin tertetas, dan, mungkin lama-kelamaan, kain tu mungkin akan terlucut dengan sendiri. Kalau peribadi, kehidupan kita sendiri pun belum cukup betul, cuba betulkan dulu, supaya bila kita nasihat orang lain, baru orang lain ada sifat mahu mengikut. Ini, kalau diri sendiri pun tak tunjuk peribadi yang baik, macam mana nak jadi contoh kan? 

Well, last but not least, tak salah pun untuk menasihati orang lain sebab kita manusia, bukan perfect dan sentiasa memerlukan nasihat dan bimbingan untuk menjadi yang lebih baik tapi seeloknya teguran yang diberi tu mesti kena pada tempat/keadaan dan dengan tujuan untuk bimbingan dan tidak meburukkan orang lain atau pihak ketiga. Dan yang penting, ukur peribadi sendiri sebelum kita ukur peribadi orang lain. Kbai. 



I Am The Actor Of My Life! (^_^)

Saturday, June 06, 2015

Wishlist


1. Krabi
2. Iphone6






I Am The Actor Of My Life! (^_^)

Sunday, May 17, 2015

My First Handphone.

Assalamualaikum.
Harini Ahad.
So, plan nak kemas bilik yang dah dua kali lima dengan tongkang pecah dah.
Dasar anak dara pemalas? Memey ar! kekekeke. :P

So, plan pertama nak kemas bilik adalah dengan mengobek-ngobek almari.
Citernya, nak susun elok-elok bagi nampak kemas sentiasa walaupun dalam almari.
Kobek punya kobek, punggah punya punggah, terjumpa ni;


Yes! I found this!
NOKIA 3310.
MY FIRST HANDPHONE! :)

Abah gave me this when I was 13 years old, 2003.
 12 years has passed, and I still keep it.
What a memory! *_*

Bukan senang tau nak dapat handphone ni dulu.
Jenuh berebut dengan adik beradik lain.
Kakak aku Ela, pun ada handphone ni jugak.
Dia tolong mak buat kuih time bulan Ramadhan, dapat upah, terus beli handphone ni.
Dulu, budak-budak remaja sebaya aku banyak lah yang pakai handphone ni.
Adik beradik dia Nokia 3315, Nokia Butterfly.

Handphone ni, tone dia monophonic jek yang dok bunyi, "tenenet tenenet tenenetnetttt" tu.
No colour screen, no camera. Game pun ada game ular dengan sudoku jek.
Wallpaper pun hitam putih, gambar smiley, gambar bunga. Mana ada muka sendiri.
Mana yang nak canggih sikit, pakai handphone Nokia 2100, 3100 yang ada polyphonic tones, screen colour, wallpaper colour, but still no camera.
Bluetooh pun takdek, pakai infrared jek.
Budak-budak sekarang ni, mana kenal handphone ni.
Celik-celik mata, dah ada yang touchscreen, yang mp3, yang nipis, ringan, ada camera.
So, at that time, selfie-wefie ni memang takdek lah citer dia! 
Tapi, bagus jugak takdek selfie-wefie ni. Kalau tak budak-budak remaja dulu sama lah macam budak-budak sekarang ni, buat muka "duck face" tak habis-habis pastu post benda gedik "tuck canteq macam gurl awaq", "bowink", "aq cayunk ko".
Hahahahahahahaktuiiiiii. 
Geli tekak ngan biji mata nengoknye.

Handphone ni, dia punya berat jangan citer la.
Nak sampai setengah sekilo kot?
Kalau letak dalam poket, terasa macam letak batu tau?
Kalau rasa berat kat poket tu, maknanya, ada lagi la handphone tu.
Kalau rasa ringan, tu maknanya handphone tertinggal ataupun hilang la tu.
Kalau baling kat orang, konfirm seminggu benjol x surut-surut. hikhikhik.
Tapi, berat-berat pun, besar-besar pun, aku still bersyukur ada handphone.
So, boleh la mesej kengkawan, bercinta-cinta munyet bagai. kikikiki.

Emm, cepatnya masa berlalu, teknologi makin berubah, makin canggih makin banyak handphone-handphone canggih yang keluar sesuai dengan peredaran masa kini.
Kalau dulu, boleh kira jari berapa orang yang pakai handphone.
Sekarang, pergi mana-mana semua orang dah pakai handphone. Sampaikan nenek-nenek, atuk-atuk pun dah pandai pakai handphone tau? kekekekeke. :P

Anyway, thats all for now.
Nak kemas bilik pulak. Satgi Mak bising. Hehehe.
Last but not least ;
"Simpanlah benda-benda lama untuk kenangan, 
TAPI,
 jangan simpan dendam lama untuk dikenang."

