Thursday, September 28, 2017

Family Day Anak Cucu Razak 2017

Assalamualaikum.
Hey U'ollsss. Lama dah rasa aku tak update blog ni. Busy benor komeeee.
Ok, entri kali ni, aku nak cerita pasal Family Day keluarga sebelah Mak aku yang berlangsung dua minggu lepas. Ha, tengok? Berapa minggu punya cerita, baru ada masa nak cerita sekarang. Hikhikhik.

Family Day Anak Cucu Razak 2017, ni kira macam julung-julung kali lah diadakan sebab tak pernah buat pun sebelum ni. Siri 1 gittew. Haha! Ni pun sebab masa adik beradik Mak berkumpul raya haritu, Makcik come with the idea nak buat family day. And lepas meeting semua (meeting? Haha!), we all agreed to choose Teluk Batik for the occasion. Pergi dekat-dekat dulu lah sebab baru first time kan? Lagipun dekat dengan pantai senang sikit nak buat apa acara pun.

On 09.09.09, sampai lah masa family day nyaaa. Wow! Excited! Sebab ni first time family day kan? 
Punya happy sampai rasa nak nyanyi lagu; 

"Because I'm happy, clap along if you feel like a room without a roof"
Because I'm happy, clap along if you feel like happiness is the truth"

So, kami check-in dekat Denai Chalet Teluk Batik tu (eh, betul ke nama chalet tu? ) pukul 1. Lepas letak barang, rehat-rehat, siapkan barang makan semua, benda wajib sebelum apa-apa aktiviti mestilah bergambar dulu kan? Heh! Jenuh la nak kumpulkan semua orang walaupun tak ramai mana. (Anje, anak Mak Ngah jek takdek. Huhu). Riuh sekampung pompang-pompang. And, finally, this is what we have;



Ok, so lepas dah bergambar semua, ape lagi. Pergi ke laut ler. Mandi-manda hoora horay bercanda di pasiran pantai bagai ler. Hahahaha. Ada yang mandi, ada yang naik banana boat, main bola, tanam badan dalam pasir pun ada. It was fun though. Happy tengok semua orang having a quality time. So, lepas dah puas mandi tu, semua balik chalet untuk sesi sukaneka dan barbeque! Makan yeay! Sementera tengah bakar-bakar ayam, ada la sukan sikit-sikit kasi happy semua orang. Ada acara sambung tali, makan buah epal, kutip gula-gula dan karaoke. Meriah la jugak. Meh nak share gambar sikit. Hehehehe.

 


      

             

         



So, malam tu, ada la acara potong kek sempena birthday Ahmad, Sarah and Makcik sebab lahir bulan September. Lepas potong kek tu, ada saringan untuk juara karaoke. Dan juaranya, Wan, adik aku. Tak sangka suara Wan sesedap tu. Pasnie ada la geng nak karaoke. Kehkehkeh. Malam tu jugak ada acara karaoke duet dan pemenangnya adalah pasangan kembar, sepupu aku, Nabil & Nabilah. Sambil karaoke, sambil tu buat lucky draw. Family aku ngan family Mak Ngah, hampir semua orang dapat. Bolot habis hadiah! Hahahahaha. Rezeki, rezeki! Aktiviti habis sampai berapa pagi entah and yang bestnya, last-last Mak duet ngan Abah lagu Sandarkan Pada Kenangan. Pewittttt! Haha


So, esok harinya, bangun pagi, ada aktiviti senamrobik kome. Instructor nya Abah. Hahahahaha. Gayanya asyik sama jek. Yang bestnya tu, walaupun gayanya sama, tapi semua pun join. Memang meriah habis senamrobik pagi tu. Sampaikan jiran-jiran chalet yang lain pun join jadi penonton setia. Lepas senamrobik, ada aktiviti check darah, untuk nak tau ada kencing manis ke tak. Alhamdulillah, 99% takdek kencing manis, yang ada cuma Mak and Tok jek. Lepas check darah, having breakfast, lepastu pegi mandi laut berjemaah. Mandi sampai pukul 11 mcm tu kot? Lepas mandi, siap-siap nak balik. Sedih pun ada. Tak puas nak bersama dengan sanak saudara. Kalau seminggu kan best. Takpela, next time buat lagi.

Ok la, that's all for now. Bos dah sampai tuuuu. Hekhekhek.
ADIOS



I Am The Actor Of My Life! (^_^)

Tuesday, June 20, 2017

Manusia dan Janji.

Assalamualaikum.

So, malam ni rasa macam nak tulis sikit pasal topik 
"Manusia dan Janji."

Yeah, rasanya Manusia dan Janji tu seperti dua sahabat akrab yang memang tak boleh dipisahkan. Boleh juga dikatakan Manusia dan Janji tu dua benda yang saling melengkapi. 

Kalau sayang, manusia berjanji untuk sehidup semati.
Kalau benci, manusia berjanji takkan bersama lagi.
Kalau nak berjaya, manusia berjanji akan berusaha.
Kalau gagal, manusia berjanji akan bangkit.
Kalau dah dapat apa yang dihajati, manusia janji tak lupa diri.
AND MANY MORE.

Tak kata orang lain lah, aku pun tak pernah lari dengan janji.
Contohnya berjanji nak jadi anak yang baik, rasanya belum sepenuhnya. Masih belum mampu senangkan hidup Mak Abah, masih belum mampu nak penuhi impian Mak Abah, dan masih belum mampu nak bagi hidup yang sempurna untuk Mak Abah.

Lainnya, berjanji nak jadi kawan yang baik, kawan sampai mati, tapi at the end, tetap tak boleh hadap kawan-kawan 24 jam sebab tuntutan hidup yang lain yang lebih diutamakan. Berjanji nak jadi a good listener, tapi mungkin belum mampu nak puaskan hati kawan-kawan dengan layanan diberi.

Berjanji dengan kekasih nak sehidup semati, tapi at the end, putus tengah jalan. Kira macam mungkir janji la jugak kan?

So, just to conclude, Manusia dan Janji ni bukan satu kombinasi yang baik lah. Ada yang betul-betul berjanji, mampu tepati. Ada yang hanya pandai berjanji tapi dicapati. Tipu lah kalau diri kita sendiri pernah berjanji dengan orang tapi kita mungkiri kan? Dan kita jugak mesti pernah  terima janji-janji manis orang sekeliling kita, last-last habuk pun takdek kan? Sakit hati kan?

But whatever reason is, semuanya berbalik pada diri kita sendiri. 
Jangan sekali berjanji benda yang tidak-tidak, yang mungkin kelak akan menyusahkan diri kita sendiri. Kalau kita berjanji, janji lah dengan benda yang kita rasa kita mampu tunaikan. Kalau tak tunaikan cepat pun, at least, ambik masa untuk tunaikan. Kita taktau bila masa orang yang kita bagi janji tu akan pergi and kita pun taktau sempat ke tidak kita nak tunaikan janji kita tu. Kalau tak sempat, nak cari dia kat mana? Nak tunaikan kat Padang Mahsyar ke? Hmm.

DAN, kalau kita rasa kita tak mampu nak buat (cakap kosong) lebih baik kita jangan bagi harapan kat orang. Sebab kita taktau, sedikit sebanyak, kepercayaan orang pada kita mungkin akan hilang. Like one said, once the glass is broken, it cannot be fixed to be the same, as well as TRUST.

Note to Self:
“Dan penuhilah janji, sesungguhnya janji itu pasti dituntut pertanggungjawabannya“ 
( Al Isra 34 )

Berjanji itu mudah. 
Menunaikannya itu susah. 
Kerana berjanji itu hanya menggunakan mulut. 
Tetapi menunaikannya itu menggunakan pergerakan anggota badan.

*Nota kaki jap. 
Ada seorang kawan, janji nak belanja 7 hari ke, 14 hari ke, tapi, sampai sekarang tak nampak bayang. Senyap macam tu jek. 
Haih! Kinda heart break. 💔

-END-



I Am The Actor Of My Life! (^_^)

Saturday, May 27, 2017

Lexis Hibiscus Port Dickson.

Assalamualaikum.
Selamat pagi.
Mulakan hari anda dengan senyuman ceria 😃

So pagi ni, sebelum mula bekerja, meh kita tulis blog kejap.
Last weekend, aku berkesempatan la pergi ke Lexis Hibiscus PD, tempat yang dah setahun aku ngan kengkawan aku idam-idam nak pegi. Chewah! Hekhekhekhek. 

So, pagi Sabtu tu kitaorang gerak daripada Ipoh pukul 10 pagi. (Kak Kuzai janji pukul 8 okey 😒). Singgah KL kejap, ambik Kak Siti, tolak campur sesat and jalan jammed, maka pukul 3 lebih macam tu kami sampai ler PD. Eh, macam jauh pulak PD tu. Hmmm. Sampai jek kat Lexis Hibiscus tu, perasaan dia macam "Wowww Wowww Wowww" sangat. Teruja sampai menjerit-jerit kitaorang dalam kereta.  Tengok laut membiru, dibentangi villa-villa atas laut berbentuk bunga raya, perghhhh! Punya cantik view dia. 😍😍😍 Tapi jangan confius tau, Lexis Hibiscus PD dengan Grand Lexis PD adalah dua tempat berlainan. Jangan jadi macam Amanda yang pergi cari kitaorang dekat Grand Lexis PD, pastu salah ketuk bilik orang lain. Sampai ke petang tak sampai-sampai. Hahahaha

Ok la, just nak share, yang kitaorang tempah tu, Sky Pool Villa . Just for the record, Sky Pool Villa ni, dia bukan atas laut, tapi dekat dalam bangunan yang berdepan dengan laut tu. Yang terbentang  bebanyak kat laut tu, Executive Pool Villa dengan Premium Pool Villa kalau tak silap. Tapi, siapa yang nak privacy, elok ler tempah villa-villa yang dekat dalam bangunan sebab dia kat atas, dan orang takkan boleh skodeng kita time mandi pool. Kalau villa-villa kat laut tu, kebanyakan orang yang duduk kat atas boleh nampak kita mandi kat bawah. Plus, siapa yang suka nak tengok view cantik and nak nampak view Bunga Raya atas laut tu pun, elok ler tempah vila-vila yang ada dekat bangunan, antaranya Sky Pool Villa. Berbaloi-baloi. Hehheh!

Ok la, meh nak share gambar sikit. Wink wink!


Aku, Kak Kuzai, Ninah, Amanda, Kak Iti 😍
View from Top. 😍

Konon nak nampak sunset, tapi tak nampak. Haha.

Night view 😍
Ni kitaorang jenjalan kat villa-villa atas laut tu.
Bangunan berlampu kat belakang tu la villa kitaorang.

Morning view 😍
Acah-acah model.
Akak acah-acah berani nak swimming. Hahaha.


Last before check out! 

Ok la. Tu jela gambar yang aku nak share. Kang share banyak-banyak, muntah pulak nak tengok. Hahahaha.

There a quote said ;
" Cherish every moment that you have with your love ones because you'll never know when you'll see them again"

Yes, I have a great great great fun time with all of them.
Looking up for next destination pulak. Ngeeeee 😍😍😍



I Am The Actor Of My Life! (^_^)