-ADIOS-
.


I Am The Actor Of My Life! (^_^)

Friday, February 27, 2015

Berikan sedikit kebahagiaan :)

Assalamualaikum.
Wahhhh, lama sangat dah tak di-update blog ni.
Banyak topik sebenarnya dalam kepala tapi semua idea tu tak sampai ke jari nak menaip. Last-last semua idea tu bersawang dalam otak ni. hoho.

So, malam ni cadangnyer nak update entri yang ala-ala motivasi gittew.
Walaupun I bukan pakar motivasi, tapi I comel bila bagi motivasi okey? *tetibe*
So, entri kali ni tajuknya "Berikan Sedikit Kebahagiaan".
Haaaaa, tajukkk kerlasss tak? kikikiki.

Idea datangnya nak buat entri ni bila aku terjumpa seorang pekerja tol namanye Farhana (same name like i'olls tauuu, cute pun mcm I'olls jugekkk, oppps :P)
 Masa aku nak bayar tol tu, aku tengok muka die macam letih aje. Maklumla, time Chinese New Year, penat kot kereta beratur berjebar-jebar nak bayar tol. Tak ke lenguh tangan die turun naik turun naik ambik duit tol? Emmm, tiannn awakkk Farhanaaa. So, untuk chill kan die sikit, aku terus tegur die cenggini ;

"Hai, nama saya Farhana jugak"

Then, she comes up with a big smile on her face! There you go....You have no idea how happy I am when I see people smiling because of me! Tachinggggg *_*
And aku assume, senyuman die tu mungkin dapat hilangkan lenguh kat tangan die tuuuu and dapat hilangkan  rasa letih bekerja die kot. :)
Aku pun masa kerja kat petrol pam dulu, kalau ade jek customer yang chill-chill kan aku, confirm aku senyum sampai habis shift sebab aku rasa happy bila ada yang cuba hiburkan aku time aku keletihan bekerja! *echewah*

Ok, itu hanya mukadimah sahaja. Jom kita tengok macam mana caranya nak "Berikan Sedikit Kebahagiaan" kepada orang lain. :)

1. Senyum

Ok! Semua orang S.E.N.Y.U.M. sekarang! :-) :-) :-)
Senyum ni la cara paling mudah kalau nak bahagiakan orang. Lagipun, senyuman tu kan satu sedekah. Sedekah yang takyah guna duit, FOC! 
Jadi, kenapa berat sangat mulut hangpa tu nak senyum kat orang lain??? :0
Contohnye, tengah-tengah jalan kat pasar malam, bila hangpa nampak makcik-makcik dok tengah angkut macam-macam beg plastik tu, cuba hangpa senyum sikit kat depa. Untong-untong boleh jadi mak mentua hangpa bila depa rasa "manisnya senyuman budak ni". Hahahahaha.
TAPI, jangan nak senyum sebab nak jadikan mak mentua jek. TAK BAIKKKK NOWHHHH. Tak ikhlas namanyer tu. 
Hmm, tak kisah la dengan siapa pun yang korang senyum, senyum la dengan niat nak bermanis muka atau nak beramah mesra dengan orang lain. TAPI, jangan jadi kerang busuk pulak tau? nanti orang cakap "apa la dia ni, gila ka?" Hikhikhik. AND bila hangpa senyum, konfirm orang lain akan rasa bahagia bila ada orang senyum kat depa. Kan, kan, kan? Setuju takpa, tak setuju pun takpa. :)


2. Ucapan

Ok, ucapan ni boleh bahagiakan orang lain bila korang sampaikan ucapan atau kata-kata manis kat orang sekeliling korang. Kat family ke, kengkawan ke, kekasih hati ke, and sape-sape jela. Tak perlu ayat jiwang pun sebenarnya untuk bahagiakan orang lain. Cukup sekadar ucapan salam and "Aku tanya apa khabarrrr" macam Sona One dok ajar tu. Hehehe. Kalau agak rasa dah lama tak hubungi kengkawan tu, ringankan la jari jemari tu bukak Facebook, Twitter, Whatsapp, Wechat, Line and macam-macam lagi untuk contact dengan diaorang, buat diaorang rasa yang kita sentiasa ingatkan diaorang. Hey, I'olls tak main cakap aje tau. I'olls rajin tau berFacebook, berWhatsapp ngan orang sekeliling I'olls and I'olls tak malu pun nak ucap rindu kat kengkawan I'olls. ^_^.
Bagi I'olls, biar jauh dimata, janji dekat dihati. Chewahh!
Hmm, I'olls tak kesah kalau ada orang yang lupakan I'olls tapi yang penting, I'olls sikit pun tak penah lupakan orang yang penah datang dalam hidup I'olls. Because, memories are timeless treasures of the heart. :)


3. Hadiah

Ok, lastly hadiah. Bagi hadiah untuk bahagiakan orang lain dihari bahagia diaorang especially birthday atau anniversary.
Bab hadiah ni nampak berat kalau korang terpikir pasal hadiah mahal-mahal! Rasanya takdek dalam kamus yang hadiah ni kene bagi yang mahal-mahal kan? Cukup something yang boleh buat orang appreciate pemberian kita tu pun dah ok kan? Kalau hari jadi, cukup sekadar hadiah sepotong kek atau kad buatan sendiri. Tapi, kalau ada duit lebih, apa salahnya bagi something special sikit kan? Memang tak mampu nk bagi semua orang sekeliling kita hadiah, tapi cukup la just bagi dekat orang terdekat macam mak bapak kita atau bestfren kita. Kan?
Untuk Mak Abah, Alhamdulillah sampai sekarang aku tak lupa untuk bagi diaorang hadiah time bufday diaorang. Bagi aku hadiah tu tak seberapa berbanding pengorbanan diaorang lahirkan aku dan besarkan aku kat dunia ni. :) 
And, dengan kengkawan, dari zaman sekolah sampai sekarang, aku suka bertukar hadiah ngan bestfren aku time birthday and it was fun! Feeling appreciated during your special day. Those cards, those presents, I still keep it until now coz each one of them has it's own story. :)


Ok la. End of Story.
Takat tu jela motivasi daripada I yang Goms Tapi Coms ni (Istilah aku and Kak Sheila). Hehehe. 
See u in the next entry peeps! 
-ADIOS-




I Am The Actor Of My Life! (^_^)

Thursday, September 11, 2014

A.L.E.R.G.I.C. nyerrrr

Hello Hello Hello.
Ketemu lagi ye kita dalam ruangan yang tak berapa nak berfaedah untuk korang tapi bermakna untuk aku ni. Siapa suka, duk diam. Tak suka, pun duk diam. kikiki.
Sebenarnya mata ni dah ngantok, tapi bila dapat idea nak ceghiter pasal apa, terus segar bugar mata ni macam ikan uji rashid (istilah yang selalu Prof Md Noor guna time study).

Kali ni, aku nak merepek sikit pasal A.L.E.R.G.I.C. nyerrrr..

Opps! Apa yang alergic? Jeng, jeng, jeng. Bukan alergic kulit, bukan alergic makan atau alergic ntah apa-apa lagi. TAPI ni pasal soalan alergic yang selalu diajukan pada aku, and mungkin kepada mereka yang seusia dengan aku.

Soalan A.L.E.R.G.I.C. nyerrrr yang pertama;
"Bila Nak Kawin?"
Hmm, soalan ni sumpah alergic bagi aku. Siapa taknak kawin oooooiiii. Alangkan budak sekolah zaman sekarang pun dah pandai gatai nak kawin, inikan pulak orang yang HAMPIR cukup syarat macam aku ni. kikiki. :P 
Pegi kenduri kawin, orang tanya bila turn kita. Jumpa kawan, kawan tanya bila nak jemput makan nasi minyak. Jumpa sedara-mara, depa tanya dah ada calon ke belum. Nak kata sentap dengan soalan tu, tak la jugak sebab normal la kan orang tanya soalan cenggitu. Tapi bila depa tanya lagu tu, ceq nak jawab apa pun ceq taktau. Kalau dah ada, tak payah tanya pun, aku boleh jawab sendiri. hehe

Kalau kita tahu siapa jodoh kita and semudah A-B-C nak mencarinyer, konfirm aku dah pegi cop siap-siap dah bakal suami aku tu and sikit pun aku tak bagi orang lain sentuh. Elok nampak pompuan lain dengan jodoh kita tu, cuba cakap "Haipp, haipp. Mana boleh pegang, tu kan jodoh kita, bukan jodoh kamu?". Ade yang dapat penampar percuma kang ye dak? hahaha. 

Hmm, pikir-pikir balik, siapa kita nak bicara pasal jodoh ni. Semua tu kerja Allah s.w.t. 
Baik buruk ke jodoh kita tu, Allah jek yang tahu.
Cacat sempurna ke jodoh kita tu, pun hanya Allah yang tahu.
Kaya hina ke jodoh kita tu, pun kita takkan tahu.
Sebab apa? Sebab Allah knows better. Kan?
Yang penting doa, usaha dan tawakkal semoga kita dipertemukan jodoh yang terbaik. 
INSYAALLAH.

Soalan A.L.E.R.G.I.C. nyerrrr yang kedua;
"Kerja Apa?"
Ni lagi satu soalan popular dalam masyarakat kita ni ha. Selalunya, kalau soalan "dah kerja ke belum?" tu takkan habis setakat tu aje. Selalunya mesti ade soalan kuiz "Kerja Apa?" "Kerja Kat Mana?". Oh Mak Jemah, penting ke soalan tu? Penting ke?

Hmm, ni salah satu soalan yang aku tak berapa gemar nak jawab. Bukan sebab malu nak mengaku kerja apa, tapi bagi aku, tak penting kot and MALAS nak jawab semua tu sebabnya kerja apa yang kita buat pun, tak perlu kot nak citer panjang jela kat orang. Sebabnya, kebanyakannya, bila citer A, dah nak tahu pasal B, bila citer B, nak lanjut sampai C. So, sampai Z + + pun takkan habis. So, untuk selamat, bila orang tanya aku kerja apa, aku jawab kerja biasa aje supaya takdek soalan tambahan untuk aku. huhu.

Aku alergic sangat pasal soal kerja ni bukan apa. Cuma, semua orang tau, sekarang nak cari kerja bagus-bagus punya la payah. Banyak persaingan. Tambah kalau freshly graduated ni, lagi la tak berapa nak dipandang sebab kebanyakkannya semua nak yang dah ada pengalaman bekerja. Kalau kerja kerajaan, hmm, makan tahun la jawabnya baru nak dapat. So, dah ada kerja biasa pun dah syukur rahmat sangat dah daripada menganggur goyang kaki kat rumah.

Well, siapa yang tak harap nak dapat kerja bagus kan? Kadang tengok kengkawan dapat kerja bagus, tipu la kalo cakap hati ni tak terdetik langsung nak jadi macam diaorang. Tapi nak buat macam mana? Rezeki bukan ditangan kita kan? Selagi rezeki tu tak tertulis untuk kita, selagi tula kita takkan mampu milikinya. Apa yang penting? Doa jela banyak-banyak agar dimurahkan rezeki. :)

Ok la. Itu jela repekan aku malam ni.
Semoga ketemu lagi di lain hari dan waktu. 
*Chewah, macam iklan pulak! Hehehe.

-ADIOS-


I Am The Actor Of My Life! (^_^)

Saturday, August 23, 2014

One Day.

One day,
You might be happy.

One day,
You might getting hurt.

One day,
You might feel weak.

One day,
You might try to be strong.

One day,
You might feel the strength in you.

One day,
You might be ready to let go of everything.

One day,
You might be wake up and forget everything.

One day,
You might be the new you.


All can just happen in ONE DAY.


Takdir Allah, tiada siapa yang tahu. Kan? :')



I Am The Actor Of My Life! (^_^)

Sunday, August 17, 2014

Pandangan Buruk Manusia.

Assalamualaikum.
Memandangkan hujung minggu ni takdek jemputan rumah terbuka untuk dihadiri, duduk rumah aje. So, bila boring-boring, tetiba rasa nak menaip pulak. :)

Kali ni aku rasa nak tulis serba sikit la pasal "Pandangan Buruk Manusia".
Yes, pandangan buruk orang lain pada kita dan juga pandangan buruk kita pada orang lain.

Aku saja post kat Facebook, tanya ;
"Penting ke pandangan orang pada kita?"
Dan, ada seorang sahabat menjawab;
 "Tak penting, tapi pandangan orang pada kita boleh buat kita jadi down"

Yes, exactly! Aku setuju sangat ngan dia.
Kita sebagai manusia yang hidup bermasyarakat, sedikit sebanyak akan terkesan jugak dengan pandangan orang pada kita kan?

Contohnya, bila kena jeling, mula rasa diri tak disukai kan?

Contoh lagi, bila tengok orang berbisik depan kita, mula la rasa kita diumpat kan?

Contoh lagi, bila orang lain post something kat Facebook, mula la kita nak terasa "eh, dia ni cakap aku ke, die ni perli aku ke?"

*Eh, berapa banyak contoh la nak bagi? Paham-paham sendiri la ye. :)

Well, secara jujurnya, macam tula manusia kan? Suka buat andaian bukan-bukan walaupun belum tau hakikat sebenar.
Dah kata manusia kan, sikit sebanyak konfirm ade sikap prejudis pada orang lain kan?
Termasuk aku jugak yang kadang-kadang tak pernah terlepas daripada sikap suka menilai orang lain. DAN, aku jugak mungkin tidak terlepas daripada pandangan buruk orang lain. Wallahualam.

Hmm, bila berdepan dengan benda ni, memang susah.
Apa yang aku cuba nak sampaikan (*untuk peringatan diri sendiri jugak) ialah ;
Peduli lah apa yang orang nak kata, orang nak tuding, orang nak umpat, orang nak cerca tentang hidup kita sebab orang lain takkan pernah berdiri dalam kasut kehidupan kita. 
They know nothing about us coz they're not in our shoe.
Bak kata Dr. Tengku Asmadi, "Saiz Kasut Manusia Takkan Pernah Sama"

Lagi satu, bila berdepan dengan situasi macam ni, katakan pada diri ;
Hidup kita, kita sendiri yang jalani, susah senang, semua kita yang rasa.
Hati dan pemikiran kita, kita yang didik, sedih gembira kita yang rasa.

Hakikatnya, pandangan buruk orang lain pada kita memang tak penting langsung pun!
Malah kalau dipikir secara logiknya, pandangan orang lain kat kita tak akan effect pun walau sebesar zarah sebab hidup kita, hanya kita yang paham, hanya kita yang tentukan.
Even parents atau family kita sendiri pun tak dapat selami sepenuhnya jiwa kita dan apa yang kita lalui, inikan pulak orang luar kan? 
So, why should we bother about others kan? 

Lagi satu, apa yang aku cuba nak sampaikan (*untuk muhasabah diri sendiri), kita sendiri perlu elakkan diri kita daripada menilai orang lain supaya benda tu tak berbalik pada kita.
Kalau satu jari tuding kat orang lain, mungkin yang empat itu berbalik pada kita.
Kalau salah orang yang kita nampak, mungkin sepuluh lagi aib kita akan terbuka.
Kalau kita tak pandang buruk pada orang lain, insyaallah Allah akan lindungi kita daripada pandangan buruk manusia yang lain. 
Ingat jek satu benda, hidup dan mati kita hanya untuk Allah, bukan manusia.
Wallahualam. 

Hmm, itu ajelah aku nak kongsi.
Aku mungkin tak baik, tapi aku pun layak untuk muhasabah diri untuk jadi lebih baik kan?

Pesan Si Comel Yang Comel 20 tahun dulu. :)

-ADIOS- :)



I Am The Actor Of My Life! (^_^)

Saturday, February 15, 2014

2014: New Year, New Me! :)

He He Hello!
Jyeaahh! Finally I have time to update my blog.
*Oh, bloggie! I mishhh uuuuuu.  huhu.

Ok lah, semua orang pun tau skang dah tahun #2014 kan? Hmm, time flies so fast kan? 
But I think it's not too late for me to wish a #HappyNewYear to all of you.
*Eh, bulan Februari dah ni, lewat dah la kan? Hohoho. Ah, peduli ape aku. haha.
Since last year I have no #NewYearWish, so this year, I decide to come up with this wish: 
 NewYear, New Me! teheeeee.

Hmm, since in this #2014, I will turn 24, so, I think it's time for me to change my attitude a little bit. 
Become more matured, perhaps? 
Pasnie takmau jadi gadis cengeng lagi. hoho.
Pasnie tak boleh selalu marah-marah tak tentu hala lagi.
*memandangkan usia makin meningkat, kene jarang marah untuk melambatkan penuaan, kan? hahaha.
Pasnie takmau malas-malas lagi. Memasak & mengemas rumah harusss rajin!

And I think, #2014 is the right time for me to think deeply madly trully about my future.
Kerja yes, kahwin hold on. hehehee
EH, bukan taknak kahwin, cumanya I think it's not the perfect time for me to think about marriage. 5 tahun lagi, INSYAALLAH. *eh, jodoh belum nampak. hoho

So, aku harap apa yang aku AZAM-kan ni tercapailah.
Semoga cukup la setahun ni aku ubah perangai aku sikit-sikit and akan jadi orang baru tahun 2015 nanti. INSYAALLAH. :)




I Am The Actor Of My Life! (^_^)

Friday, December 20, 2013

Little thing to say! :)

He He Hello Guys!
Waaaa, lama, lama, lama and lama giler tak update blog.
I miss to blogging actually but I really had no time to update anything even i've millions of things to tell.
Hmm, nevermind la. 
Soon, if i am really free, I'll update something ok?
Will catch up later! Wait ya! Heheheeee.
Adios! :)



I Am The Actor Of My Life! (^_^)

Sunday, July 07, 2013

#JulyWishes

He He Hello Guys!
It's 7th of July already, so here I am to updating about my #JulyWishes.
*Better late than never kan? Heheheee
So, this is my #JulyWishes!


Yes! This is my wish for this month! Hmm, why I come with this wish? 
Am I don't like to stay in Ipoh? Am i don't like to stay with my family?
NO, NO, NO! It's not like that. *jangan pikir negatif. hoho
Well, everyone loves their family kan? Including me! And the one who loves their family will not willing to stay apart far their family. Including me!

The reason why i would like to stay longer in Sabah is just that, I feel not yet ready to leave this place. It's been 3 years (tak termasuk cuti balik Ipoh) I've been here. I do admit that I'm a homesick person, but now, I feel that I wanna stay here longer. *Until December maybe! Bukan nak tinggal terus hokey! Sebabnye, aku rasa tak puas lagi tinggal kat sini. Banyak lagi yang nak dicapai kat sini. 
There's :
* A lot of place that I wish to travel.
* A lot of beautiful scenery that I wish to enjoy.
* A lot of memories that I wish to collect.
* A lot of friends that I wish to make.
* A lot of experience that I wish to gain.

Plus:
I know this place can teach me a lot about life!
I know this place can teach me how to be strong and independence!
And the most important this is, this place can teach me to be more matured in managing life!

Well, i do hope that my #JulyWishes came true! Hopefully dapat sambung praktikal / kerja kat sini until Disember! Dapat pengalaman kerja + pocket money! hehe.
Tapi, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Lagi baik negeri sendiri kan?
So, walaupun aku wish nak stay lama kat sini, aku still rasa "terkinja-kinja" nak balik Ipoh!
Sebab kat Ipoh, ade family yang aku sayang and sayangkan aku! :)

p/s : cant't wait to see the new "flower" in the family! Puteri Nur Jannah! :)





I Am The Actor Of My Life! (^_^)

Saturday, June 29, 2013

Working LIFE : What It Feels Like?

He He Hello Guys!
It's been awhile since I've updated my blog. *almost 2 weeks.
Thank God that I don't have so much (or I can say any) blog-fans who keep waiting about my next update! Well, aku mana ade peminat kan? Tapi, ada aku kesah? haha. 
Its not because I don't have any story to be wrote in this lovely blog of mine. It's just that I have no time to update about anything that happened + my brain seems don't have enough energy to think what should I write to make my entry looks catchy + creative enough for others to read. *Well, nak jadi blogger kena la kreatif kan? Hehe.
AND, today, as I have a little time + energy to update about something, so I came up with an idea to update about this! Working LIFE : What It Feels Like?

OK! To those whose working or has worked, what it feels like working? Happy? Enjoy? 
Well, i wouldn't know what's your respond to this question but if people ask me Working LIFE : What It Feels Like?, my answer would be this!
|
|
|
|
|
\/
WORKING LIFE IS REALLY REALLY TIRED!

Yes, seriously, working life is really really tired! It's been a week I've done my internship and only God knows how tired I am! And this is the reason why I dont have time to update my blog. Although not so much work was given to us in this one whole week, but I still feel damn tired.
I feel like no life at all! Feel like my life are out of the rails! hoho.
Woke up in the morning, going to work, sitting at the office from 8 am to 5 pm, go home and sleep at 9.30 pm (the earliest sleeping time since I was a student).
*seriously, jadi student lagi best daripada bekerja. hoho
I'm not complaining actually, but I just want to express my self how it feels like working. 

But, FEELING TIRED is the negative part of working. Still, there's a positive part of working.
Working makes me appreciate my family more!
I appreciate Abah + Mak's hardwork in raising 6 of us!
* Terima kasih Mak Abah! Ana tak mungkin dapat balas jasa Mak Abah tu. :'(
I Salute Mak coz still can cook for lunch after going back from work!
* Lepas ni, ana akan rajin-rajin masak. :)
I respect Apul and Kak Azira still can give a lot attention of to Yaya even they're tired working!
I respect Opi and Kak Mona/Kak Lia who work hard in raising Sarah and Akma!
I respect Ella (who's preggy) who still working until her due date and respect Ijam too coz still paying attention to Ella even he's tired working!
*btw, tadi Ela dah selamat melahirkan Baby Girl! :)
And, I do respect to those who working who still can manage their family well, especially women! Mana nak jaga makan suami, anak, kemas rumah. Yeayyy! Go Go Go Women! :)

Yes, working comes with an appreciation that can make me (us) to be more matured!
It comes with an experience too and it's worth it!
SO, ENJOY WORKING PEOPLE EVEN IT IS TIRED! :)

Me, in the 1st day of intern! :)



I Am The Actor Of My Life! (^_^)

Saturday, May 11, 2013

First Experience!

He He Hello Guys!
Missing me? hahaha..*perangai perasaan still tak hilang! :P
Ok, malas nak celoteh panjang dalam mukadimah..
Entri kali ni tajuknye First Experience..

First Experience ape ek? Becinta? Berkawin? Beranak? hahaha..
None of this sayang-sayangku semua..
As we all know, Malaysia baru jek menjalani #PRU13 kan?
And, I am one of the voters! Emm, aku undi parti mana? R.A.H.S.I.A......kikiki..
It was my first time though..Jadi, nak cerita sikit la pasal First Experience aku jadi pengundi! 
*bangga tau boleh mengundi.. :P
First Experience mengundi, perasaan-nye memang lain macam! All-in-One!
Terpinga-pinga ade, nervous ade, teruja ade, bangga ade..WHY?

Terpinga-pinga sebab kan ni first time nak ngundi, so macam taktau la proses die..
Nak kene beratur kat mana, buat apa, tunjuk apa semua!
Mujur ade orang lain yang datang awal daripada aku, so boleh ikut rentak orang lain le dalam menjalani proses mengundi..Chewah ayat tak boleh belah! haha..

Nervous pulak sebab takut nama takdek dalam senarai daftar pemilih..tak ke mangkor? hoho
Nak masuk dalam dewan mengundi tu, lagi nervous!
Time nak pangkah tu takyah cakap la..menggeletaq tangan habaq hang!
Pangkah pun herot berot tapi still nampak macam pangkah la..hahaha..

Lepas tu, agak teruja la coz it was my first time having the right to choose who will govern this nation..
Teruja la nak rasa macam mana feel mengundi tu..Plus, tak semua dapat peluang kan? hehe..
And trust me, lain macam betul perasaan bia mengundi tu..taktau nak habaq lagu mana perasaan dia..
Bunyi macam bangang jek statement ni kan? Tapi pecayalah! Memang perasan lain mcm la..haha

And, rasa bangga tu ade jugak! Sebab ape? Sebab dah berjaya mengundi!
And yes! I did it! I did voting! Yay me!
Aku bangga dapat menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia! hehe..
Lagi bangga, bila tangan dah dicalit warna biru sedangkan orang lain masih menunggu giliran..
So, masa keluar bilk mengundi tu, sibuk nak show off tangan! Jahat kan?
Tapi, itu la yang aku buat..haha..

Ok la..That's all for now!
ADIOS..


p/s: Rumah dah siap, tapi pahat masih berbunyi..
Setengah orang masih sibuk post sana-sini pasal politik menujukkan ketidakpuasan hati..
Come on lah! MOVE ON! Wait for the next 5 years ok! :)



I Am The Actor Of My Life! (^_^)

Saturday, March 23, 2013

Sweet 23! :)

He He Hello Guys!
I am 23 years old now!
*Turning 23 years old on 22nd of March 2013..
Hohoho..

Sweet 23!
Alhamdulillah!
Thank you Allah for still giving me a chance to live in this world..
Not to forget, Thank you Mak Abah! Because of you guys, I had the opportunity to see the world for almost 23 years..I love you guys a lot..

I dah tua dah ok! hohoho..
Many people wish me a happy bufday and some of them wishing me "Selamat Hari Tua"..
Then I replied "Lagi tua, lagi bagus..cepat sikit nak kawin..hahaha.."
Bijak kan jawapan tu? Ke jawapan gatal?
Hahahaha.. :P

Sweet 23!
This is the sweetest (or I might say the best lah) bufday celebration ever!
Guess what, there's TWO bufday celebration for me today!

 Sweet 23!
First celebration (siang)!
Hmm, this celebration was made by Santi..Actually, it was unplanned..hohoho..
At first, Santi cakap "Aku nak makan Secret Recipe la.."
Then aku cakap (joking2) "Jom lah, arini bufday aku.."
Then die cakap "Hah, jom lah.."
Then I was like "Hah? Really? Biar betul.."
Then, memang betul-betul okey die belanja aku n kengkawan aku kat SR!
Thanx Santi for the treat! Even we're not so close, but you're willing to spend me A LOT on my bufday..Until now, I still dont know how to thank you! huhu..
And thanx jugak kat Ana, Kiah, Haje and Fatin sebab ada sama time tu..At least, aku tak sambut bufday sensorang (lonely) and aku hepy sangat ada korang time bufday aku..
Oh! I'm so touched
Lunch treat by Santi..
Santi dont want her picture to be posted..hohoho
Chocolate Indulgence! One slice are more than enough!
 My finger means Sweet 23.. :)


Sweet 23!
Second celebration (malam)!
Hmm, this second celebration aslo was unplanned made by Zeera, Huda and Tirah..
At first, we just planned to watch movie at KK..
But, after watch movie Tirah, Huda and Zeera ask me: 
"Bufday gurl nak makan kat mana?"
Then I said "Erk! Takyah la..Dah kenyang kot.."
Then they said "Ala, takpela..pilih la tempat.."
Pastu aku cakap "korang la pilih, aku mana tau.."
Then, pikir punya pikir, Tirah decide to take us to Kampung Nelayan Restaurant at Penampang (my first time actually)..Not so far from KK la..Aku ingatkan kene naik bot, rupanya tak payah! hoho..
Restoran tu femes ngan steamboat and with RM35 per head, we can eat as many as we want! 
So, nak taknak, kene makan banyak la sampai perut kejang! Yela, nak makan sikit, rugi..hoho..Tambah plak dengan hujan lebat, tak boleh balik, so we have to stay and continue eating!
EAT, EAT and EAT!
Sounds fun and yummy ha? But trust me, cannot tahan oooo..you'll feel that your tummy will be explode in any time..The most funny thing is, Tirah and Zeera are the Eating Queen! tak henti-henti makan..hahaha..
Hmm, walaupun perut macam nak pecah dah, but still, I have a great time with them!
Thanx Zeera, Huda and Tirah for the treat..I really really appreciate it and I will remember those memories as the best bufday celebration ever!

Wish to go there again some time.. :)
The food that will make your tummy explode! hoho

Dear friends,
This birthday celebrations are very meaningful to me..
No words can describe how much I appreciate all of you! :)
Thank you so much!

p/s: dah tua-tua ni, rasa pelik pulak orang panggil bufday girl..hoho


I Am The Actor Of My Life! (^_^)

Sunday, March 17, 2013

Teruja..

He He Hello Guys!
Hmm, few days dah tak update blog ni ha..
A little bit busy this week..hohoho..

Ok la, arini aku nak post pasal Teruja!
Ha, korang tau kan Teruja tu apa?
Teruja = Excited..kuikuikui..

Ok la..Jom tengok kenapa yang aku Teruja sangat ni?
|
|
|
|
|
|
|
|
Jeng Jeng Jeng
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Turun bawah lagi
|
|
|
|
|
|
|
|
|
\/
Ha!!!! Ni Dia!
Me (the blue-shirt) beside Tun M! :)
Me and Tun Siti Hasmah.. :)

So Guys!!!!
 What's the picture tell you??? 
Teruja tak, Teruja tak, Teruja tak, tengok gambar tu???
Hohoho..

I keep asking myself  " Is this a dream? Is this a dream?"
And lucky me, this is not a dream..!!!


You guys know what?
This is THE BEST FEELING EVER..!!!
Me, having a chance to take photo with Tun M and his wife so closely..!
The best part is, I was standing beside Tun M..!!!!
*tetibe terasa diri ni macam VVIP..Wah! hoho..

Oh, oh, oh! Aku sangat Teruja! Aku sangat Teruja! Aku sangat Teruja!
Boleh nampak tak senyuman ke"Teruja"an aku tu? Ngeeee..
Aku Teruja sebab dapat tangkap gambar dengan Malaysia's, also World's Figure..
Tak semua orang dapat peluang macam ni kan?
Maaf, aku bukan nak riak..Cuma nak express ke"Teruja"an aku jek..hihihi

Anyway Tun, thanx for coming to UMS and sharing some thoughts with us..
And also thanx for spare some time to take a photograph with us!

We HEART You Tun Mahathir!

I'm proud to be Malaysian, proud to be UMS student, proud to be me! :)

His smile for you, Malaysian! :)

*p/s : Tun said "Controls the people hearts and mind to defeat the guerillas"..



I Am The Actor Of My Life! (^_^)

Saturday, February 16, 2013

A.L.H.A.M.D.U.L.I.L.L.A.H

ALHAMDULILLAH
ALHAMDULILLAH
ALHAMDULILLAH

Ayat ni jek yang aku dok ulang lepas tengok result tadi..

Semalaman aku tak lena tido bila Fatin mesej bagitau #Result dah keluar..kecut perut rasa..macam-macam benda negatif yang aku pikirkan..takut gagal subjek la, takut tak boleh sambung pengajian la, takut pointer rendah la..

Tapi, hari ni, bila dah dapat tengok sendiri #Result tu, hilang semua rasa negatif..Walaupun tak dapat Dean List, aku tetap bersyukur yang keputusan aku masih berada di tahap yang agak memberangsangkan ..Takpe Farhana..boleh cuba lagi semester depan kan? hohoho..

ALHAMDULILLAH 
atas nikmat kejayaan yang Allah S.W.T berikan..

ALHAMDULILLAH 
kerana Allah S.W.T masih sayangkan sebab bagi aku peluang untuk merasakan kejayaan..

ALHAMDULILLAH 
kerana aku masih diberi peluang untuk melangkah setapak lagi untuk menuju kejayaan..



"Dear Allah, Thank You For All I Have.."


p/s : My hypothesis: The harder the semester, the better the result I get! hoho



I Am The Actor Of My Life! (^_^)